Aku menyesal jadi seorang doktor pakar!

Kisah ini adalah cerita benar yang aku dapat dari Pak Cik Udin...namun telah aku olah,agar lebih panjang
kisah ni bukannya pasal aku,aku bukannya doktor....

Lee Joon Ki (bukan nama sebenar) adalah anak seorang Doktor Pakar. Dari kecil ayah nya telah mengajarnya agar apabila dia besar nanti,dia bakal seorang doktor.

Memang benar,Lee Joon Ki seorang anak yang bijak pandai cerdik. Dia mendapat keputusan straight A's dalam semua keputusan UPSR,PMR, dan SPM. Namun sebelum SPM,kita kan harus mengisi borang Matrikulasi dan UPU. Pada mulanya,Lee Joon Ki tidak memberitahu ayahnya soal itu,tapi rahsia ini telah terbongkar dan di ketahui oleh ayahnya. Ayahnya begitu memaksanya untuk memilih bidang perubatan agar kelak menjadi seorang doktor. Lee Joon Ki sebenarnya punya pilihan dan minatnya yang lain. Namun atas kehendak ayahnya,dia terpaksa memilih bidang perubatan. Selama di Universiti,seperti yang dijangkakan dia mendapat keputusan dia mendapat keputusan bagus dan kini seorang doktor pakar.

Di sebalik itu, Lee Joon Ki,merasa kerjayanya sebagai seorang doktor pakar amat mencabar hingga masanya untuk berehat semakin kurang,dia tidak ingin bekerja setelah habis waktu bekerja,namun apakan daya dia seorang doktor pakar,khidmatnya amat diperlukan...Lee Joon Ki,mendapat pelbagai cemuhan dan herdikan daripada ibu bapa pesakit apabila dia salah melakukan tugasnya. Lee Joon Ki sungguh tertekan,kerana masanya untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarganya renggang..prestasinya sebagai seorang doktor kian malap...

Pada satu hari,dia berjumpa bekas Professornya di Universiti,Professornya amat berbangga dengannya kerana dia kini telah bergelar seorang doktor pakar. namun sebaliknya berbeza dengan Lee Joon Ki dia berkata pada Professornya "Aku sungguh menyesal jadi seorang doktor"...........!

Semakin lama,setiap hari tekanan kian bertambah,akhirnya dia menghidap penyakit mental dan langsung bunuh diri...kerana tekanannya dan dia langsung tidak berminat menjadi seorang doktor...

Jadi ingatlah wahai pembaca,sebelum masuk Universiti atau memilih kos untuk mengambil Diploma,Sarjana Muda atau Doktor Falsafah...haruslah berdasarkan minat dan kebolehan! Jangan sampai nasi sudah jadi bubur...!




3 comments:

  1. betul3.. sebab tu parents akak tak paksa akak nak amik apa.. sbb kejadian camni mmg ada jadi in reality.. so,pilihlah atas dasar minat bukannya dasar paksaan keluarga

    ReplyDelete
  2. ada orang boleh bawa course tu walaupun famili dia paksa.. sebba nak puaskan hati semua orang..ada juga tak dapat bawa..last2 terkontang kanting.. jadi kena fkir betul2..:)

    ReplyDelete
  3. Ada pula orang yang Cuba yakin pilihan Allah adalah yang terbaik maka dia memilih untuk mengajar dirinya mencintai pilihan Allah lalu dia bahagia kerana pilihan Allah sememangnya yang terbaik.^^
    Thanks for sharing

    ReplyDelete

See life, Make it better