Hot Breaking News: About Pencerobohan at Lahad Datu

Seperti yang semua sudah sedia maklum pencerobohan di Lahad Datu sudah mahu hampir 1 bulan,namun baru-baru penceroboh telah mula bertindak ganas hingga pada 1 Mac (kalau tak silap) mengakibat dua terbunuh!
Terkini mangsa yang terkorban bertambah sebanyak enam orang. Enam orang yang terkorban semasa perang hendap di Semporna,Sabah.Jenazah pewira negara yang terkorban telah selamat dikebumikan. Seperti yang disiarkan di television. bagi rakyat Malaysia yang ada menonton siaran langsung di siaran TV3 petang tadi,berkaitan tentang dua jenazah pewira kita yang dibawa pulang untuk dikebumikan di semenanjung. 4 lagi jenazah telah selamat dikebumi di Sabah biarpun ada diantaranya berasal dari semenanjung namun atas kebenaran pihak keluarga.  Perasaan bercampur-baur,sedih,pilu,sebak,marah atas pemergian mereka yang sanggup berjuang demi negara. Biarpun antara mereka yang telah terkorban bukan dari kalangan keluarga aku tapi hati ini sayu kerana pertaruhkan nyawa. Marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah bagi yang Islam dan berdoa bagi yang bukan islam. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman,amin. Dan marilah juga kita sama-sama membuat solat hajat agar semua ini cepat berakhir.


untuk kepastian dan berita terkini tentang pencerobohan di Lahad Datu, silalah baca di laman web surat khabar,surat khabar, dan laman-laman blog yang lain.
Kosmo
Berita Harian
Utusan Malaysia
New Straits Time

No comments:

Post a Comment

See life, Make it better