Ghost Story 2 but.....

huhuhu,cerita h***u? Malam tadi tengah sedap online,tetapi aku kedengaran bunyi yang sungguh pelik dan aneh! Top top top top,2, 3 kali aku dengar bunyi tu tapi akhirnya bunyi tu terhenti dengan bunyi seolah-olah suara perempuan mengilai! Aku sungguh takut masa tu sebab aku tingal rumah sorang-sorang sementara kedua-dua ibu bapaku pergi ke pasar malam. Aku baru sahaja tadi sedang enak online sambil mendengar lagu korea kegemaranku. Aku sungguh terperanjat membuatkan aku memasang Ruqyah Syariah di headphone sambil bibirku tak henti-henti mebaca surah yang melindungiku. Dalam hati aku tertanya,Ya Allah,apa tu?. Aku tidak ingin terus dalam ketakutan, kerana setelah bunyi top top top,tu semua lampu terus terpadam,jadi buat keputusan dengan menelefon abah.
Aku : Abah,baliklah cepat,rumah gelap ni!
Abah : Adik,ambiklah lampu suluh dalam bilik abah.
Selesai berucap ditelefon,aku memang sungguh tidak berani keluar dari bilik untuk mengambil lampu suluh. Aku masih mendengar ruqyah syariah dan surah al-fatihah di headphone ku,hatiku sungguh tenang mendengar surah itu,syukur alhamdulillah abah dah balik *aku berkata dalam hati. Barulah aku berani,menjejakkan kaki keluar membuka pintu. Tapi sungguh terkejut aku fikir lampu rumah jiranku juga akan terpadam,namun lampu rumahnya tidak pun terpadam. Aku memang teragak elektrik shock kot. Abah mengambil kerusi untuk menekan semula suis lampu utama rumah. Abah menggunakan sejenis pen untuk mengesan kebocoran elektrik di setiap plak,bila tiba di plak suis tv,tiba-tiba top top. Bunyi tadi kedengaran kembali dan semua lampu tertutup lagi sekali,setelah di cek,rupanya suis di tv yang masalahnya. Hatiku rasa lega tapi aku tertanya habis suara perempuan mengilai tadi tu bunyi ape? "Erm suara jiran depan rumah aku kot tapi kalau tu bukan suara jiran depan rumah aku dan betul-betul memang suara perempuan mengilai? Macam mana?!" Aku terus buang pertanyaan itu dan terus masuk bilik dan tidur. Harap suara yang terakhir yang aku dengar tu,memang aku salah dengar. Erm..............

3 comments:

  1. huh. lau aku rasenye.. tak bergerak kot.. huhu. dlam keadaan glap cmtu...

    ReplyDelete

See life, Make it better