Ada beberapa konflik dalam negera kita pasal pencerobohan ini:
1.Projek IC Sabah : Mahathir Mohamad
2. KDN serah kepada Wisma Putra Lanjut Tempoh Pengusiran
3. Mengapa gunakan POLIS bukan TENTERA?
Apapun marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada dua WIRA negera kita yang terkorban iaitu
Allahyarham Koperal 113088 Sabarudin Bin Daud dan Allahyarham Inspektor 17992 Zulkifli Bin Mamat.
Berita Terkini tentang pencerobohan!!
12 orang terbunuh + 3 orang mati + 10 orang ditangkap
2 Orang polis terbunuh + 5 orang anggota keselamatan terkorban
Persoalan Kenapa polis tak tentera?
1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang
dengan Sultan SULU.
2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung
sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.
3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva
Convention dan beberapa protocol antarabangsa.
Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna
1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh
bukan combatant perang.
2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk
polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di
antara keduanya)
3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup
sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di
lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita
tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.
4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina.
Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana
nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah
CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam
Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.
Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera
ambil alih sudah jadi kes lain.
Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA
EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan
Dengar cerita darurat telah di istiharkan dan curfew di
kuatkuasakan di sana. Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau
kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil)
Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu-
tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)
Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia
darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat
hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh
Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja.
Sebelum nak menyalahkan Menteri bertanggugjawap kaji dulu
asas tragedi Lahad Datu ni. Setiap kerja yang dilakukan mesti mengambil kira
semua faktor yang bukannya dengan sewenang wenang untuk bertindak. Pada Gua
menteri D.S Hishammuddin melaksanakan tugas yang telah diamanahkan oleh YAB Perdana
Menteri dengan penuh tanggungjawab.
hmm kesian dekat anak arwah tuh .
ReplyDeletea'ah,mana tak ye,ayah die,saye sbgai rkyat m'sia pun sedih
Delete