It's Helping Blogger

Bila entah hari itu kawan ku Syafiqah,tanya blog ada tong sampah tidak? tong sampah? aku jawablah tiada! Ek? Tapi setelah pertanyaan itu kau menyiasat perisian yang ada dalam komputer aku ni sambil menggodek,kut kut terjumpa tong sampah tu. Ha! da jumpa dah. Wah! sambil membuat muka dekat bawah ini!
Tong sampah lah! Ia merupakan perisian Window Live dan Microsoft Word yang patut dicuba oleh penulis blog.
Pertama ialah Microsoft Word. Korang semua tinggal taip sahaja apa yang korang nak tulis tapi dengan menggunakan Microsoft Word ini. Bila korang sudah selesai menaip,korang cuma tinggal buka FILE dan tekan SAVE & SEND! dekat situ nanti korang akan nampak PUBLISH AS BLOG POST! apa lagi! tekanlah,dan bila korang buka blog korang,korang akan nampaklah apa yang korang sudah tulis telah dipamerkan di blog milik korang. SENANG KAN? 

Kedua ialah Window Live Writer. Window Live terdiri daripada tiga iaitu Window Live Family Safety,Window Live Mesh dan Windows Live Writer. Amat mudah menggunakan WIndows Live Writer ni. Korang tinggal buka Windows Live Writer dan masukkan alamat email blog dan password blog korang dan ia akan setting sendiri. Bila benda itu sudah selesai loading,akan keluarlah nanti blog korang. Korang akan nampak ia akan keluar dengan tema blog tu sekali,rasa macam korang menaip dekat blog. Akhir sekali bila korang sudah habis menaip blog post korang. Nanti korang akan nampak satu butang di HOME yang tertulis POST DRAFT TO BLOG. Apa yang korang dah tulis tadi ia akan akan sampai ke blog korang  sebagai draft. Bila korang buka blog korang,korang tidak akan nampak lagi,apa yang korang sudah taip tadi sebab ia belum di PUBLISH. Buka draft tu dan korang tinggal tekan PUBLISH! Nanti buka libaries komputer korang, lepastu tekan ikon dokumen ,dekat situ nanti korang akan nampak satu folder tulis 'MY WEBLOG POSTS'. Dalam my weblog post akan tersimpan segala post draft yang korang dah tulis dan yang sudah hantar. Dah selesai Terima kasih. Macam mana seronok tidak baca bog aku yang tidak menggunakan bahasa pasar namun menggunakan bahasa melayu yang formal dan ditambah dengan bahasa Inggeris? haha.  Namu kedua-dua perisian ini haruslah menggunakan INTERNET untul menghantar post ke blog korang.


No comments:

Post a Comment

See life, Make it better