Ma Boboy

Sebenarnya hari ni hari yang istimewa sangat buat orang yang aku sayang iaitu BOBOY. Boboy,hari ni ulang tahun kelahiran dia. Tapi boboy dah macam rosakkan suasana,patutnya hari jadi yang bahagia untuk boboy...tapi boboy ni nakal sangat dan hiperaktif sungguh. Hari khamis malam tu aku pergi Seremban...pada mulanya hajat Abah bawa aku dengan mak pergi Seremban untuk betulkan kereta...tapi...berakhir dengan bawak balik dua orang anak buah aku, Boboy dan Qaseh. Abah keluar awal pagi untuk betulkan kereta di Proton,setelah 2 jam abah pulang balik,sebab ramai sangat orang,nanti kena datang balik,Abah datang ke Proton tapi orang masih ramai dan stok barang yang diperlukan untuk betulkan kereta dah tak de. Sebenarnya boleh je,abah betulkan kereta kat Proton di Bahau,tapi abah tak nak,abah dah selalu betulkan kereta kat sane semenjak abah beli kereta Savvy pada tahun 2005. Disebabkan Along dan Kak ngah aku,tinggal kat seremban,jadi jempol-seremban dah jadi tak jauh manepun,ade je cuti sikit ke sane la aku,abah,mak bertandang. Berbalik pada kisah boboy,keluarga aku bawa balik Boboy dan Qaseh kerana Qaseh kena demam campak,demamnye dah elok,tapi campaknye tak elok lg,si qaseh kalau tidur kena dengar bacaan al-quran atau lagu-lagu nasyid,baru boleh tidur,kalau tak die akan asyik nangis je. Hari pun dah penat mak jage die,asyik merenget je,si abang die,Boboy ni duk mengacau adik die. Boboy ni menjadi cucu lelaki pertame keluarga aku. Perkahwinan akak aku pada 12 Jun 2010,langsung telah selamat dikurniakan seorang bayi lelaki comel iaitu Muhamad Aqif Haikal Bin Roslee *siap name penuh lagi,haha.
Boboy yang lahir pada 9 Mac 2011,mase aku datang melawat akak aku kat hospital,mase die baru lepas bersalin,kira datang nak tengok boboy la ni...punye kelakar la boboy,mase amk aku nak mandikan die,mak lambat balutkan boboy,habis tu ape lagi,oleh kerana kesejukan,Boboy terus memancut air kencing die *panjang lak tu die pancut,abes basah katil. Sekarang genap la umur die 2 tahun. Biase la budak-budak kan? memang nakal ya amat. Lepas Baby,boboy kira anak buah kedua aku,anak pertame akak aku,cucu kedua mak,ayah aku,dan cicit ketiga nenek aku. *haha. Boboy hanya suka tengok kartun Upin dan Ipin dan cerita Ultraman,kalau yang lain die tak layan. Oleh kerana die dah 3 tahun,boboy ni cepat belajar,ape orang sebut die nak ikut. Jadi kita ini kena beri teladan yang baik-baik budak-budak. *ahaha,macam la dah besar sangat.

Boboy dengan Abah

Boboy dengan Baby

Boboy masa baru lahir

Boboy 2 tahun

Boboy 7 bulan

Boboy 1 tahun

Boboy sekarang dah 2 tahun :D
Acu sayang boboy <3 Walau macam mana pun Acu marah boboy,Acu sayang boboy,boboy kan anak buah acu,darah daging acu.
Your Acu,

6 comments:

  1. umur boboy dh 3 th eh ...?? sme dgn amat lh amat dh 3 thn ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tersalah kiralah nazirah~aku main kira die lahir tahun 2011,skang 2013,kira dah 3 tahun,salahlah aku kira

      Delete
  2. haha comelnya dia . pipi gemboll hihi

    ReplyDelete

See life, Make it better