Everything is luxury

nak baca tak puisi aku. meh hari ni aku merepek sikit na~

Everything is luxury
I'm  is luxury
You is luxury
They is luxury
We are is luxury
My house is luxury
Your house is luxury
Their house is luxury
Our house is luxury
No house also is luxury
Daddy is luxury
Mommy is luxry
Friend is luxury
Husband is luxury
Wife is luxury
The whole family is luxury
Tree is luxury
Water is luxury
Air is luxury
Food is luxury
School is luxury
Hospital is luxury
Car is luxury
Motorcycle is luxury
Bicycle is luxury
Television is luxury
Handphone is luxury
Fan is luxury
Lamp is luxury
Our country is luxury
Our world is luxury
Our galaxy is luxury
Ah~everything we have is luxury
Did you know whatever we have is not belonging to us
EVERYTHING IS LUXURY BEACUSE ALLAH GIVE IT TO US. SO WE SHOULD GREATFULL! WE SHOULD APPRICIATE IT. USE IT IN THE GOOD WAY :)


Do you agree with me that Everything is luxury? or you want to list what is luxury?! Ah no need

Wakaka paham tak aku speaking london *speaking ke writing? hahaha

Aku menyesal jadi seorang doktor pakar!

Kisah ini adalah cerita benar yang aku dapat dari Pak Cik Udin...namun telah aku olah,agar lebih panjang
kisah ni bukannya pasal aku,aku bukannya doktor....

Lee Joon Ki (bukan nama sebenar) adalah anak seorang Doktor Pakar. Dari kecil ayah nya telah mengajarnya agar apabila dia besar nanti,dia bakal seorang doktor.

Memang benar,Lee Joon Ki seorang anak yang bijak pandai cerdik. Dia mendapat keputusan straight A's dalam semua keputusan UPSR,PMR, dan SPM. Namun sebelum SPM,kita kan harus mengisi borang Matrikulasi dan UPU. Pada mulanya,Lee Joon Ki tidak memberitahu ayahnya soal itu,tapi rahsia ini telah terbongkar dan di ketahui oleh ayahnya. Ayahnya begitu memaksanya untuk memilih bidang perubatan agar kelak menjadi seorang doktor. Lee Joon Ki sebenarnya punya pilihan dan minatnya yang lain. Namun atas kehendak ayahnya,dia terpaksa memilih bidang perubatan. Selama di Universiti,seperti yang dijangkakan dia mendapat keputusan dia mendapat keputusan bagus dan kini seorang doktor pakar.

Di sebalik itu, Lee Joon Ki,merasa kerjayanya sebagai seorang doktor pakar amat mencabar hingga masanya untuk berehat semakin kurang,dia tidak ingin bekerja setelah habis waktu bekerja,namun apakan daya dia seorang doktor pakar,khidmatnya amat diperlukan...Lee Joon Ki,mendapat pelbagai cemuhan dan herdikan daripada ibu bapa pesakit apabila dia salah melakukan tugasnya. Lee Joon Ki sungguh tertekan,kerana masanya untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarganya renggang..prestasinya sebagai seorang doktor kian malap...

Pada satu hari,dia berjumpa bekas Professornya di Universiti,Professornya amat berbangga dengannya kerana dia kini telah bergelar seorang doktor pakar. namun sebaliknya berbeza dengan Lee Joon Ki dia berkata pada Professornya "Aku sungguh menyesal jadi seorang doktor"...........!

Semakin lama,setiap hari tekanan kian bertambah,akhirnya dia menghidap penyakit mental dan langsung bunuh diri...kerana tekanannya dan dia langsung tidak berminat menjadi seorang doktor...

Jadi ingatlah wahai pembaca,sebelum masuk Universiti atau memilih kos untuk mengambil Diploma,Sarjana Muda atau Doktor Falsafah...haruslah berdasarkan minat dan kebolehan! Jangan sampai nasi sudah jadi bubur...!




Peluang baik dalam hidup!

kalau peluang dah ade depan mata tu,rembat je~hehehe..aku dapat Matrikulasi Selangor,ada di antara kawan aku dapat Matrikulasi Kedah,Johor,Seremban..alaaa..nanti kita terpisah la :(
yang peliknya,kami dah sepakat sama-sama pilih Matrikulasi N9,Johor dan Melaka,tapi tak dapat sama tempat,apakan daya..

aku pun tertanya jugak,mana satu peluang yang lebih baik? Masuk Matrikulasi atau Universiti?!
tolong beri aku jawapan nye..
bagi kakak2,abang2,mak cik2,pak cik2,boleh kongsikan pengalaman?

Mulanya aku hampa,tak dapat Form 6,tapi setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya...
tapi kali ini aku nak kongsikan tips yang aku dapat daripada Pak Cik Udin

Tips Masuk Universiti (UITM)!


  1. Anda haruslah meminati bidang yang telah anda pilih,kerana ini soal hidup dan mati,janganlah anda pilih bidang itu atas desakan keluarga,anda harus yakin dengan pilihan kos yang telah anda pilih. Segala bidang yang telah anda dapat,sebenarnya di ukur melalui kelayakan anda untuk memasuki sesuatu bidang.Jika anda rasa anda tidak meminati bidang itu,segeralah anda lakukan pertukaran kos. Jika anda layak untuk mohon bidang itu,dah telah membuat permohonan,namun permohonan anda ditolak...Anda haruslah segera menghubungi pihak pengambilan pelajar UITM.
  2. Selama berada di Universiti, anda haruslah mengkonsistenkan sikap rajin anda,seberapa banyak pun masalah yang anda hadapi ketika di Universiti anda haruslah pastikan setiap hari,anda tidak pernah lupa untuk belajar dan mengulangkaji. Bagi pelajar Islam,rajin bersolat,amatlah disunatkan atau digalakkan. Rajin ini adalah usaha anda untuk masa depan yang cerah/
  3. Perkara lain selain dua perkara ini amatlah harus anda kurangkan :)
Tips ni boleh jugak korang guna untuk masuk Kolej/Politeknik
sebenarnya banyak..tapi paling banyak point yang aku nampak 2 tu je la




Berita baik

hai...sebelum berita baik,aku nak bagi tahu berita buruk dulu,aku telah menghilang selama 4 hari kerana telah diculik,penculik mahukan wang tebusan sebanyak RM 50.00..!!
gabra aku..mana cari godek duit,aku kerje pon tidak..akhirnya penculik tu yang bayar sendiri...
wakaka..salah..maaf saya telah menyampaikan berita yang salah..
baru-baru ni,ayah aku telah di maklumkan bahawa Dukun Alang Bakar,dukun terkenal dekat kampung ayah aku ni..jatuh sakit,jatuh bilik air,sebalik itu jua die sakit darah tinggi..mulanya aku ingat tak ingat Alang Bakar tu...last kali lepas jumpa baru  ingat sikit,Alang Bakar dan keluarga die ni,kira baiklah dengan keluarga,jiran dan hubungan saudara,saudara jauh atau dekat,aku tak pasti..

dari bahau-kuala pilah-seremban-senawang-lebuhraya utara selatan-akhirnya sampai di Hospital Besar Kuala Lumpur di Pusat Kaji Saraf..atuk Alang Bakar menitiskan air mata saat cucunya meletak headfon ada ayat-ayat al-quran..biarpun dia masih separuh sedar..aku dan ayah serat mak aku,sempat melawat atuk tu sekejap sebab,waktu melawat telah habis,jadi kami menungu untuk melawat kali kedua pada pukul 4:30..

dan selama menunggu tu,ayah aku berbual dengan Pak Cik Udin,anak kepada atuk Alang Bakar,Pak Cik Udin ni menjaga pelajar seramai 500 orang di UITM Melaka..jadi dia berkongsi kisah anak-anak jagaannya yang kini ramai telah berjaya. Selama 2 jam aku mendengar kisah,ceramah dan nasihat Pak Cik Udin.

hah,lega dapat jugak melawat balik,itu pon kisah,ceramah dan ansihat Pak Cik Udin tak habis lagi,tapi aku cukup bersyukur jugak sebab pak cik udin banyak bagi tips pada aku,gaya dia bercakap sudah seperti seorang kounselor,agaknya die selalu beri nasihat pada pelajar kot..


dalam perjalan ke rumah mak cik aku,kawan pikah tanye, "dah cek matrik belum?" ,aku kan dekat kiyel lagi masa tu,mana sempat,tpsebelum tu aku banyak kali cek guna henset,tapi hampeh,die kata semakan ke matrikulasi belum bermula..jadi aku mintak die tolong cek kan untuk aku, Alhamdulillah,peluang aku untuk masuk ke Matrikulasi berjaya...

aku dah lama tak pergi KL,selalunya aku pergi KL tiap kali Ramadhan nak ambik mak cik aku pulang ke kampung,tapi tahun lepas sepupu aku yang tolong ambik an...melepas la aku nak pergi KL
Jalan masuk ke terowong Smart,sape yg duduk KL mesti dah tahu
Jadi masa pergi hari khamis hari tu,aku macam rusa masuk kampung,ternganga aku tengok bangunan tinggi kat KL ni,ye la aku kan budak kampung,selalunya aku gi KL lalu jalan yang sama,tapi kali ni sebab nak pergi hospital,lalu jalan yang lain,tu yang macam kene kejutan elektrik,ahha nak tanya "KL ni memang selalu jam eh?"...kan aku selalu tengok KL ni kan tv je...heh kesiannye aku,tak pe KL tunggu aku!!!

Segmen Kenalkan Diri - CIK i l y


comey kan CIK i l y tu? hehehe :D 
don't worry saya dah follow blog CIK i ly dan 2 lagi blog tu dan dah follow twitter CIK i l y serta like fanpage CIK i l y
wah soalan segmen CIK i ly ni banyak,tapi di samping pembaca semua boleh la mengenali diri aku ni dengan lebih medalam lagi *cewahh
jangan nangis tau baca jawapan aku *hehehe
Selamat membaca dan mengenal diri ku..

1. Real name: Nur Fatin Binti Muhamad Zain
2. Nickname: Fatin,Tyn,Adik,Faeytynn,Patin,Ikan Paten
3. Starsign and Age: Gemini (Ya Allah,jangan percaya benda horoskop ni tau..aku tulis just sebab aku masuk segmen,jangan pernah horoscope ni,ingat..) Aku 17 tahun berapa bulan tah..belum cukup 18 tahun lagi
4. Male or Female: Female lor,tak caye view my complete profile,hehehe


5. Facebook: https://www.facebook.com/Faeytynn - Nur Fatin (Faeytynn)
6. Website: http://samepathoftheway.blogspot.com/
7. Twitter
https://twitter.com/FaeyTynn - @FaeyTynn
8. Other: Fanpage Facebookhttps://www.facebook.com/BlogSeeLife/144425225731650 - Blog See Life

Instagramhttp://instagram.com/faeytynn - Fatin Zain
Gmail : faeytynn@gmail.com

9. Hair color: Hitam lah,aku orang Malaysia,Malaysia kan Asia,Allah dah bagi rambut tu hitam,jangan pandai-pandai nak tukar jadi kuning la,merah la,sampai rainbow pon ada,ish ish *pehal tetibe ceramah lak ni,hahaha
10. Long or short: Kadang long dan kadang short..hahaha,mana ada la,mana boleh bagi tau lo,tak boleh tak boleh

11. Loud or Quiet: Pendiam sangat-sangat,kadang jadi loud sangat-sangat bila jumpa kawan yang sekepala
12. Sweats or Jeans: Sweats tu ape? Jeans kadang-kadang time keluar,selalu trackshoot,hahaha
13. Phone or camera: Phone selalu kadang kamera,better kamera sebab klo tangkap gambar lagi cantik,eh sekarang kamera dah ade wifi lo
14. Health Freak: kadang helath kadang freak hahaha,setahun ko tak kene selsema tak sah
15. Drink or smoke: Drink? what? Of course tak,merokok lagi tak *katakan tidak pada rokok

16. Do you have a crush on someone: ada, WKL for short,hehehe

17. Eat or drink: Hidup untuk makan dan makan untuk hidup,hehehe,jarang minum air *jangan ikut aku,kita kena banyak minum air baru sihat sampai perut buncit air,hahaha
18. Piercings: piercings ape bende nih? tindik telinga kot? aku perempuan,tindik telinnga dua-dua belah
19. Tattoos: Tatuu NO! haih..tatu haram untuk orang Islam faham,buang duit,masa dan tenaga je ko buat tatu,dapat dosa je

Have You EverBeen in a relationship: ada hubungan? in a relationship with all of my girlfriend,hahaha,sekali pon tak pernah,aku tak pernah kenal apa itu cinta berlainan jantina melainkan,relationship as a friend or as a muslim
Quarrel with someone u like: Bergaduh dengan seseorang yang aku suka? couple pon tak pernah nak gaduh cam ne? kalau gaduh dengan kawan-kawan tu pernah la

Been in a car accident: yes,abah bawak,orang tu langgar belakang kereta kami *tapi nak salahkan orang langgar kereta die plak..cerita lama

Been in a fist fight:first fight? ape tu? tak pernah rasanya

First Piercing: pertama kali tindik telinga eh? hurm,masa umur aku 7 tahun kot, *banyak la ko kot

Best Friend(s): a lot,love them,Mimi,Zirah,Tyha,Piqah,Tyka,Farahin,Najwa,Tehah,Farah,Isma,Fiona,Welni,Sam,WKL..hahaha so many

Award(s): Got? Kalau pasal anugerah ni pernah kot,dapat sijil-sijil cam tu

Crush: WKL,Dongwoon,Junho

Vacation: bercuti? aku tak pernah bercuti luar dari negara pon,paling jauh Kedah,KL,Melaka,Seremban..tapi aku harap sangat dapat bercuti ke luar negara,pergi Bali pon jadi lah

Last Person you talked to: Mak,Abah!
Person you texted to: Tyka,kadang tak tentu,selalu kawan-kawan aku je yang aku text
Person(s) you watched movie with:
Mimi,Zirah,Tyha,Piqah,Tyka,Farahin,Tehah,Shuehada, *dah lama tak tengok wayang ngan kawan-kawan T,T

Food you ate: Mee Maggi Goreng , *Mee maggi lazat di makan cepat di masak,hehehe,suka lagu tu
Drink you drank: Drank what? air masak je la baru aku minum tadi

Movie you watched: filem terakhir aku tengok kat pawagam,cerita CZ12,Jackie Chan *watchaa~best cerita ni,nak tengok wyang lagi :(

Song listened to: Richard Clayderman - Love Story,*Love Story konon..hahaha..ni instrumental piano,sedap bunyinya,aku kan suka layan instrumental nih

Thing(s) you bought: Hari ni ke? Hari ni aku tak gi mana-mana tapi kalau last sunday ade,aku gi Giant baru bukak kat pilah,beli baju,shopping with my family

Person you hugged: Boboy,Qaseh,Baby,rindu anak buah aku sangat-sangat

Favourite Food: Aku semua aku makan balon je asalkan halal dan sedap,aku suka bubur kacang :D
Drinks: Milo! Ahhak air kegemaran aku air milo,sehari tak minum milo tak sah

Have you ever Kissed in the snow: pernah dalam music video baru 2PM dengan Junho,hahaha...berangan je,Malaysia kan mana ada salji =,=
Celebrated Halloween:Of course tak,Halloween ni orang bukan Islam je sambut,nak sambut? tak boleh boleh seram lo~
Had your heart broken: pernah tapi bukan sebab kekasih tetapi sebab hati aku pernah terluka sebab kawan
Went over the limits on your cell phone: limit? pertama kali aku ada henset time form 3,sekarang aku dah nak masuk 18,baru 2 henset *kesiannye aku
Came out of the closet: Yes,pernah buat even sekarang,best~hahaha

Gotten pregnant: Hah? no! of course tak pernah!Astagfirullah haram bersetubuh sebelum mempunyai hubungan yang halal dengan bakal suami *hehehe...ape? betul kan?
Had an abortion: Of course lah tak jugak,kahwin pon belom,cam ne nak hamil? ni kan pulak nak buat pengguran? astagfirullahazim..ish ish tak paham lagi ke

Done something you've regretted: maybe yes,tapi tak ingat ape..
Broke a promise: no! aku orang yang akan selalu menepati janji,insyallah,aku tak suka orang selalu mungkir janji..
Hide a secret: yes,hehehe,selagi tak bagi tau orang lain,tu mananye secret,klo dah bagi tau bukan secret lah namenye...wakaka
Pretended to be happy: Sometime. Selalu happy but kalau sedih, I'm always want pretended to be happy and do a fake smile
Met someone who changed your life: Erm,pernah~kalau tak silap ada ustazah,penceramah,yang berjaya memberi dorongan dalam hidup aku...hihihi
Pretended to be sick: sometime bila aku main tembak tembak ngan anak buah aku,pura pura dah mati,kihkihkih
Left the country: haaa ! tak pernah,hope someday dapat ke luar negara untuk menyambung pelajaran,amin..*aminkan sekali boleh?

Tried something you normally wouldn't try: Yes pernah,masa pergi camping,rasa gerun oh,sebab aku ni bukannye ;lasak atau jenis aktif sukan
Cried over the silliest thing: No,nak buat pe menangis sebab benda bodoh? wakaka
Ran a mile: yes pernah,masa merentas desa lah~
Went to the beach with your best friend(s): lama dah tak pegi . !


Stay single the whole year: yeahh~!! Tak pernah couple dan tak kan couple. Do believe me,kita kan milik Allah :)
Currently Eating: No! Diet,hahaha
Drinking: tak paham bahaso lagi ko? pi tengok soalan ngan jawapan kat atas tu?
Listening to: eh dogil yo kau ni? aku tempeleng kepala ko kang nak?

Waiting for: Sijil Komputer and futher study :)

Your future

Want kids: Insyallah,went get married..
Want to get married: Tak boleh say no nak say yes pon tak nak, tapi kahwin kan sunnah rasullah...Insyallah kahwin,tapi mungkin 10 tahun lepas ni
Careers in mind: Ahha..insyallah nak jadi lawyer,counselor,lecturer..insyallah


Which of it is better for boys/girls?

Lips or eye: Both! Lips must be seksi,hahaha,eye must be either mata besar or mata sepet
Shorter or taller: mut Taller ...taller than me*sebab aku pendek,hahaha
Romantic or spontaneous: ahha~both, don't too much romantic and don't too much kelaka,wakaka
Nice stomach or nice arm: Alamak ai..nak badan macam Jongkook,tengok six pax die,tagan die ketul-ketul,so seksa...tapi kalau jodoh nanti dapat yang kurus kering pon tak pe lah
Sensitive or loud: sensitive..kadang tengok keadaan..~
Single or relationship: Never single cause kita kan ada Allah :) relationship with friend
Noisy or quiet: Noisy sangat pon tak boleh,quiet sangat pon tak boleh

Have you ever Lost lasses/contacts: tak pernah,sebab aku dah lame tak tukar handphone,hurm I want a smart phone :(
Ran aways from home: Yes,tapi belakang rumah je,mengajuk la katekan ,wakaka :D
Hold a gun or knife for self defense: Pernah tapi pistol mainan je...hehehe
Broke someone's heart: maybe no,may be yes,tak dapat markah bagus dalam Ekonomi,kira mengecewakan cikgu,sebab cikgu Hayati dah target sape yang kemungkinan dapat A,SPM ,EA aku C je pon *tapi,alhamdulillah
Been arrested: No! jauhkan diri melakukan jenayah..~minta di jauhkan,Ya Allah
Cried when you lost someone: Yes,Hamidah dan Mastura,kawan aku tak sama sekolah dengan aku..*tu bukannye lost..LOL


Do you believe in

Yourself: Yes,kita ni kena beri kepercayaan pada diri kita sendiri,baru boleh maju
Miracles: Yes. Kuasa Allah tu tiada tandingnya. Allahuakhbar!
Love at first sight: hurmm..maybe yes,mayber no *aku sendiri tak pasti
Heaven:Yes,tu la tujuan aku hidup selama,nak ke Syurga Firdaus
Santa Claus: Of Course TAK, I do believe of Allah,aku Islam conform la tak sambut Krismas
Things last forever: Tiada benda yang kekal selamanya,kita sendiri pon bakal jenazah nanti :)

Is there one person you want to be with right now: Yes, I want baby,anak buah aku..she's funny
Is there a person you make a promise with now: Yes jugak. janji nak jumpa Alia sabtu ni!
Is there a person that you can't forget now: Yes lagi,I can't forget all of my friend,hope can meet them all again
Is there something you really want to do now: Yes satu,I want to watch TV,but Abbah tengah tengok Wrestling
Is there something you really wish to have it now: apa wish wish? aku berharap Allah makbulkan semua doa aku,aminn
Is there something you wanted to say to someone now: Yes yes yes, but I forget what I want to say already..pelupa aku ni

aku ni malas nak tambah yang lain,tapi nak bagi tau yang..SEMOGA IMPIAN KITA SEMUA TERCAPAI DAN DAPAT HIDUP DENGAN BAHAGIA..DON'T WORRY BE HAPPY,ALWAYS SMILE,AJA AJA HWAITING,CHAIYOK,GAMBATEH,SEMANGAT~!!!!TERUSKAN PERJUANGAN HIDUP,JANGAN PERNAH SEKALI PUTUS ASA :)


ahha lupa nak tag kawan, nasib baik ade kakak yang komen tadi
jadi saya tag akak az la (thanks) dan kak deno (hihihi)

Serupa tapi tak sama?!

aik? serupa ke? teringat lagu ni.. kita serupa~
serupa tapi tak sama, sejibik tapi tak da kena mengena, ....
klo nak kata kelaka boleh,aku tak tau mana aku cilok ini gambar,yang penting mr. google tolong carikan

yang kat bawah ni lak,aku dapat vektor dari Din Graphic..
serupa ka?
jawapannye~
langsung tak sama?
tak serupa langsung?
boleh la~
ade la sikit

Kiyomi Kartun Voice

no nampak tajuk tu kiyomi,ate aku kan dah update pasal kiyomi sebelum ni dalam Am I Late ... penghujung entry Am I Late aku tu..aku ada mengagak kemungkinan akan ada artis-artis kita buat kiyomi. Ha!!! Kan betul jangkaan aku kan?!! Artis yang dah buat kiyomi seperti elfira loy,nora danish,dafi,hairul azreen,zoey,nazim othman..erm sape lagi ek? *Ha,tengok nama artis pon huruf kecik..
Now dengar suara aku buat kiyomi. SUARA JE KAY.


Okay ni la pelapis suara kartun negara, mempersembahkan Kiyomi!Jeng jeng jeng dengar la suara kartun aku,aku suka buat suara kartun..ala terkepit suara..harap-haraplah jangan ada yang pengsan na~ *perasan ye ko peah
ahha saya memerlukan bantuan !!
Sudikah 10 orang daripada pembaca menekan button like di Fanpage Facebook Blog See Life?!
Terimalah~ *saya konon selalu guna aku

tolongnya like dekat tab tu ade tulis fanpage. bukan fanpage aku tapi blog ni punye lo~
https://www.facebook.com/BlogSeeLife/144425225731650







Is it change your mood?

lagu yang ada dekat blog saya ni,adakah mengganggu perasaan adik,kakak,abang,pak cik dan mak cik yang sedang membaca entri saya. *datuk ngan nenek pon bace ke?

aku pernah selitkan dalam entri aku,bahawa aku lebih gemar mendengar instrumental atau lagu yang telah di remix,mungkin ade mengagak aku gemar muzik k-pop..ye aku gemar,namun aku gemar kepada lagu...*tidak semstinya k-pop je,malah lagu mandarin,hindustan,english,arab,dan yang lain,yang mempunyai maksud mendalam,contohnya kalau lagu cinta,di sebalik lagu,punya maksud yang mendalanm *haha,mendalam?mungkin aku je kot yang pikir cam tu..macam lagu dari Korea Selatan,lagu rancak mereka,ada yang makna tah ape-ape,mana aku layan sangat,actually aku jatuh cinta dengan lagu diorang bukan sebab muzik video dan artis sahaja semata-mata, satu-satu lagu yang di hasilkan hasil seni seorang komposer..

aku ambil kira perasaan dan emosi yang ada dalam lagu tu,adakah...
kalau gembira,boleh buat aku gembira..
kalau lagu sedih,boleh buat aku sedih...
kalau lagu mendayu-dayu pada alunan muzik mula-mulanya,namun menjadi lagu rancak di penghujungnya...cuma mampu membuat aku tertarik dengan lagu tu..
bunyi seruling,guitar,piano,gendang,dram...memang menghiburkan hati..
lagi pun lagu kan di ciptakan untuk menghiburkan orang yang mendengarnya , itulah namanya hiburan, namun kalau melampau sangat lagu macam sesetengah lagu rock inggeris..macam ada ahli kumpulan black metal selalu dengar...tu bukan lagu namanya

wah aku ni berceloteh,macam produser buat lagu lak,asalnya aku nak tanya,adakah lagu tu terlalu kuat,mengganggu atau ada yang nak menari dengar lagu tu..? atau yang gembira jadi marah dengar alunan muzik tu?...!sebab aku nak pasang lagu dalam bentuk bunyi orgel atau orgel sound..
klo dengar pendapat aku,sampai besok pon tak habis...kihkihkih

SAYA PERLUKAN JAWAPAN ANDA.

aku tepuk-tepuk pipi,sedarkan aku yang apa yang aku tulis ni atas blog aku taip,bukanya tulis,tampar-tampar pipi bahawa ni dah malam,masanya untuk tidur :)

Am I late?

Adakah aku lambat?! Atau ketinggalan zaman? Baru hari ni,aku nak update entir pasai Gwiyomi. *sebutan kiyomi..Eh..Eh..Eh..tak de lah,aku dah tahu pasal kiyomi dari tahun lepas lagi sebeluma ku berblogger lagi..
Aku first tahu masa aku tengok Youtube Jung Ilhoon *my bias dari ahli kumpulan BTOB,melakuan aksi gerakan comel yang dipanggil gwiyomi di Korea Selatan. Ilhoon ni sememangnye comel,tambah comel bile die buat kiyomi tu *hehehe

Pada sekitar bulan Oktober 2012, ahli kumpulan BTOB yang pertama kali muncul dalam rancang realiti tv yang bernama 'MTV Diary' di bawah SBS MTV. Aksi yang dilakukan Ilhoon dipanggil 'Gwiyomi Player' atau orang yang melakukan aksi yang comel. Dan setelah itu,ia mendatangkan fenomena pada peminat BTOB atau peminat k-pop,dan sekarang kepada sebahagian daripada belia negara kita dan sekitar Asia *yang buat video dari negara US pon aku pernah tengok
Jung Ilhoon yang dekat kiri tu,rambut warna cam brown pon tak  orange pon tak
dengan aksi
Il deohagi ildo gwiyomi ( 1 + 1 = comel )
Ee deohagi eedo gwiyomi ( 2 + 2  = comel )
Sam deohagi samdo gwiyomi ( 3 + 3 = comel )
Sa deohagi sado gwiyomi ( 4 + 4 = comel )
Oh deohagi ohdo gwiyomi ( 5 + 5 = comel )
Yook deohagi yookdo gwiyomi ( 6 + 6 = comel )

telah mendatangkan idea kepada Hari yang merupakan penyayi indie Korea Selatan untuk menghasilkan sebuah lagu berkaitan aksi comel itu. Hari atau nama sebenarnya Jung Sung Kyung yang lahir pada 16 February 1990 *sama umur ngan abang aku lah..hahaha
Lagu itu bertajuk Gwiyomi / Cutie Song yang telah di keluarkan pada 18 February 2013 lalu sepanjang 2:42 *2 hari lepas hari lahir penyanyi die la...hahaha

aksi comel dah ramai arits Korea Selatan dah buat...mungkin nanti ada artis Malaysia atau artis Melayu plak yang buat mana tahu kan..?! *KIhkihkih,tak yah buat lagi bagus kot.

sekarang korang enjoy la tonton video kat bawah ni, pilih mana satu pilihan hati,rasanya ramai yang dah tengok ni, Cute Overload !!!!!


Pegang Bulan

Berikut adalah perbualan abah dan aku masa kami dari perjalanan ke rumah dari Seremban

Abah : Adik! Tengok tu ramai orang pegang bulan...!
Aku : Hah,pegang bulan? *Dalam hatiku berkata ;Mana ada orang pegang bulan waktu tengah hari sekarang,bulan timbul pada waktu malam"
Abah : Alaaa...adik ni lembab la...PAS la
Aku : Oh,apa pasal abah panggil bulan pulak?
Abah : Kan,dekat bendera diorang ada bulan ditengah-tengah
Aku : =,= *Lembabnya aku

So jom kita tengok senarai PARTI POLITIK dekat MALAYSIA ni..
sekarang kan demam pilihan raya,walau aku belum boleh cukup usia mengundi tapi aku tengok dan dapat perasan semangat mengundi..apabila kawasan di sekitar rumah aku dan pekan aku....penuh dengan bendera..terutamanya bendera UMNO,PAS & PKR..

Kat rumah aku pon,abah punye semangat pasang bendera UMNO..
Dulu pernah kawan aku perli, 'Fatin,eh,rumah ko semua serba warna hijau..ko pas eh?' 'Fatin,eh,rumah ko ada bendera UMNO plak,ko UMNO plak'...
Hey hey bukan aku la,klo aku pon,kalau hal mengundi ni kan RAHSIA..

okay,sekarang bukak mata adik-adik,kakak-kakak,abang-abang,pak cik,mak cik,datuk,nenek,..lihat senarai parti politik Malaysia ni dengan jelas ya!

okay yang bawah umur tu tutup mata..18 SX,hahaha


tekan gambar itu untuk melihat dengan lebih jelas...
aku bukan gila politik..just wanna share okay,take care

Which version is the best?

South Korean versus The Philipino versus Indonesia!!! Whose the best?!!
Hehehe,maksud sebenar aku drama ada versi Korea atau Jepun punye yang asal tapi orang Filipina dengan Indonsia ni dok menciplak idea drama tu dan hasilkan drama tu dalam versi bahasa dan lakonan negara mereka sendiri.
antara drama yang dibuat versinya ialah :

1) Stairway To Heaven [asal Korea]
( versi Filipina tajuk sama )
Stairway Tu Heaven memang drama Korea kegemaran aku,jalan cerita die memang mengayat hati,aku suka kedua-dua versi,sebab dua-dua versi ni best dan sedih sangat serta dua-dua versi ni jugak pelakon utama die pelakon favourite aku...hehehehe,drama Korea kan,tempat perfileman die cantik lagu soundtrack die best gile nak mampus..

2) Autumn In My Heart / Endless Love [asal Korea]
 ( versi Filipina [Endless Love] , versi Indonesia [Demi Cinta] )
ni la drama Korea pertama aku sebelum Winter Sonata,nilagu satu drama memang aku nangis la,vesi Korea dengan Filipina ending die sedih samapi meleleh air mata tapi versi Indon eh lak,ending bahagia)...aku suka gile dengan soundtrack lagu Korea die,yang versi Filipina soundtrack dyeorg die ciplak dan ubah sikit melodi yang asalnye soundtrack Korea...aku suka jugak lagu soundtrack untuk yang versi Indon nye, nak dikatakan memang best la ketiga-tiga versi ni..


3)Boys Over Flowers [asal anime Jepun]
( versi Taiwan [Meteor Garden], versi Jepun [Hanayori Dango], versi Korea[Boys Over Flowers] )
ni satu drama yang hangat diperkatakan,kalau ikut tajuk versi Taiwan nye,entah merepek die punye tajuk,tapi ketiga-tiga versi ni aku suke sebab pelakon lelaki Taiwan,pelakon lelaki Jepun dan pelakon lelaki Korea tu sume pelakon favourite aku,hensem-hensem belaka..

4)Princess Hours [asal Korea]
(versi Indonesia [Benci Bilang Cinta]
yang ni kalau versi Korea die dari golongan bangsawan Istana tapi versi Indonesia die di gubah dalam versi Orang Kaya punye...aku suka kedua-dua versi dia,kedua-dua soundtrack pon ohsem...yang versi Indonesia die panjang sikit..tapi best jugak

5) Hanazakari No Kimitachi E / Hana Kimi/ For You In Full Blossom [asal Jepun]
( versi Taiwan [Hua Yang Shao Nien Shao Nu] dan versi Korea [To The Beautiful 0f You] )
Hana Kimi drama Jepun pertama aku suke,best gile ada unsur komedi sikit,dengar kata versi Taiwan die best jugak tapi versi Korea nya dengar macam kurang memberansangklan...Hana Kimi..ah,memang aku suka la drama ni,menambahkan minat aku pada drama Jepun,lagu Jepun dan bahasa Jepun. Ike Ike Go Go Ore Ore Go Go..!!

apa pon sume drama ni dari nombor 1 sampai nombor 4 semuanya drama favourite,rugi kalau korang tak tengok..yang paling banyak diselitkan adalah unsur cinta..kalau tak menarik drama,manakan siap nak di buat versi segala. Jangan lupa tonton ya! Rugi tak tengok! *Eh,cam promot lak,hehehe

Kalau drama Korea korang tengoklah kat Maadu , kalau untuk drama Jepun dan Taiwan korang tengoklah kat Vikidrama dan kalau untuk drama Filipina ke Indonesia,search Youtube okay? :D

So then I can't tell which version is the best,sebab pandangan aku lain,pandangan korang lain,so watch out okay :)
Ih,nasib baik Malaysia ni kurang menciplak,kalau boleh,tak yah buat versi pon tak pe,
sebab yang original die dah best.




How To Delete Google Plus or Google+ Account Safely Without Deleting Google or Gmail Account

hai! nampak tajuk di atas?! tak faham bahasa Inggeris?! Meyh aku bagi tau tajuk sebenarnye dalam bahasa Melayu. Ni kire tutorial tau!!
Bagaimana untuk memadam Google Plus atau Google + Akaun Dengan Cara Yang Selamat Tanpa Memadam Akaun Google atau Akaun Gmail Anda!
so korang dah bersiap sedia?! baca ayat aku ni satu persatu baris demi baris! *hehehe

Ahha! Nak dicerita kan sebelum ni aku pun memang ada akaun google + ni tau. Sebab masa bulan Disember tahun lepas die terus terbuat akaun google plus aku!? Perh haram kejadah *geram time tu
memang geram sebab bile tuan blog bukak kite punye Google Friend Connect tak ada link!!!
Abes tu kanpayah nak terus pergi link blog seseorang member blog tu!

bagi pengguna google + profile,bile kami buka members,ala yang kat google friend connect tu,kami saya akan nampak nama korang,tempat nak hantar mesej dan blog yang anda ikut. Bile tekan name korang kat sini kami akan dibawa terus ke akaun google + anda :)
Google telah mengemas kini semua blog yang dibuat haruslah menggunakan akaun Google atau Gmail dan bukannya akaun email lain.
jadi oleh itu, aku berfikir untuk mencari jawapan kepada masalah ni.
godek punye godek cari punye cari,akhirnya aku jumpa jawapan yang pasti untuk soalan aku.

macam yang korang tahu Google + atau Google Plus ni adalah satu produk yang baru dihasilkan oleh Google. Kalau korang akaun google ni,ciri di dalamnye agak sama dengan ciri Facebook dan Twitter,cuma ia agak lebih complete. Produk Google Plus yang paling banyak diperkatakan adalah Google Talk di mana korang boleh, berbual secara berhadapan muka dengan ramai kawan namun ada hadnya.



Sesiapa yang mempunyai akaun google plus dan telah sign in untuk membukanya. Bila korang buka google search korang akan nampak name awal profile google plus korang di sudut kiri paling tepi dan nampak gambar serta nama korang di sudut kanan paling tepi sekali.

Mari kita teruskan rancangan kita untuk memadam akaun google plus ini.


1. Anda harus menekan gambar anda di bahagian sudut kanan dan tekan atau klik akaun.

2. Dah klik akaun? Anda harus turun atau scroll ke bawah lagi,sehingga anda berjumpa satu link yang tertulis Padamkan profil atau alih keluar ciri Google Plus yang berkaitan. Jadi sekarang klik ia.


3. Dah klik link itu? Anda akan di bawa ke halaman baru atau new tab yang akan meminta anda MEMADAMKAN KANDUNGAN GOOGLE PLUS ATAU KESELURUHAN PROFIL GOOGLE ANDA. Ingat ye akaun google plus dan akaun google itu berbeza. Tajuk utama kita memadam akaun google plus,jadi anda harus tick padamkan kandungan google plus sahaja.


4. Setelah itu,anda harus remove bahagian about me atau bahagian menambah profile dahulu. Setelah beberapa hari,untuk menambah keyakinan bahawa Google Plus anda telah di padam,anda harus buka atau sign in google akaun dulu.

5. Jika anda suka buka akaun google anda,kalau akaun google plus telah padam,anda tidak akan nampak nama anda lagi seperti di bahagian sebelum saya terangkan cara ini (gambar atas nombor satu)


6. Jadi setelah pasti,setelah anda menambah bahagian profile ia tidak lagi keluar Google Plus profile namun akan blogger profile.

Jika ada sebarang keraguan sila lah komen ya atau search la google. 
Ha? Best tak guna ayat formal. Bahasa Melayu formal . Rase lain macam anda anda plak.

Segmen URL Blog Paling Awesome by Blog Mrs Lulla

Mrs. Lulla ,aku dah sudah pon follow blog awak dan follow twitter awak sebab aku masuk your photography photo contest sebelum ni...

link blog aku ---> http://samepathoftheway.blogspot.com/
wae? wae? I mean why. kenape URL blog aku ohsem *hehehe awesome actually

samepathoftheway ni URL blog aku,sebenarnya aku ada sebab kenapa aku letak URL tu dan insyallah aku tak akan tukar link blog aku ni...*amin
samepathoftheway adalah dalam bahasa Inggeris atau maksud dalam bahasa Melayu nya ialah di jalan yang sama. yup memang betul kita semua berada di jalan yang sama untuk mencari redha ilahi,mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat,menginginkan keamanan,bukankah begitu? walau ada yang bukan Islam,tidakkah korang juga suka akan keamanan *WORLD PEACE.. semoga kita sentiasa berada di jalan yang lurus lagi benar *amin
tu lah maksud sebenar aku letak URL tu sebagai link blog aku!!

ahha ohsem tak? Kalau paling awesome tu semuanya terletak pada awak Lulla
jadi lepas ni korang akan tahu why puts that URL as my blog's link :)
hope I GOT A LUCKY so then kalau aku tak dapat top up,dapat blog aku kene review pon jadilah.

ehek pening tak baca entry aku?! bahasa inggerih campur bahasa melayu

Contest Blog Super Kawai

pertandingan blog paling comel :) kawaii tu comel lah. ishh mungkin semua dah tua tempat edit html tu dah berubah..sumpah tak paham langsung cara edit html..kalau yang lame tu boleh lah lagi nak faham senang sikit..sorry ye kene coleteh aku.....
saya dah follow blog bubu,like fanpage bubu,dan like gambar anak buah bubu *sumpah comel gile anak buah die.....ish ape main sumpah-sumpah ni..

korang ,kakak-kakak dan abang, rase blog aku ni kawaii tak? nasib baik aku dah edit blog sebelum edit html bertukar baru....

teman nak tag 2 orang akak blogger yang super kawaii jugak..akak az dan akak deno
ahha...aku bertuah ye ^_^

Mini Segment : Are You Ready By Din Graphic

syarat pertama saya dah follow blog abg din dan dah like fanpage cik abg *cube tengok bertambah tak
saya suke tengok doodle atau freebies yang comel-comel jadi saya mahukan VECTOR DRAWING tau.

Nak saya kutuk boleh ape salahnye,haha. Rasenye saiz cbox abg din kene tukar...hehehe,rasenye cam tak sesuai abg din letak warne oren sebagai warne link..kay dah...saye suke background abg din yg biru yg ade bunge biru kat tepi dan header blog abg din pon kreatif..

Nak tanye abg din pon suke annoynymos ke? kay abg din please please saya nak satu vector drawing,can I *sambil buat gwiyomi :D

ahak lupe masuk gambar,ha ni la die gambar yang di buat vector drawing,harap gambar ni dapat dilukis,hehehe.. :D

First Wordless Wednesday

tak terkata apa-apa? kalau dulu setiap hari rabu je mesti aku baju puteri Islam...sekarang tak lagi...
hari rabu ni jugak mengingatkan aku pada iklan yang setiap hari rabu pakai benda pink..
aku tak adalah banyak sangat benda pink,memang sikitlah..kay tak de kene mengena
ehem ehem mari kita dengar lagu baru kat blog aku eh..bukan lagu tapi instrumental  je..
aku kadang lebih suka dengar lagu yang telah di remix atau dengar instrumental je..melayan perasaan lah katakan
cepat je masa berlalu,tengok tengok dah hari rabu
so korang jangan lupa peristiwa hari rabu dalam Islam


  • Kehancuran Auj Bin Unuq - atas gunung yang dijunjung oleh 'Auj. Dengan kekuasaan Allah s.w.t., berlian tersebut menembusi gunung yang dijunjung oleh 'Auj sehinggalah sampai ke tengkuknya. 'Auj tidak sanggup menghilangkan berlian itu, akhirnya 'Auj binasa disebabkan batu berlian itu.

    Dikatakan bahawa ketinggian Nabi Musa a.s adalah empat puluh hasta dan panjang tongkatnya juga empat puluh hasta dan memukulkan tongkatnya kepada 'Auj tepat mengenai mata dan kakinya. Ketika itu jatuhlah 'Auj dengan kehendak Allah s.w.t. dan akhirnya tidak dapat lari daripada kematian sekalipun badannya tinggi serta memiliki kekuatan yang hebat.
  • Kehancuran Qarun - Qarun mati dengan berstatus murtad dalam keadaan tertimbun  lalu tenggelam beserta harta bendanya bersama para pengikutnya dalam tanah dalam waktu semalaman di sebuah kawasan yang terletak dalam daerah al-Fayyum, Mesir
  • Kehancuran Fir'aun - Fir’aun Di Zaman Nabi Musa naik takhta pada 1311 SM adalah firaun yang Allah di binasakan bersama 700.000 pasukannya di Laut Merah, mayatnya Allah selamatkan, pada waktu syuruq (matahari terbit), menurut Tafsir Muqatil (Qs. 10:90)
  • Kebinasaan Namruz Bin Kan'an - Allah menurunkan ribuan nyamuk atau serangga yang halus. Senjata buatan manusia yang paling hebatpun tidak mampu menepis serangan makhluk yang kecil ini. Dalam beberapa menit mereka telah menembus kulit tentara Raja Namrud dan membunuh mereka dengan dahsyat sekali. Namun ia berhasil melarikan diri tetapi nyamuk itu telah masuk keotaknya. Konon, selama empat puluh hari dan empat puluh malam, ia tersiksa karena otaknya ditusuk oleh nyamuk itu. Dalam waktu tersebut, Nabi Ibrahim sering mengunjungi dan memberi dakwah kepada beliau. Namun beliau tetap mengklaim dirinya Tuhan.

    Akhirnya beliau memanggil orang suruhannya untuk mengambil sebatang besi yang besar untuk memukul kepalanya agar sakitnya hilang. Setelah beberapa menit kepalanya dipukul, beliau memerintahkan orang suruhannya untuk memberikan pukulan yang paling kuat dan ini telah membawa kepada kematian Raja Namrud yang lalim itu. Kemudian nyamuk tersebut merangkak keluar dari telinga beliau. Maka berakhirlah kehidupan seorang raja takabur yang mati akibat serangan nyamuk yang kecil.
  • Kehancuran kaum Nabi Soleh a.s - Allah SWT telah membinasakan kaum Tsamud dengan halalintar atau petir yang kuat.
  • Kehancuran Syadad Bin 'Aad - Terbinasa dengan pekikan suara yang sangat kuat dari langit.
  • Kebinasaan kaum Nabi Hud a.s - Allah SWT telah membinasakan kaum Ad dengan taufan.
Tatata sob sob sob semalam malam :)