Ghost Story

ceritanya berlaku dekat kampung aku,masa hari isnin lepas aku balik ke kampung dekat Batu Kikir. Ada ramai sepupu sepapat aku balik kampung. Jadi malam tu,aku tidur dekat mak cik dan sepupu aku. Tapi induk suruh aku dan sepupu perempuan aku ni tidur dulu,mulanya kiteorang nak tidur dekat luar bilik,tapi kiteorang kena kita tidur dalam bilik. Bilik yang kiteorang nak tidur ni seram sikit,dulu tak de sape yang tidur dekat bilik ni,sebab dulu bilik ni semak sikit ade katil berhabuk,sekarang bilik tu dah kemas sikit. Kiteorang (maksudnya aku dan sepupu aku berdua) beranikan diri dan gagahkan hati nak baring masuk tidur dalam bilik tu. Sebelum tidur kiteorang dengar lagu dan borak - borak something funny,tapi kiteorang tekad nak tidur,kiteorang pon lelap lah mata sambil tutup diri dengan selimut tapi,tiba-tiba aku dengar bunyi orang naik nak masuk dalam bilik tu dengan suara kaki berjalan yang kuat,aku terus bangun  dan buka selimut aku,tapi tak de ape-ape pon,tak de sape pon yang nak masuk bilik tu,malah sepupu aku yang di luar bilik ni pon cakap,mane ade sape-sape, Nurul (sepupu) yang hampir melelapkan mata terjaga kerana perlakuan aku,dia malah berkate,"aku tak dengar ape-ape pon,ko dengar ape?". Aku langsung menjawab pertanyaan Nurul, "aku dengar macam ade nak masuk bilik ni" Nurul terkejut "hah?". Kami baring tidur kembali dan memasang ruqyah syariah yang ada di dalam telefon bimbit ku. Pintu bilik ni kami biarkan terbuka. Hati kami bergetar,saling bertanya, "ko dah tidur ke". Tiba-tiba,dalam kesunyian malam dikampung ni,kami agak sungguh terperanjat kerana tiba-tiba pintu bilik ini tertutup dengan sendirinya. Aku dan Nurul saling bertanya "ko ke yang tutup bilik tu?". Kami baring bersebelahan dan tidak ade sape pon yang bangun menutup pintu. Kami jadi terfikir siape yang tutup pintu tu?. Aku hanya mengagak mungkin angin.Nurul menjadi bertambah takut lalu menguatkan suara ruqyah syariah lame kelamaan kami tertidur,aku pon tutup ayat tu. Esok petang tu,kami nak ke kedai untuk membeli barang. Turun dari rumah aku dan Nurul ke tempat letak motor,Nurul langsung dipangil pak cik aku,aku ditinggalnya sendrian. Ketika aku ditinggalkan sendirian,aku mendengar suara orang bertukang di belakang rumah,sampai saja Nurul aku langsung bertanya pada dia "tadi aku ade dengar suara macam orang bertukang kat belakang rumah". Nurul menjawab "Mane ade orang bertukang kat belakang rumah". Aku langsung menelan air liur dan membiarkan perkara itu. Kawasan rumah dikampung aku ni dulu ade jiran tapi sekarang cuma tinggal rumah kampung kami je. Sebab kampung kami deret 3 tiga buah rumah,pastu dekat 500 meter lepas tu baru ade deret rumah lain pulak. Sebelah kanan rumah terbiar rumputnya,yelah dah tak berpenghuni,dah macam hutan dah aku tengok rumah tu. Sebelah kiri rumah kami pon hutan dan ada bukit,atas bukit tu ade kawasan perkuburan. Memang agak seram,tapi aku tetap percaya Allah sentiasa ada bersama kita, Pertanyaan itu terus menjadi misteri.
Tingkap rumah di kampung aku


7 comments:

See life, Make it better