How To Delete Google Plus or Google+ Account Safely Without Deleting Google or Gmail Account

hai! nampak tajuk di atas?! tak faham bahasa Inggeris?! Meyh aku bagi tau tajuk sebenarnye dalam bahasa Melayu. Ni kire tutorial tau!!
Bagaimana untuk memadam Google Plus atau Google + Akaun Dengan Cara Yang Selamat Tanpa Memadam Akaun Google atau Akaun Gmail Anda!
so korang dah bersiap sedia?! baca ayat aku ni satu persatu baris demi baris! *hehehe

Ahha! Nak dicerita kan sebelum ni aku pun memang ada akaun google + ni tau. Sebab masa bulan Disember tahun lepas die terus terbuat akaun google plus aku!? Perh haram kejadah *geram time tu
memang geram sebab bile tuan blog bukak kite punye Google Friend Connect tak ada link!!!
Abes tu kanpayah nak terus pergi link blog seseorang member blog tu!

bagi pengguna google + profile,bile kami buka members,ala yang kat google friend connect tu,kami saya akan nampak nama korang,tempat nak hantar mesej dan blog yang anda ikut. Bile tekan name korang kat sini kami akan dibawa terus ke akaun google + anda :)
Google telah mengemas kini semua blog yang dibuat haruslah menggunakan akaun Google atau Gmail dan bukannya akaun email lain.
jadi oleh itu, aku berfikir untuk mencari jawapan kepada masalah ni.
godek punye godek cari punye cari,akhirnya aku jumpa jawapan yang pasti untuk soalan aku.

macam yang korang tahu Google + atau Google Plus ni adalah satu produk yang baru dihasilkan oleh Google. Kalau korang akaun google ni,ciri di dalamnye agak sama dengan ciri Facebook dan Twitter,cuma ia agak lebih complete. Produk Google Plus yang paling banyak diperkatakan adalah Google Talk di mana korang boleh, berbual secara berhadapan muka dengan ramai kawan namun ada hadnya.



Sesiapa yang mempunyai akaun google plus dan telah sign in untuk membukanya. Bila korang buka google search korang akan nampak name awal profile google plus korang di sudut kiri paling tepi dan nampak gambar serta nama korang di sudut kanan paling tepi sekali.

Mari kita teruskan rancangan kita untuk memadam akaun google plus ini.


1. Anda harus menekan gambar anda di bahagian sudut kanan dan tekan atau klik akaun.

2. Dah klik akaun? Anda harus turun atau scroll ke bawah lagi,sehingga anda berjumpa satu link yang tertulis Padamkan profil atau alih keluar ciri Google Plus yang berkaitan. Jadi sekarang klik ia.


3. Dah klik link itu? Anda akan di bawa ke halaman baru atau new tab yang akan meminta anda MEMADAMKAN KANDUNGAN GOOGLE PLUS ATAU KESELURUHAN PROFIL GOOGLE ANDA. Ingat ye akaun google plus dan akaun google itu berbeza. Tajuk utama kita memadam akaun google plus,jadi anda harus tick padamkan kandungan google plus sahaja.


4. Setelah itu,anda harus remove bahagian about me atau bahagian menambah profile dahulu. Setelah beberapa hari,untuk menambah keyakinan bahawa Google Plus anda telah di padam,anda harus buka atau sign in google akaun dulu.

5. Jika anda suka buka akaun google anda,kalau akaun google plus telah padam,anda tidak akan nampak nama anda lagi seperti di bahagian sebelum saya terangkan cara ini (gambar atas nombor satu)


6. Jadi setelah pasti,setelah anda menambah bahagian profile ia tidak lagi keluar Google Plus profile namun akan blogger profile.

Jika ada sebarang keraguan sila lah komen ya atau search la google. 
Ha? Best tak guna ayat formal. Bahasa Melayu formal . Rase lain macam anda anda plak.

12 comments:

  1. Nice tips, sometimes its really hard to trace back our followers when they are using the Google account on the blog and they private their profile.

    ReplyDelete
  2. wahhh... dah ada tutor :)

    ReplyDelete
  3. heheh... dah ada tuto skunk...
    mnx tnjuk aja.. :)

    ReplyDelete
  4. akak tak guna sangat Google+.. hehe :D tak explore betul2 lagi :)

    ReplyDelete
  5. Nice sharing... kirenya tak payah pening2 dengan google+ kan... tak pandai sgt guna nyee pun.. hurm..

    ReplyDelete
  6. akak nak buang Google+ tpi..syg...hmmm :(( haha

    ReplyDelete
  7. kita dah selesa dengan google+ n rasa macam tension juga bila org tak letak link kat profile..huhu..sedih..

    ReplyDelete
  8. Kalo delete g+ ni,application dlm fone still boley pkai dak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup still boleh pakai lagi tapi skunk akaun google dah link skali ngan google plus

      Delete
  9. Kalo delete g+ ni,application dlm fone still leh pkai dak??

    ReplyDelete
  10. ok, sy ada kerumitan yang teraaaaammaaaaat... please sape2 leh tolong.. since dah ada google + ni.. komen bawah entri cenggini xde dah.. dy direct pada google plus comment.. yg xbestnye sape xde google plus xleh comment.. n xleh nk moderate comment.. adui fening.. please help me anyone?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bile awak nak komen tekan comment as OPEN ID.. nanti die mintak url..so masukkan la url blog awak..

      Delete

See life, Make it better