hahaha bukan wedding aku la. Wedding sepupu aku da..yang berlansung 23-24 March lepas. Perkahwinan tu hari ahad, abah ajak mak dtg awal tolong cik linda,but hari sabtu pagi baru datang. Wedding antara Kak Ngah Yantie dan laki dia,hahaha,abah jadi penyambut tetamu dgn paklang dan cik linda,kalau nak diingatkan perkahwinan kak long anak sulong arwah pak cik aku ni,di walikan oleh Pak Long aku malah perkahwinan dibuat di rumah pak long tapi kali ini anak lelaki pertama arwah pak cik aku ni yang jadi wali pada kakaknya,dia baru berumur 16 tahun. sebabnya pak long aku masih dalam rawatan selepas ibu jari kaki dia dipotong tahun lepas sebab kencing manis. Cam tak caye je sepupu aku yang umur 16 jadi wali,ingatkan tak boleh tapi boleh sebab die dah akil baligh pun. Dulu abah ngan mak kahwin bersanding sama dengan arwah pak cik aku ni dan isteri dia. Kira 4 orang naik sanding. Suami dia ada belikan rumah di Seremban dan dah langsai bayar pon tapi dia masih rela menyewa rumah usang di Batu Kikir ini *tak dah la usang mana pon,tapi usanglah jgak sebab rumah kayu....kerana memori bahagia dia bersama suami dia masih kekal di rumah tu. Arwah pak cik aku yang meninggal kerana menghidap angin asma,meninggalkan mak cik aku yang sedang mengandungkan anak kembar mereka. T,T......*PERKARA YANG LEPAS TAK USAH DIKENANG LAGI, Mak cik aku ni bukannya bekerja dia hidup dengan bantuan baitulmal,pencen askar dan bantuan lain. Duit simpanan dan pinjaman dipakai *ala,orang kahwin sekarang kan pakai katering je...Petang lepas selesai pernikahan Kak ngah atau kadang-kadang aku panggil dia yantie,orangnye kecik molek,walaupon umur dah 20 lebih tapi badan dia kurus lah,balik je dari Masjid Sikamat,kak ngah nak photo shoot jap,tiba-tiba GELANG KAHWIN DIA HILANG. Punyalah puas mencari dalam kereta dan sekitar masjid dan rumah tak jumpe-jumpe gak,acane leh hilang,dah bagitau imam,erm tak jumpe gak,masa kak ngah nikah,ada jugak pengantin lain nak nikah,*masa kak nikah,aku dengan sepupu aku kira jadi PHOTOGRAPHER la snap sane snap sini dan masa gelang kahwin tu hilang,aku dengan sepupu aku jadi DETEKTIF sekejap mencari..hahahaha, Adalah jugak kiteorang buat kerja tolong-menolong masa merewang,hahaha,yang paling aku ingat masa majlis kahwin tu, ialah Tuk Mat. Set karaoke tu kan mesti asyik pasang lagu masa majlis kahwin tu,membuatkan Tuk Mat asyik nak berjoget je,sampai lagu last sekali DJ tu pasang lagu Gangnam Style,ade seorang lelaki ajar Tuk Mat menari gangnam style,hahahaha kelakar sangat masa tu. Tuk Mat goyang-goyangkan pinggul dia *bila aku dengan sepupu aku pandang Tuk Mat pon berkate, EH KAU TAHU TAK MASA AKU KAT SINGAPURA DULU AKU ADA BELAJAR BERGOJET TAU,ketawa terbahak-bahak aku dengan telatah Tuk Mat. KALAU DAH NIAT NAK DIRIKAN MASJID TU JANGAN LAME-LAME,HAHAHA,nanti pergi lagi hantar kak ngah sanding kat Pahang *tak tau area mane.
|
Eh,yang baju kelabu,orang nak tangkap gambar pengantin die lak yang pandang,perasan,hahaha, lelaki yang pangkai songkak ade keronsang dengan dengan perempuan baju pengan tin warne putih ade bunga warne ungu,tu lah PENGANTINNYA. |
|
Semoga berbahagia hingga ke anak cucu dan semoga dapat anak yang soleh dan solehah,nak bagi hadiah,fain habis belajar pon belum lagi. |
wah meriahnyaaa.....! :)
ReplyDeletefatin bila nak naik pelamin?
ReplyDeletehehhehee
10 tahun lg
Deletetahniah buat pengantin
ReplyDelete