Long Journey

entry pasal wedding bersambung,kira ni part 2 la ye. Sebab hari tu kenduri kahwin buat dekat rumah baru dia,saya berada di belah pihak perempuan,dan sekarang nak gi antar dia ke majlis perkahwinan belah pihak lelaki dekat Felda Selendang,Rompin,Pahang,Malaysia *selendang bukan salendang,haha.

Wow,memang jauh perjalanan ke sane,dengan 8 buah kereta terdiri daripada kereta milik ayah aku,pak cik aku,saudara mara aku tambah 2 buah kereta pemiliknya terdiri daripada kawan kak ngah. Jadi 10 buah keretalah yang menghantar pengantin ke sane.Kiteorang sampai dalam pukul 1 setengah lebih cam tu lah,disebabkan jurumekap atau mak andam kak ngah disewa hanya untuk majlis perkahwinan di Serenmban,maka sepupu aku siti menjadi mangsa. Berguna jugak die belajar mekap boleh tolong mekapkan sepupu sepapat die. Memang cantik wo die mekap, Mekap dapat A kot hari tu punye result. Biasalah anak dara yang lain tolong menolong angkat barang hantaran. Lepas selesai je majli perkahwinan tu,abah cadang nak pergi hantar baby balik Tembangau rumah nenek dia,disebabkan die balik ke rumah aku masa cuti panjang je.

Tapi rancangan tergendala sebab pak su aku ajak pergi pantai! what pantai. Okay dah siap nak pergi pantai ni...tapi baju nak mandi tak bawak pong. Tiba-tiba dengan tak semena-semena ada 3 sepupu cilik aku ni dilaporkan hilang. Hilang ke mana? Jadi masa ni ramai jadi detektif sekejap..rupa-rupanya mereka bertiga hanya MANDI di rumah persinggahan bukannya ke mane. Padahal salah seorang daripada sepupu cilik aku ni dah bagitau mak die,tapi mak die lupe. Tulah sibuk sangat samapai anak pon lupe. Meneruskan rancangan ke Pantai,dah la pengantin lelaki tak ikut,cam ne nak tau jalan? jalan punye jalan,aku tau la,cam ne,jalan di Bahau Negeri Sembilan boleh samapai ke Rompin Pahang dan tak boleh percaya lagi boleh sampai ke Mersing Johor? Jauh tu~Belum masuk Mersing,Johor pon tapi dah masuk kawasan negeri Johor,bapak jauh,boleh la aku nampak kawasan belantara yang menghijau,padi yang menguning,dah akhirnya nampak tanjung gemok,siapa yang nak pergi Pulau Tioman pergi situ dululah,Okay dah sampai..ke PANTAI LANUN..agaknye lanun banyak tak kat sana? Lanunlah sangat pantailah sangat ,pantai ni sesuai untuk mereka yang berhobikan memancing dan kawasan ni sesuai untuk memancing,agak sedikit hampa sebab tak dapat mandi,air dia kotor nak mampus.

Tapi PUAS SANGAT HATI TENGOK KEINDAHAN ALAM CIPTAAN ALLAH ni,dapatlah jalan atas pasir,rasa angin pantai dan snap gambar sikit. Dah tu pekena pisang goreng panas,ada yang pekena ABC,NAK DIKATAKAN KEROPOK LEKOR DIE MEMANG SEDAP TERASE IKAN,OTAK-OTAK DIE TERASE IKAN DAN TIADA PEWARNA OREN TU,SATA PON MANIS BOLEH TAHAN. Sebab abang aku cakap die bbuat sendiri tak ambil atau beli dari kilang,wah buatan tangan sedap,memang stok otak-otak die ambik kat sini kot. Perh sepanjanng aku bolehlah tidur sekejap,kesian pulak tengok ayah aku dan yang lain memandu jauh,200 kilometer lebih woi,lenguh tangan tu la nak pergi pantai sangat dah jalan tak tahu. APAPON ALHAMDULILLAH KAMI SEMUA SELAMAT SAMPAI KE RUMAH MASING-MASING. Memang betullah kata orang,jauh perjalanan luas permandang. Bagi yang mata rabun banyak-banyakkan kalau berjalan tengok pokok-pokok atau tumbuhan yang warna hijau,mak cik aku kata baik untuk mata. Aku rasa bahagia sangat sebab dah lame tak pergi jalan-jalan sejauh ni paling last pon awal tahun lepas. Masa tunggu result tak de pon jejalan jauh,k best.
Family tak complete dalam gambar ni

Tangkap gambar dari belakang kereta

Cantik tak? Cantik kan?

Rasa sedap je mata memandang

Korang nampak tak aku?

Tuk Mat suruh akutangkap gambr die,smbile berkate,
"Ha tagkap gmbr aku  nnti msti aku  nmpk bergaye dlm gmbr tu nnti"
Nak mandi cam ne,air kotor warne coklat dalam lak tu.

Mcm set Ombak Rindu tak? Pkok kelapa tu mmg tak sah kalu tak da


Segmen Blogger Muslimah


segmen lagi? hehehe :D , Aku cukup suka tengok ramai blogger yang suka buat doodle ala tomey tomey malah ada yang buat doodle ssebagai sumber pendapatan smapingan. Apa lagi blog Fizgraphic yang doole atau freebies die comel comel belaka. Die buat segmen dapat doodle free nanati,kita pon ape lagi join la jangan lepaskan peluang di depan mata *hehehehe.  Aku nak doodle~~~nak doodle~doodle~doodle*sambil menari Harlem Shake,hahahaha
Warna tudung doodle tu aku nak warne hitam dan baju die aku nak warna warni boleh tak? Kalau tak boleh warna warni,warna kelabu taik anjing pon boleh la,hahaha,hah,lupe lak,nickname aku,Faeytynn Zayn
Aku nak tag rakan blogger aku yang jarang online ni katenye tak de idea nak tulis entry ceh Syafiqah Shaari ceh Nazirah Johar. Kalu pasal follow blog,like fanpage and share tu jangan risau,tu memang senang je kerjanye,no hal lah,harap aku bertuah,so then boleh dapat doodle :)

Story About An Old Man

aku ceritakan sedikit hari ni tentang kisah seorang lelaki tua. Lelaki tua yang layak aku gelar datuk. Ye memang,lagi pun aku panggil dia,dengan panggilan Tuk Mat. Umurnya dalam lebih kurang 70 tahun. Di seorang kuat,tabah dan rajin. Sebenarnya Tuk Mat merupakan jiran ayah aku di kampung dan juga merupakan sepupu kepada ayah aku. Tuk Mat memang seorang yang tabah,rumahnye dihadapan rumah kampung aku,telah usang,tak berpenunggu dan telah pun dikekliling hutan kerana terbiar. Namun tanah rumah itu masih dijaga. Sudah lama Tuk Mat tak pulang ke kampung,Tuk Mat kini tiada rumah. Rumahnya yang dibuat sendiri telah pun dihapuskan kerana rumah itu sudah tidak berpenghuni sejak anaknya KK meninggal dunia. Rumah yang Tuk Mat buat sendiri ini bukan rumah yang dibuat di tanah miliknya tapi di tanah milik orang tepi paya. Setelah anaknya meninggal dunia, dia diminta untuk membantu menjaga sepupunya yang lumpuh di Seremban. Tuk Mat menjaga sepupunya itu dengan penuh ikhlas. Sedikit pun anak sepupunya tidak ,memberikan wang kepadanya,setidak-tidaknya berilah sedikit. Setelah lama menjaga sepupu dekat hampir 2 tahun,Tuk Mat kini pulang ke kampung. Dia kini tinggal dengan pak cik aku,pak cik aku yang tinggal sekaligus menjaga rumah peninggalan arwah atukku. 3 tahun yang lepas Tuk Mat dan anaknya KK juga tinggal di rumah peninggalan atukku bersama pak cik aku,atau lebih gemar aku panggil dengan panggilan Pak Uda. Abah pulang ke kampung melawat rumah yang pernah didudukinya bersama lagi  8 lapan adik beradiknya. Ketika itu aku turut mengikuti abah pulang ke kampung,sampai ke rumah itu,abah mengeluarkan barannye kepada KK.
Abah      : Mat,kalau anak kau KK ni,masih minum arak,aku rase lebih baik kau keluar dari rumah ni!!! Aku tak suke orang minum arak masuk rumah ni!! (Mat adalah panggilan Tuk Mat yang disebut ayah ku)
Tuk Mat : Ye lah,aku pun dah banyak kali nasihat dia,dia yang tak dengar cakap.
KK ketika itu nampak agak berang kerana dia mendengar segala percakapan abah dan tuk mat. Kalau nak bercakap dengan KK ni,kena cakap kuat-kuat,KK telah hilang pendengarannye,ketika dia lahir dia masih normal,mampu mendengar dengan baik,tidak tahu apa yang menyebabkan dia hilang punca pendengarannya. Kerana tahu diri dimarahi,kadang KK tidur di tepi pondok bas di Batu Kikir. (Kampung aku di Kampung Pulau Indah,Batu Kikir). Abah dan semua keluarga abah sungguh terkejut apabila mendengar berita bahawa KK telah meninggal dunia ketika tidur. Hanya al-fatihah dapat disedekahkan. Sejak daripada itu,percakapan Tuk Mat jadi lebih kasar,dai mmembahasakan dirinya AKU biarpun pada kami (aku dan sepupu aku yang lain) yang jauh berpuluh-puluh beza dari umurnya. Sebenaranya Tuk Mat ada anak yang lain selain KK,namun anak-anaknya yang lain langsung tidak pernah melawatnya lagi. Biarpuna ku masih muda namun aku memahami perasaan Tuk Mat yang ditinggalkan anaknya malah isterinya juga telah lama meninggal dunia,pasti hidupnya cukup sunyi. Sejak kebelakangan ini Tuk mat cukup suka bermada pujangga,membaca pantun,puisi dan sajak SENDIRIAN. Tuk Mat menjadi sangat sensitif sekarang,bila dia mahu makan dia tidak akan ambil banyak sambil berkata AKU BUKAN TAMAK NAK AMBIK BANYAK. Begitu juga kalau minum air. Tuk Mat seorang yang agak alim,rajin solat dan rajin mengemas rumah. Pak Uda ku seorang yang agak malas mengemas rumah. Nasib baik ada Tuk Mat dialah yang banyak mengemas rumah ini. Kalau bercakap dengan Tuk Mat memang tak mudah nak berhenti,memang akan berpanjangan apabila dia mula menceritakan perit hidupnya ketika dia masih muda remaja. Memang tak mengapa kalau sekali-kali dia bercerita,namun siapa tahan kalau sampai berkali-kali diceritanya perkara yang sama. Aku berharap Tuk Mat tetap tabah menjalani hari-harinya yang mendatang. Memanglah Tuk Mat sudah tua tapi dia masih kuat. INGATNYA JANGAN SESEKALI KITA MEMPERLAKUKAN AYAH DAN IBU KITA DENGAN BURUK!!!

Pencarian Bloglist Fizgraphic Bulan April



<center>
<a href="http://www.fizgraphic.com/2013/03/pencarian-bloglist-fizgraphic-bulan.html" target="_blank"><img src="http://i.imgur.com/Y4ZBbDY.gif"  /></a></center>
Hai hai hai *excited gile. Blog fizgraphic  nak rombak balik , die nak cari bloglist unuk bulan April ni. Memanglah pemilihan terhad,tapi aku nak cube try test gak. Masa aku mula-mula buat blogger kan,sepatah haram aku tak paham ape tu bloglist,dari hari ke hari, search gooogle,ahhha..akhirnya aku paham ape tu bloglist dan pakar pacai blog-memblog ni,hahahaha. Encik fizgraphic jangan risau saya sudah lama pun menjalankan tugas memfollow blog en. dan mengelike fanpage en. *hehehe,macam polis lak dapat tugas segale.  Ace cube tanye nape nak bloglist fizgraphic...ape?...hehehe, kerana blog fizgraphic adalah antara blog yang banyak web ranking setiap hari, ahha kalau blog aku dibloglistkan di bloglist fizgraphic , maknanya adalah harapan aku untuk menambah pembaca blog aku bukan setakat mencari pengikut je. Kalau pengikut ramai,tapi ramai yang tak bace entry aku buat pe an? hahahha. Lagipun disebabklan kepopurilitian blog fizgraphic , aku berharap adelah jugak pembaca blog fizgraphic berkunjung ke blog aku...*nak cangat-cangat sambil buat gaya gedik,hehehe...Masa aku mula-mula buat blog,aku risau cangat-cangat tak de orang nak bace blog aku, maka aku pon edit lah blog sesuka hatiku sehingga aku puas hati. Banyak blog yang menjadi inspirasi antaranya blog fizgraphic lah, yang membuatkan aku ingin menambah entry aku dari hari ke hari dan mulanya aku nak update blog ikut suka hati aku je,bile ade idea,tapi aku sekarang aku taip je cerita kehidupan aku, MAKA DENGAN ITU AKU AKAN SELALU UPDATE BLOG. Jadi en fizgraphic, kawan-kawan kau dan pembaca-pembaca lain tak de lah bosan kan?! Hah, korang tengok banyak tak name fizgraphic dalam entry ni? cube kire,hahahaha,good luck to me :)

Wedding

hahaha bukan wedding aku la. Wedding sepupu aku da..yang berlansung 23-24 March lepas. Perkahwinan tu hari ahad, abah ajak mak dtg awal tolong cik linda,but hari sabtu pagi baru datang. Wedding antara Kak Ngah Yantie dan laki dia,hahaha,abah jadi penyambut tetamu dgn paklang dan cik linda,kalau nak diingatkan perkahwinan kak long anak sulong arwah pak cik aku ni,di walikan oleh Pak Long aku malah perkahwinan dibuat di rumah pak long tapi kali ini anak lelaki pertama arwah pak cik aku ni yang jadi wali pada kakaknya,dia baru berumur 16 tahun. sebabnya pak long aku masih dalam rawatan selepas ibu jari kaki dia dipotong tahun lepas sebab kencing manis. Cam tak caye je sepupu aku yang umur 16 jadi wali,ingatkan tak boleh tapi boleh sebab die dah akil baligh pun. Dulu abah ngan mak kahwin bersanding sama dengan arwah pak cik aku ni dan isteri dia. Kira 4 orang naik sanding. Suami dia ada belikan rumah di Seremban dan dah langsai bayar pon tapi dia masih rela menyewa rumah usang di Batu Kikir ini *tak dah la usang mana pon,tapi usanglah jgak sebab rumah kayu....kerana memori bahagia dia bersama suami dia masih kekal di rumah tu. Arwah pak cik aku yang meninggal kerana menghidap angin asma,meninggalkan mak cik aku yang sedang mengandungkan anak kembar mereka. T,T......*PERKARA YANG LEPAS TAK USAH DIKENANG LAGI, Mak cik aku ni bukannya bekerja dia hidup dengan bantuan baitulmal,pencen askar dan bantuan lain. Duit simpanan dan pinjaman dipakai *ala,orang kahwin sekarang kan pakai katering je...Petang lepas selesai pernikahan Kak ngah atau kadang-kadang aku panggil dia yantie,orangnye kecik molek,walaupon umur dah 20 lebih tapi badan dia kurus lah,balik je dari Masjid Sikamat,kak ngah nak photo shoot jap,tiba-tiba GELANG KAHWIN DIA HILANG. Punyalah puas mencari dalam kereta dan sekitar masjid dan rumah tak jumpe-jumpe gak,acane leh hilang,dah bagitau imam,erm tak jumpe gak,masa kak ngah nikah,ada jugak pengantin lain nak nikah,*masa kak nikah,aku dengan sepupu aku kira jadi PHOTOGRAPHER la snap sane snap sini dan masa gelang kahwin tu hilang,aku dengan sepupu aku jadi DETEKTIF sekejap mencari..hahahaha, Adalah jugak kiteorang buat kerja tolong-menolong masa merewang,hahaha,yang paling aku ingat masa majlis kahwin tu, ialah Tuk Mat. Set karaoke tu kan mesti asyik pasang lagu masa majlis kahwin tu,membuatkan Tuk Mat asyik nak berjoget je,sampai lagu last sekali DJ tu pasang lagu Gangnam Style,ade seorang lelaki ajar Tuk Mat menari gangnam style,hahahaha kelakar sangat masa tu. Tuk Mat goyang-goyangkan pinggul dia *bila aku dengan sepupu aku pandang Tuk Mat pon berkate, EH KAU TAHU TAK MASA AKU KAT SINGAPURA DULU AKU ADA BELAJAR BERGOJET TAU,ketawa terbahak-bahak aku dengan telatah Tuk Mat. KALAU DAH NIAT NAK DIRIKAN MASJID TU JANGAN LAME-LAME,HAHAHA,nanti pergi lagi hantar kak ngah sanding kat Pahang *tak tau area mane.
Eh,yang baju kelabu,orang nak tangkap gambar pengantin die lak yang pandang,perasan,hahaha, lelaki yang pangkai songkak ade keronsang dengan dengan perempuan baju pengan tin warne putih ade bunga warne ungu,tu lah PENGANTINNYA.

Semoga berbahagia hingga ke anak cucu dan semoga dapat anak yang soleh dan solehah,nak bagi hadiah,fain habis belajar pon belum lagi.

SPM Part 1

ahhak siap ade part-part lagi. 21 March 2013 adalah untuk pengumuman tarikh keluar result SPM 2012. Malam sebelum tu aku tidur pukul satu,tapi hati masih takut hingga sukar untuk melelapkan mata,mungkin sejam lepas tu baru aku lena tidur. Aku bangun awal pagi solat,sebab macam biasa,hari tu aku nak pergi kelas komputer yang selalu aku hadiri setiap hari selasa dan khamis. Sudah solat,tapi kelas aku pukul 9 pagi,aku tunggu bas pukul 8. sekarang baru pukul 7,so aku tengoklah tv sekejap,aih tak sangke ade ulangan cerite korea pepagi ni. layanlah jap,leka sungguh aku layan cerite Full House Take 2.
Nasib baik tak terlepas bas,aku masuk kelas je,akak yang ajar aku kelas komputer terkezut!!
Akak tu : Eh,adik tak ambik result ke hari ni?
Aku : Eh,ambik,lepas pukul 12.
Akak tu menjangkakan ramai yang tak datang kelas komputer hari ni. Hah,memang betul pon. Jadi cume aku sorang je belajar..huhuhu,best sikit,sebab time tu aku exam. Fokus sungguh buat tu tak sedar nak kelas dah nak habes,aku tu kejutkan aku, *macam tengah tidur pulak main kejut-kejut
Akak tu : Eh bukan dah pukul 11 setengah ke? kan adik nak kejar bas?
Aku : Eh ye ke? *sambil bergegas keluar.
Sambil berjalan cepat takut kena tinggal bas,sob jumpa seorang Mak Cik ni,muka die macam familiar. dia tunjuk sesuatu di atas langit. Aku pon tengoklah,tak depape pon atas langit. Aku tenung la die balik,pelik je aku tengok. Then die pandang aku balik dengan mata yang marah macam nak buruh orang. Then lepas tu ade plak sorang Aunty cina ni nak borak dengan aku. Die cakap pasal mase depan. Aku pon* hah ye la betul pon tu aunty. agak bosan mendengar hujah seorang wanita tua ni . Tak lame lepas tu bas datang *dalam hati,alhamdulillah. Bas terus berhenti depan sekolah. Sampai je,terus gi bengkel melawat Cikgu Miza. Sob,ramai antara rakan aku berdebar sungguh. Tunggu punya tunggu,kiteorang pon masuklah dewan dulu,ambik buku bank. Lama lepas tu,ada satu pengumuman yang boleh mendebarkan jiwa,mengoyakkan hati,merobekkan jantung,dan boleh menitiskan air mata. Pengumuman kepada mereka yang dapat 6A dan ke atas. Mulut aku berhenti bercakap,Hati aku terus berharap. Satu persatu nama disebut,akhirnya sampailah nama budak melayu dapat 9A 1B. Dari tadi asyik nama budak cina dengan india je,disebut. Akhirnya nama rakan ku disebut,Nazirah,Atika,Farah,Nurul Nur Fatihah,Nurul Syafiqah. Tahniah korang. Dah abes cerita aku........tamat.....................eh belum tamat,tunggu punya tunggu sambil berbaris dapatlah aku satu fail,yang mengandungi sijil-sijil aku dan keputusan SPM. Opps, 2A-, 4B+,2C, D. *DON'T ASK ME WHAT D,WHAT C,OKAY. LEGA SANGAT,SEMUANYA DAH SELESAI. Aku pon tangkaplah sedikit gambar bersama teman rapatku sebagai kenangan.


SPM Part 2

Dah abes dari tu,lepas result kuar aku memang cadang nak gi Bahau,tapi ramai antara rakan aku tak nak ikut sekali,penat. Jadi aku pergi dengan Ain,Ada dan Faeizah. Opps,terlupa sebelum pergi aku dengan ain pergi koperasi,aku salam cikgu Zanariah dan lepas tu,pergi bilik kaunseling. Ain minta nasihat dan pendapat cikgu. Aku cadangkan lepas balik,bukak laman web IMASCU laman web yang membantu kita untuk mengetahui personaliti dalam memilih program yang kita akan pilih atau senang kata untuk menguji minat kita. Ahhh,panasnya. Ain kata dia dahaga,then kitorang pin singgah minum ABC,huh sedap hilang rasa dahaga. Balik je,aku tunjukkan kat mak keputusan aku. Mak tak marah pon,apa pon mak nak masa depan aku lebih cerah berbanding kakak dan abang aku. Aku tanya mak pasal mak cik pelik yang aku jumpa tu. Rupanya..........mak cik tu tinggal dekat-dekat sini je, Mak kata mak cik tu dulu pandai,pernah masuk U,tapi die ikut lagi mana lepas tu entah,die kene bawak kat Melaka,die kena cabul secara paksa. INGATNYA KAWAN-KAWAN KU,TERMASUK AKU,JANGAN MUDAH PERCAYA PADA ORANG TERUTAMANYA LELAKI!! Opps,by the way,aku nak ucapkan tahniah kepada kawan-kawan aku, NAZIRAH,ATIKA,SYAFIQAH,FATIHA,FAEIZAH DAN SEMUA KAWAN-KAWAN AKU DAN BLOGGER LAIN SERTA SEMUA YANG AMBIK SPM TAHUN LEPAS! CONGRATE TO YOU ALL. Hari ni aku bahagia sikit *hehehe,sebab Baby Ain ku datang. Rindu die. Erm,macam pernah aku tulis kat blog,aku terima seadanya keputusan SPM aku. yang B+ tak pe lah. Aku reda ini semua ketentuan bukan nasib aku *cewah


In Front Of The Mirror


bila di hadapan cermin memang aku yang di hadapan cermin itu bukan aku. bila di hadapan cermin dalam bilik tiada siapa tahu bila aku sendiri aku mula buat pelbagai gaya. selepas tu aku online sambil mendengar lagu terbaru dari sebuah kumpulan dari Korea Selatan,iaitu Glam dengan lagu bertajuk In Front Of The Mirror. bila aku menonton muzik video,dan membaca lagu itu yang telah di translate dalam bahasa Inggeris,memang mengusik jiwa aku setika.
lagu ni aku tunjukkan pada mereka di luar sana yang sedang mabuk bercinta dan yang sedih ditinggalkan kekasih hati. Aku tak tau apa-apa tentang cinta (sungguh)
Tapi apapun aku cukup bersyukur dengan diri aku walau aku tak cantik mana pun, biar muka tak cantik,tapi jangan hati yang tak cantik

sambil layan lagu ni dalam bahasa korea (sorry if its korean song,hehehe) 
tutupkan lagu blog aku kejap eh , mari dengar lagu ni




Oh no! It's near!!

macam mana ni dah nak dekat keluar result SPM la.........aaaaaaaahhhhhhh! Rasa nak menjerit je cepat betul masa berlalu,dalam sekelip mata. Rasa macam aku baru habis UPSR je. Sepanjang cuti panjang bukan jauh mana pun aku pergi,paling jauh pun rumah kakak aku dekat Seremban. dan yang selalu aku buat masa sudah habis SPM ni,makan,tidur,online,so sad,kesian....nak buat macam mana. Yang penting minda aku bersedia untuk menerima segala pertanyaan dan menerima keputusan SPM aku seadanya. Insyallah dengan doa,usaha,ikhtiar dan tawakal, aku  harap dapat keputusanyang cemerlang, at least 5A,hehehe :D. TOLONG DOA KAN AKU DAN RAKAN SEPERJUANGAN AGAR BEROLEH KEPUTUSAN YANG MEMBANGGAKAN! Perasaan bercampur-baur bila dapat tahu khamis keluar result SPM,harapan tinggal pada aku,cuma AKU,tau tak? Abah habis belajar masa umur dia 15 tahun,that's mean,abah habis belajar lepas ambil SRP. Sudah daripada tu,abah terus buat pilihan jadi askar. Masa tu nak jadi askar senang sikit daripada sekarang. Mak pulak habis belajar sampai umur mak 13 tahun,mak kata mak tak lepas nak sambung belajar sebab asyik gagal je. Tak semestinya kalau mak,bapak tak pandai,anak pun tak pandai.  NO!Tak semestinya ayah kerja jadi petani,anak pun kena jadi petani! lg la NO! Tinggal aku je,mak aku kata kalau betul-betul ah tak dapat belajar masuk UNI/MATRIKULASI/FORM 6 barulah boleh buat pilihan nak masuk kolej. Result keluar belum lagi,diorang dah panggil untuk ceramah. At first,bila aku pergi excited betul,nak tahu apa yang dia nak ceramahkan,tapi akhirnya dia pulak ajak kita masuk KOLEJ dia,SWASTA lak tu,kalau KERAJAAN,tak pelah. 2,3,4 kali dia telefon ajak dengar ceramah dan surat datang menjelma suruh temuduga,nak masuk kena sediakan DUIT! Banyak cantik kau. Hah...herm bertambah berdebar-debar bila aku baca status FB,Twitter dan blog,pasal dah nak keluar result SPM,eh hari keluar result STPM kan? Semoga berjaya untuk senior PRA-U kat skolah aku. *sekolah je. By the way,ingat guys,fizikal dan mental kena bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran yang mendatang..............
betul tu betul *sambil angguk kepala,hahahha

My Family


Seperti yang telah diuar-uarkan di media massa dan media elektronik, tentang kehilangan pula dua pewira kita terkorban, satu ketika sedang bertempur pada pukul 10.30 pagi hingga pukul 1.50 petang dan seorang lagi kemalangan ketika membawa trak askar.Balik pada tajuk,aku nak cerita pasal keluarga aku.

Mak dengan abah dah berkahwin hampir dekat 30 tahun, hasil perkongsian hidup mak dengan abah, mereka telah dikurniakan dua anak lelaki dan dua anak perempuan. Anak pertama mereka, yang aku panggil along,atau nama sebenarnya Fairul Nisham, atau banyak dikenali dengan panggilan Syam,zaman kecil along dulu, along dipanggil Piyoi, aku ada tengok gambar along masa dia kecil dulu kala,memang comel, dan kecomelan diwarisi anaknya,sungguh serupa dengan along. Hah,lupa nak beritahu. Along dah kahwin dengan kak Ayu,atau nama sebenarnya Rohayu, dekat hampir hampir 5 tahun sudah perkahwinan mereka dan dikurniakan dengan tiga orang anak.

Ni anak ketiga, Muhammad Azeem Ziqry

Ni anak sulong,Nurulain Syakirah

Ynag kiri anak kedua, Muhammad Adam Farees
Omey-omey kan? *hehehe :D. Then,aku nak cerita pasal anak kedua keluarga aku,Angah atau nama sebenarnya Fairus Ziana, masa sekolah dulu2, akak aku digelar Ziana Zain, sebab dia minat Ziana Zain,suke menyanyi dan name bapak aku Muhamad Zain. * ahhaha. Kak angah yang berkahwin dengan Abang Roslee pada sekitar bulan 6 tahun 2010, telah dikurniakan 2 orang anak yang comel lote.

Ni an old picture of Boboy atau nama sebanar die Muhamad Aqif Haikal

Ni pun an old picture of Qaseh atau nama sebenar die Nur Qaseh Qaisara
Untuk anak ketiga ni,kira anak emas keluarga aku, yang aku panggil Ayed atau nama sebenar die Muhammad Farid, masa di sekolah dulu,die dikenali dengan sikap yang pemalas dan nakal sangat *sekarang pun masih pemalas. Die seperti abang sulongku, gemar bekerja di Restoran Makanan segera seperti Pizza Hut,KFC dan marry brown...die ni belajar malas tapi nak kerje yang kelas tinggi *hahaha, abang aku yang ketiga ni berbeza dengan alongku, die gelap sikit berbanding alongku yang agak cerah kulitnya. Ayed ni malas berusaha berbanding Along aku,yang jenis lambat pick up,die sentiasa berusaha untuk beri yang terbaik buat keluaga dia. Along tak pernah lupa hutang die. Semenjak Along dan Kak Ngah dah berpindah rumah ke Seremban dan masing dan berkahwin serta bekerja,jadi kadang aku kurang meluangkan masa bersama mereka, namun tiap dua minggu, akan ke Seremban melawat, atau kadang mereka yang pulang ke rumah. Perbezaan umur ayah aku dengan aku banyak jauhnya, Abah yang lahir pada tahun 1955 dan aku pula 1995,kira beza 40 TAHUN!!! Aku dengan mak aku, beza 36 TAHUN, aku dengan Along aku beza 11 TAHUN, aku dengan kak ngah beza 10 TAHUN dan akhir sekali dengan Ayed aku, beza 5 TAHUN. Banyak bezanya, namun aku harap kasih sayang antara aku dengan Abah,dengan Mak,dengan Along,dengan Kak Ngah dan dengan Ayed, tak pernah luntur.

HANYA AKU YANG JADI HARAPAN BUAT KELUARGA AKU,HARAPAN MASUK UNIVERSITI, INSYALLAH AKU DAPAT BUKTIKAN PADA MEREKA. SEMOGA AKU,TEMAN-TEMAN BAIKKU SERTA BATCH' 95 DAPAT KEPUTUSAN YANG MEMBANGGAKAN.GAGAL SEKALI TAK BERMAKNA GAGAL SELAMA-LAMANYA.



Muslimah Cartoon (Transparent)

















kat atas-atas tu ada beberapa gambar kartun muslimah yang telah aku transparentkan. Yang penting creditnye adalah kepada pelukisnya sendiri. Gambar berikut aku jumpa setelah menggodek dan menyiasat, kebanyakkan aku jumpa di devianart..untung la kan sape yang pandai buat doodle atau freebies. sebab kebanyakkan blog yang mendapat sambutan ialah blog yang ada banyak tutorial dan freebies..blog aku ape yang ade? =,=' Comel-comel kan kalau jumple doodle yang dibuat macam dari blog FizGraphic , Azzah
dan belog Dayang Deno.








#tatatta
#geram nengok gambar ni comel sangat,terima kasih dan tahniah pada pelukisnya :)



Ma Boboy

Sebenarnya hari ni hari yang istimewa sangat buat orang yang aku sayang iaitu BOBOY. Boboy,hari ni ulang tahun kelahiran dia. Tapi boboy dah macam rosakkan suasana,patutnya hari jadi yang bahagia untuk boboy...tapi boboy ni nakal sangat dan hiperaktif sungguh. Hari khamis malam tu aku pergi Seremban...pada mulanya hajat Abah bawa aku dengan mak pergi Seremban untuk betulkan kereta...tapi...berakhir dengan bawak balik dua orang anak buah aku, Boboy dan Qaseh. Abah keluar awal pagi untuk betulkan kereta di Proton,setelah 2 jam abah pulang balik,sebab ramai sangat orang,nanti kena datang balik,Abah datang ke Proton tapi orang masih ramai dan stok barang yang diperlukan untuk betulkan kereta dah tak de. Sebenarnya boleh je,abah betulkan kereta kat Proton di Bahau,tapi abah tak nak,abah dah selalu betulkan kereta kat sane semenjak abah beli kereta Savvy pada tahun 2005. Disebabkan Along dan Kak ngah aku,tinggal kat seremban,jadi jempol-seremban dah jadi tak jauh manepun,ade je cuti sikit ke sane la aku,abah,mak bertandang. Berbalik pada kisah boboy,keluarga aku bawa balik Boboy dan Qaseh kerana Qaseh kena demam campak,demamnye dah elok,tapi campaknye tak elok lg,si qaseh kalau tidur kena dengar bacaan al-quran atau lagu-lagu nasyid,baru boleh tidur,kalau tak die akan asyik nangis je. Hari pun dah penat mak jage die,asyik merenget je,si abang die,Boboy ni duk mengacau adik die. Boboy ni menjadi cucu lelaki pertame keluarga aku. Perkahwinan akak aku pada 12 Jun 2010,langsung telah selamat dikurniakan seorang bayi lelaki comel iaitu Muhamad Aqif Haikal Bin Roslee *siap name penuh lagi,haha.
Boboy yang lahir pada 9 Mac 2011,mase aku datang melawat akak aku kat hospital,mase die baru lepas bersalin,kira datang nak tengok boboy la ni...punye kelakar la boboy,mase amk aku nak mandikan die,mak lambat balutkan boboy,habis tu ape lagi,oleh kerana kesejukan,Boboy terus memancut air kencing die *panjang lak tu die pancut,abes basah katil. Sekarang genap la umur die 2 tahun. Biase la budak-budak kan? memang nakal ya amat. Lepas Baby,boboy kira anak buah kedua aku,anak pertame akak aku,cucu kedua mak,ayah aku,dan cicit ketiga nenek aku. *haha. Boboy hanya suka tengok kartun Upin dan Ipin dan cerita Ultraman,kalau yang lain die tak layan. Oleh kerana die dah 3 tahun,boboy ni cepat belajar,ape orang sebut die nak ikut. Jadi kita ini kena beri teladan yang baik-baik budak-budak. *ahaha,macam la dah besar sangat.

Boboy dengan Abah

Boboy dengan Baby

Boboy masa baru lahir

Boboy 2 tahun

Boboy 7 bulan

Boboy 1 tahun

Boboy sekarang dah 2 tahun :D
Acu sayang boboy <3 Walau macam mana pun Acu marah boboy,Acu sayang boboy,boboy kan anak buah acu,darah daging acu.
Your Acu,

Pokemon Anime (Transparent)













Pokemon salah satu kartun anime yang aku gemari masa sekolah rendah. Kalau nak tengok sekarang semua ulangan,dah tak best la. Kalau nak simapn gambar-gambar dinosour dan pokemon kat atas ni,komen yau.
Sebenarnya aku amek gambar ni kat laman web mane tah,jadi aku tak tau siape pelukis berbakat yang melukis gambar ni.