Aku tak tahu kenapa aku cerita pasal baju kurung. Yang penting,aku suka baju kurung. Aku suka memakai baju kurung. Baju kurung amat selesa dipakai,bila aku pakai baju kurung,angin banyak masuk,bohong la orang kata pakai baju kurung PANAS! Rakan-rakan aku mula perasan aku sudah selalu pakai baju kurung,masa tahun 2011,aku selalu pakai baju kurung pergi ke kelas tuisyen sebab kalau dalam bilik tuisyen sejuk,pakai baju kurung la best. Bagi aku baju kurung LAMBANG ADAT MELAYU DEKAT MALAYSIA ni! Aku harap pemakaian baju kurung ini bukanlah tiba waktu kenduri baru pakai. Kalau nak cakap pasal koleksi baju kurung aku...memang penuh la satu almari,baju kurung zaman dulu sampai lah zaman moden. Baju kurung warisan dari mak aku dan kakak aku pun ade. Bukan ape cuma aku agak tidak selesa pakai t-shirt kebelakangan ini sebab t-shirt aku 90% semua pendek lengannya,nak pakai sarung tangan ketat dan tak selesa. Mata aku cukup terpesona bila ada cikgu dekat sekolah aku yang berbangsa India dan Cina memakai baju kurung,nampak sopan daripada mereka pakai skirt. Tapi hati aku agak sedikit hapa dengan baju kurung moden,semakin lama semakin nipis dan jarang,pernah satu insiden aku pakai baju kurung tapi aku tak pakai kain dalam,berlaku kejadian...nampak bahagian kaki nasib baik bahagian baju aku labuh. Dan jangan lupa baju kurung ada dua jenis Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Kurung Cekak Musang. Kebanyakan kain untuk dibuat baju kurung diimport dari luar negara seperti Jepun,Korea Selatan,Turkey dan India..untuk pembuatan kain tempatan banyak dari Terengganu dan Kelantan. Niat nak belajar buat kurung masih tak sampai-sampai sebab tiada masa,baru nak masuk,ish ada anak buah aku pulak kena jaga. Lagipun bukan nak dapat belajar buat kurung secara percuma! Pada mulanya aku agak terkilan bila diacah kawan-kawan, "weyh sok ko pakai baju ape? ko pakai baju kurung ea?" "Ala fatin kan selau pakai baju kurung",aku dah tak ambil kisah ...ye la bukan tipu pun diorang cakap. Ye,memang suke pakai baju kurung. nak dikata kan baju kurung pakaian kegemaran aku dan sudah menjdai sebahagian dari hidup aku. Warna kurung yang terdapat dalam pelbagai warna sekarang dan malah warna-warni pun ada,amat menambat hati aku sebagai pemakainya. Kebanyakan hampir 98% baju kurung aku tidak perlu digosok,kerana kainnya yang lembut dan tidak nampak kedut. Bila pergi aku memang kadang-kadang,jarang-jarang,dan tidak pernah langsung menggosoknya. Kira baju kurung ni instant,tak de baju lain,cepat,cekap dan pantas mengambil baju kurung.Seperti orang selalu kata,baju kurung memang amat sesuai untuk dipakai ke kenduri-kendara dan majlis-majlis. Pemakaian baju kurung yang nampak simple kadang boleh nampak bergaya,amat sopan dan sedap mata memandang. Hah,bagi peminat muzik K-pop,ingat tak kumpulan Wonder Girls pernah memakai baju kurung sambil menanyi dan menari lagu yang mereka pada konsert mereka sebagai tanda menghormati peminat mereka dari Malaysia <3
samela. lebih selesa. n saya suke pakai jubah gak. senang..sarung jek ^^
ReplyDeletekan,jubah kite yg murah2 je
Delete