Abah : Mat,kalau anak kau KK ni,masih minum arak,aku rase lebih baik kau keluar dari rumah ni!!! Aku tak suke orang minum arak masuk rumah ni!! (Mat adalah panggilan Tuk Mat yang disebut ayah ku)
Tuk Mat : Ye lah,aku pun dah banyak kali nasihat dia,dia yang tak dengar cakap.
KK ketika itu nampak agak berang kerana dia mendengar segala percakapan abah dan tuk mat. Kalau nak bercakap dengan KK ni,kena cakap kuat-kuat,KK telah hilang pendengarannye,ketika dia lahir dia masih normal,mampu mendengar dengan baik,tidak tahu apa yang menyebabkan dia hilang punca pendengarannya. Kerana tahu diri dimarahi,kadang KK tidur di tepi pondok bas di Batu Kikir. (Kampung aku di Kampung Pulau Indah,Batu Kikir). Abah dan semua keluarga abah sungguh terkejut apabila mendengar berita bahawa KK telah meninggal dunia ketika tidur. Hanya al-fatihah dapat disedekahkan. Sejak daripada itu,percakapan Tuk Mat jadi lebih kasar,dai mmembahasakan dirinya AKU biarpun pada kami (aku dan sepupu aku yang lain) yang jauh berpuluh-puluh beza dari umurnya. Sebenaranya Tuk Mat ada anak yang lain selain KK,namun anak-anaknya yang lain langsung tidak pernah melawatnya lagi. Biarpuna ku masih muda namun aku memahami perasaan Tuk Mat yang ditinggalkan anaknya malah isterinya juga telah lama meninggal dunia,pasti hidupnya cukup sunyi. Sejak kebelakangan ini Tuk mat cukup suka bermada pujangga,membaca pantun,puisi dan sajak SENDIRIAN. Tuk Mat menjadi sangat sensitif sekarang,bila dia mahu makan dia tidak akan ambil banyak sambil berkata AKU BUKAN TAMAK NAK AMBIK BANYAK. Begitu juga kalau minum air. Tuk Mat seorang yang agak alim,rajin solat dan rajin mengemas rumah. Pak Uda ku seorang yang agak malas mengemas rumah. Nasib baik ada Tuk Mat dialah yang banyak mengemas rumah ini. Kalau bercakap dengan Tuk Mat memang tak mudah nak berhenti,memang akan berpanjangan apabila dia mula menceritakan perit hidupnya ketika dia masih muda remaja. Memang tak mengapa kalau sekali-kali dia bercerita,namun siapa tahan kalau sampai berkali-kali diceritanya perkara yang sama. Aku berharap Tuk Mat tetap tabah menjalani hari-harinya yang mendatang. Memanglah Tuk Mat sudah tua tapi dia masih kuat. INGATNYA JANGAN SESEKALI KITA MEMPERLAKUKAN AYAH DAN IBU KITA DENGAN BURUK!!!
No comments:
Post a Comment
See life, Make it better