I'm Proud To Be Malaysian!

Aku kagum jadi rakyat Malaysia. Kagum dengan perwira negara. Sepanjang krisis pencerobohan yang berlaku, Lahad Datu,Semporna,Kunak,Kota Kinabalu dan Tawau menjadi tempat yang paling dijaga. Apabila pengganas mula bertindak kejam membunuh dua orang wira kita pada 1 Mac 2013. Abah,Mak dan aku menjadi penonton setia di TV1,TV3 dan Astro Awani. Tiga siaran telivision itu yang sentiasa memberitahu perkembangan krisis itu dari semasa ke semasa. Sehinggakan abah yang bekerja pun sanggup asyik telefon rumah hanya bertanyakan soal perkembangan krisis. Mungkin rasa seorang pewira menjadi tersemat dalam diri abah. Apatah lagi pada tahun 1992, abah pernah di hantar ke Bosnia,semasa Perang Bosnia. Gambar-gambar abah di Bosnia masih tersimpan lagi biarpun perang tu dah 20 tahun berlalu. Bila berita tentang perkembangan krisis ini keluar di TV,lagu pahlawan sering didengari di telinga ku,sungguh sayup bunyinya.  Mungkin sebab itu aku tukar lagu blog ni kepada lagu Pahlwan oleh Dato Siti Nurhaliza.

Pahlawanku
Pergilah berjuang untuk bangsa
Jangan ragu
Namamu tetap dipuja

Biar mati
Sebagai pahlawan yang sejati
Jangan undur
Jasamu kelak bertabur

Selamat kau pergi
Selamat kembali
Dengan hati suci
Dan tak takut mati

Pahlawanku
Menuju ruang ke medan perang
Jangan takut
 Sebagai askar berjuang

Malah aku kagum,apabila kebanyakkan siaran radio menyiarkan segmen berpantun bertemakan pahlawan. Sehingga ada rakyat Malaysia yang berbangsa Cina,sanggup menjadi sukarelawan mengutip duit sebagai tanda derma kepada balu-balu Pewira-perwira negara yang terkorban. (Ini yang aku dengar dan lihat di siaran berita di Asto Awani : Bernama) . Selain itu ada dua individu (dari Melaka) menyumbang RM 10,000 kepada keluarga pewira negara di Lahad Datu. Jadi tidak wajarlah pencerobohan yang berlaku ini adalah konspirasi UMNO. Memang agak kurang ajar sungguh Tian Chua. Perdana Menteri kita hanya mendiamkan diri sahaja tentang masalah Tian Chua ni. Bak kata orang,mulut orang memang tidak ditutup.  Hah! Suspek utama yang dikatakan dalang, Raja Muda Agbimuddin,menjadi suspek yang dicari-cari.

Harap semangat patriotik dan semangat berpasukan dapat menjadikan pasukan POLIS ,ATM dan ANGGOTA  KESELAMATAN, dapat menyelamatkan Sabah,AMIN YA RABBALAMIN. Ye la kaum Sulu ni,dah lama menetap di Sabah,tapi tak sangka pula mereka belot pada negara kita. TAPI BUKAN SEMUA KAUM SULU DI SABAH INI BEGITU. Untuk makluman lebih lanjut PM kita sedang menunggu berita dari PBB. OPS DAULAT yang dilancarkan berjalan dengan baik,apabila makin bertambah bilangan penceroboh yang terbunuh dan yang tertangkap.

2 comments:

See life, Make it better