I Love Wearing Baju Kurung

Aku tak tahu kenapa aku cerita pasal baju kurung. Yang penting,aku suka baju kurung. Aku suka memakai baju kurung. Baju kurung amat selesa dipakai,bila aku pakai baju kurung,angin banyak masuk,bohong la orang kata pakai baju kurung PANAS! Rakan-rakan aku mula perasan aku sudah selalu pakai baju kurung,masa tahun 2011,aku selalu pakai baju kurung pergi ke kelas tuisyen sebab kalau dalam bilik tuisyen sejuk,pakai baju kurung la best. Bagi aku baju kurung LAMBANG ADAT MELAYU DEKAT MALAYSIA ni! Aku harap pemakaian baju kurung ini bukanlah tiba waktu kenduri baru pakai. Kalau nak cakap pasal koleksi baju kurung aku...memang penuh la satu almari,baju kurung zaman dulu sampai lah zaman moden. Baju kurung warisan dari mak aku dan kakak aku pun ade. Bukan ape cuma aku agak tidak selesa pakai t-shirt kebelakangan ini sebab t-shirt aku 90% semua pendek lengannya,nak pakai sarung tangan ketat dan tak selesa. Mata aku cukup terpesona bila ada cikgu dekat sekolah aku yang berbangsa India dan Cina memakai baju kurung,nampak sopan daripada mereka pakai skirt. Tapi hati aku agak sedikit hapa dengan baju kurung moden,semakin lama semakin nipis dan jarang,pernah satu insiden aku pakai baju kurung tapi aku tak pakai kain dalam,berlaku kejadian...nampak bahagian kaki nasib baik bahagian baju aku labuh. Dan jangan lupa baju kurung ada dua jenis Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Kurung Cekak Musang. Kebanyakan kain untuk dibuat baju kurung diimport dari luar negara seperti Jepun,Korea Selatan,Turkey dan India..untuk pembuatan kain tempatan banyak dari Terengganu dan Kelantan. Niat nak belajar buat kurung masih tak sampai-sampai sebab tiada masa,baru nak masuk,ish ada anak buah aku pulak kena jaga. Lagipun bukan nak dapat belajar buat kurung secara percuma! Pada mulanya aku agak terkilan bila diacah kawan-kawan, "weyh sok ko pakai baju ape? ko pakai baju kurung ea?" "Ala fatin kan selau pakai baju kurung",aku dah tak ambil kisah ...ye la bukan tipu pun diorang cakap. Ye,memang suke pakai baju kurung. nak dikata kan baju kurung pakaian kegemaran aku dan sudah menjdai sebahagian dari hidup aku. Warna kurung yang terdapat dalam pelbagai warna sekarang dan malah warna-warni pun ada,amat menambat hati aku sebagai pemakainya. Kebanyakan hampir 98% baju kurung aku tidak perlu digosok,kerana kainnya yang lembut dan tidak nampak kedut. Bila pergi aku memang kadang-kadang,jarang-jarang,dan tidak pernah langsung menggosoknya. Kira baju kurung ni instant,tak de baju lain,cepat,cekap dan pantas mengambil baju kurung.Seperti orang selalu kata,baju kurung memang amat sesuai untuk dipakai ke kenduri-kendara dan majlis-majlis. Pemakaian baju kurung yang nampak simple kadang boleh nampak bergaya,amat sopan dan sedap mata memandang. Hah,bagi peminat muzik K-pop,ingat tak kumpulan Wonder Girls pernah memakai baju kurung sambil menanyi dan menari lagu yang mereka pada konsert mereka sebagai tanda menghormati peminat mereka dari Malaysia <3



Stop! Don't Cry Beacause of Man


Hai! nampak tidak gambar itu? Aku buat sendiri. Cuba try test.
Ada kawan aku ini baru putus dengan kekasih dia. Jadi aku nak masukkan sedikit lirik 'Wonder Woman'

*Wonder woman*

Women, don't be discouraged
Shout it out proudly
Men, get out of the way
Women's loyalty is cooler
It's stronger than love
It doesn't matter if you've been dumped by love
Half of the world is men
Those stupid tears and break-ups,
You'll be fine no matter how much you face them

Kalu menangis lebih-lebih sebab Allah tidak mengapalah sebab ia macam satu kesadaran. Tapi menangis sebab kekasih..hurm..kalau nak kata 'first time' putus bukan...itu lah perempuan ini kadang lemah. Aku ni tidak tahu apa-apa pasal CINTA sesama berlainan jantina. Maaf,kalau nasihat ku menguriskan hatimu,teman :)


Picture Gif

Ha nampak gambar ni macam mana nak buat? 
Buka laman web INI dan setelah keluar akan nampak macam dalam gambar die bawah
Dalam gambar di bawah,dia akan minta korang masukan sekurang-kurangnya dua gambar untuk buat gambar itu bergerak. Korang cuma pilih fail gambar korang dan setelah itu tekan upload dan start.
Korang mesti pilih kod yang ada dalam kotak My Space / Website Code
<a href="http://www.glitterfy.com/"><img src="http://img41.glitterfy.com/13055/glitterfy-flpbk304363381818141.gif" alt="Photo Flipbook Slideshow Maker" border=0 /></a><br /><a href="http://www.glitterfy.com/">Glitterfy.com - Photo Flipbooks</a>
yang aku warna kan ,adalah kod yang kena korang ambik atau korang boleh bace kat blog tutorial untuk cara nak ambil kod glitterfy.
Yang kod korang masukkan kat HTML/JAVASCRIPT serta korang klik kanan dan simpan gambar yang korang sudah buat kat laman web ini tadi. 

It's Helping Blogger

Bila entah hari itu kawan ku Syafiqah,tanya blog ada tong sampah tidak? tong sampah? aku jawablah tiada! Ek? Tapi setelah pertanyaan itu kau menyiasat perisian yang ada dalam komputer aku ni sambil menggodek,kut kut terjumpa tong sampah tu. Ha! da jumpa dah. Wah! sambil membuat muka dekat bawah ini!
Tong sampah lah! Ia merupakan perisian Window Live dan Microsoft Word yang patut dicuba oleh penulis blog.
Pertama ialah Microsoft Word. Korang semua tinggal taip sahaja apa yang korang nak tulis tapi dengan menggunakan Microsoft Word ini. Bila korang sudah selesai menaip,korang cuma tinggal buka FILE dan tekan SAVE & SEND! dekat situ nanti korang akan nampak PUBLISH AS BLOG POST! apa lagi! tekanlah,dan bila korang buka blog korang,korang akan nampaklah apa yang korang sudah tulis telah dipamerkan di blog milik korang. SENANG KAN? 

Kedua ialah Window Live Writer. Window Live terdiri daripada tiga iaitu Window Live Family Safety,Window Live Mesh dan Windows Live Writer. Amat mudah menggunakan WIndows Live Writer ni. Korang tinggal buka Windows Live Writer dan masukkan alamat email blog dan password blog korang dan ia akan setting sendiri. Bila benda itu sudah selesai loading,akan keluarlah nanti blog korang. Korang akan nampak ia akan keluar dengan tema blog tu sekali,rasa macam korang menaip dekat blog. Akhir sekali bila korang sudah habis menaip blog post korang. Nanti korang akan nampak satu butang di HOME yang tertulis POST DRAFT TO BLOG. Apa yang korang dah tulis tadi ia akan akan sampai ke blog korang  sebagai draft. Bila korang buka blog korang,korang tidak akan nampak lagi,apa yang korang sudah taip tadi sebab ia belum di PUBLISH. Buka draft tu dan korang tinggal tekan PUBLISH! Nanti buka libaries komputer korang, lepastu tekan ikon dokumen ,dekat situ nanti korang akan nampak satu folder tulis 'MY WEBLOG POSTS'. Dalam my weblog post akan tersimpan segala post draft yang korang dah tulis dan yang sudah hantar. Dah selesai Terima kasih. Macam mana seronok tidak baca bog aku yang tidak menggunakan bahasa pasar namun menggunakan bahasa melayu yang formal dan ditambah dengan bahasa Inggeris? haha.  Namu kedua-dua perisian ini haruslah menggunakan INTERNET untul menghantar post ke blog korang.


Segmen : Lagu Favourite Saya by Leeyana Amzar



Lagu apa yang menjadi kegemaran aku? Hah,banyak sangat. Muzik merupakan salah satu cara aku mendapatkan hiburan. Bila mendengar lagu,saat aku sedih,hati menjadi riang.
Bila mendengar lagu,saat aku gembira,hati merasa bahagia.
Bila mendengar lagu,aku boleh seakan di dunia yang lain. Lagu itu kadang boleh membuat aku tertawa,sedih,pilu dan tenang. Kadang menari pun boleh. Muzik sangat luas. Lagu aku suka kadang mengikut emosi ku. Pelbagai genre muzik,Pop,R&B,Classic,dan Balada.

1. Malaysia
lagu Kisah Kita yang dinyanyikan oleh Stacy,yang turut menjadi OST K.I.T.A~ Lagu ini mengisarkan soal sahabat. Runut bunyi lagu ini yang agak rancak,membawa aku pada kisah persahabatan aku dan teman-teman rapat ku.

Kita telah bersama
Warnai dunia
Ketawa dan duka
Seiring bersama
Waktu yang bergulir
Memisahkan kita
Tapi hati kita
Tak akan berpisah

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2010/05/lirik-lagu-kisah-kita-stacy.html#ixzz2LX9BifaX

2. Indonesia
lagu Opick banyak menyentu hatiku. Lagu-lagu dari Opick paling banyak menyentuh hatiku. Bila mendengar lagu-lagu nasyid atau lagu yang mengingatkan aku pada Tuhan yang satu,Allah SWT. Kebanyakkan lagu dari Opick memang sangat sayu dan pilu. Alunan piano dalam lagu-lagunya,mampu menitiskan air mataku. Lagu yang aku paling suka nyanyian Opick ialah Tiada Duka Yang Abadi.

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2010/08/lirik-lagu-tiada-duka-yang-abadi-opick.html#ixzz2LXBEItw1


3. India
Runut bunyi lagu Mohabattein,mengusik jiwa dan qalbu ku. Kisah cinta dalam cerita sangat memilukan. Hanya kerana cintanya terhalang oleh bapa,gadis itu sanggup bunuh diriku dan dia mucul saat kekasihnya merasa sepi.Suka betul dengar alunan biola.




4. United States Of America
Orang Inggeris memang pandai. Melalui filem mereka yang meleTOP dan nampak REAL,memang tak usah di cerita lagi. Lagu My Heart Will Go Onn nyanyian Celine Dion memang tepat,kena dengan tema cerita.Kisah cinta Jack dan Rose serta kejadian kapal Titanic yang terbelah dua membuatkan cerita ini sangat
tragis.
Near, far, wherever you are
I believe that the heart does go on
Once more you open the door
And you’re here in my heart
And my heart will go on and on

Sumber : http://liriklagu.net/english/celine-dion/my-heart-will-go-on/




5. South Korea
Pergaduhan Korea Selatan dan Korea Utara,tak usah diperhebahkan. Namun apa yang menjadi fenomenanya ialah lagu-lagu yang dinyanyi oleh kumpulan-kumpulan dan artis solo negara "The Calm Morning".Lagu rancak yang selalu di iringi dengan tarian dan lagu balada di iringi dengan vokal yang mantap.Lagu Gangnam Style oleh PSY,memang sangat menjadi fenomena apabila kian bertambah jumlah penonton videonya di Youtube. Gelombang Lagu-lagu dari Korea atau lebih dikenali dengan K-POP. Lagu rancak nyanyian Big Bang yang bertajuk Fantastic Baby,memang telah buat aku terpesona malah turut sama menari saat menari saat mendengar lagu ini. Dari mata halus aku klip video lagu ini agak iluminati. Apapun bakat suara ahli kumpulan Big Bang memang patut mendapat perhatian.
이 난장판에 HEY 끝판 왕 차례 HEY
i nanjangpane HEY kkeutpan wang charye HEY
(In this crazy house HEY at the end, it’s the king’s turn HEY)
땅을 흔들고 3분으론 불충분한 RACE WAIT
ttangeul heundeulkko sambuneuron bulchungbunhan race wait
(The ground is shaking and 3 minutes is not enough for this race, wait)
분위기는 과열 HUH CATCH ME ON FIRE HUH
bunwigineun gwayeol HUH Catch Me On Fire~ HUH
(The atmosphere is overheated Huh Catch Me On Fire Huh)
진짜가 나타났다 나나나나
jinjjaga natanattta nananana
(The Real has appeared nanana

Muzik sangat universal. Namun jangan biar muzik itu buat kita lalai.
Ops Tag : Syafiqah Shaari Nazirah Johar

Change

Change atau bertukar. Aku bukan nak cerita pasal lagu HyunA yang tajuk dia change tu. Aku nak cakap pasal blog aku,asyik bertukar je blog aku ni. Aku jealous *tak baik jellous2 ni  tengok blog orang lain yang kiut miut tu jadi aku tamak*tak baik tamak2 ni  ubah sana ubah sini godek sana godek sini,memang google lah pembantu aku mencari semua tu. Jadi aku pilih ja yang simple dulu. Pasal tajuk change ni.
Tengok macam keadaan negara kita sekarang,aman kalau nak dibandingkan dengan negara Palastine.Kita sebagai rakyat cukup bertuah,jadi aku tak nak "tonggak negara kita" berpindah ke tangan orang yang zalim *cewah umur mengundi pun belum cukup. Lupakan pasal politik tu. Ramai orang kata,kalau kita nak ubah dunia,kita kena ada duit! Yang penting segalanya DUIT! Ha! Memang duit penting,tapi agama tu harus didahulukan. Tapi kalau nak kahwin dengan orang tak da duit,tak da kerja,nak buat apa? Yang penting,kita ubah menjadi bertambah baik dan bertambah iman bukannya bertambah buruk dan berkurang iman.
Siapapun kita pada masa lepas,tak semestinya kita masih sama masa depan. Kita boleh berubah ke arah kebaikkan,tak susah pun senang ja. Jangan pedulikan apa orang kata buruk tentang kita.


Yeah, this, I’m bring it bring it let let’s go

(You can change) No matter how hard it may be
(You can change) No matter what others say

(You can change) Although you not sure yet [but you must sure]
(You can change) Even if someone stops you




Blackquote

Assalamualaikum
Aku nak cuba blackquote. Sebelum ini yang aku tahu black queen (group korea) dan baba black sheep. Mulanya aku agak blackquote ni maksudnya ialah black = hitam dan quote = puisi , mungkin puisi hitam maksudnya,haha. Lepas aku dah google. Jumpalah maksud sebenarnya blackquote ni.

Saya budak baru belajar
Haha,bukan blackquote tapi BLOCKQUOTE *halang puisi,hihiihi

Cursor

Assalamualaikum
Nampak tak cursor aku tu cursor biase tapi ade bunga lak.
Erm kalau korang tak nak tengok cursor tu,korang boleh tekan switch on dan switch off.
cursor 1
Kalau korang tekan switch off,die akan jadi
cam ni la
cursor 2
Kalau korang dah tekan switch onn,die akan jadi
cam ni la

Number 8

Assalamualaikum dan Hai!
Ada apa dengan nombor lapan? Aiya sebenarnya nombor lapan banyak ong ma untuk aku tahun ni! Eh,tak de la sebenarnya,aku tak sabar nak tunggu bila umur aku akan cukup lapan belas tahun. Sebab berat 48 kg dan tinggi aku 158 cm. Selain itu,ada lapan cerita yang aku suka tonton untuk bulan ni. Lapan ade 10 dan banyak lg.

Hello Counselor

Happy Together Season 3

Qualifications Of Men

Let's Go Dream Team Season 2

Two Days One Night Season 2

GAG Concert


Star King
Running Man
Moonlight Prince

Ai,yang korea je? Haha yang melayu pasal gosip je. nanti aku update
Dengan bantuan sarikata dalam bahasa Inggeris,aku dapat memahami rancangan tersebut dengan baik. Sho-show TV,dapat menghiburkan dan mewarnai hari-hari mendatang ku.








Women is a Luxury

Assalamualaikum
Women is a luxury atau maknanya wanita itu suatu kemewahan.
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Kau buat sang laki-laki gila
Bila kau menggoda
Bila kau mengada-ngada
Oh,lirikan mataMu,senyuman manisMu
Ohkau bisa buat sang laki-laki lemah imannya
Wanita sekarang bagai di kecam. Mentang-mentang wanita rapuh hatinya
Wanita sedang naik motor ke,sedang naik kereta ke,sedang naik bas ke,sedang naik teksi ke,sedang naik LRT ke,sedang bawa kereta ke,ke mana tempat wanita tanpa teman atau berteman,wanita punya kemungkinan untuk berada dalam keadaan bahaya. Dengan perlindungan Allah,seni pertahanan diri dapat membantu wanita menjaga diri mereka serta perlu diingatkan lebih baik wanita menjaga cara pemakaian dan penampilan mereka serta tingkah laku yang baik. Pakaian yang menutup aurat mereka dengan sempurna dapat mencegah segala perkara buruk.
picture cc : Nayzak

Segmen Khas : Islam Itu Indah

Assalamualaikum saudara seIslam dan hai manusia :)
Kamu-kamu sekalian nampak kan tajuk kat atas tu segmen khas yang aku join ni.
Terima kasih Encik Fiz

Segmen tu memang eh kene mengene betul sempena Maulidur Rasul ni namun INGAT ingat Rasullah ni bukan mase Maulidur Rasul je setiap hari kena ingat, Kita ingat Rasullah,zikir kepadanya,dia akan balas balik dengan insyallah kita dapat syafaat Rasullah di akhirat nanti. Ai Islam itu Indah bukan sebab Rasullah sahaje semate-semate!! Islam itu Indah macam gambar kat bawah ni~
Islam itu indah bukan bayangan gambar masjid tu je semate-mate. Bagi aku Islam itu indah,tak dapat aku bayangkan dengan kata-kata. Ha! Pasal rukun Islam,rukun Iman,semua tu,bukan ramai yang tak tahu tapi ramai yang tak ingat. Malah rukun Islam dan rukun Iman,ade dalam buku sejarah tingkatan 5. Maknanye orang bukan Islam pun serba sedikit dapat tahu. Balik pada soalan. Kalau rukun Islam ni kena ikut urutan.
1. Rukun Islam
    -mengucap dua khalimah syahadah (khalimah tersebut bermaksud Aku bersaksi tiada tuhan    selain Allah S.W.T dan Muhammad S.A.W itu pesuruh Allah S.W.T
    -menunaikan solat fardu lima waktu (Subuh,Zuhur,Asar,Maghrib dan Isyak)
    -berpuasa sebulan di bulan Ramadhan (wanita yang sedang haid dan yang meninggalkan puasa atas sebab tertentu haruslah ganti puasa atau bayar fidyah)
    -menunaikan zakat (Zakat fitrah,zakat harta)
    -menunaikan fardu haji di Baitullah,Mekah (bagi yang mampu)

2. Rukun Iman
     - Beriman kepada Allah S.W.T
     - Beriman kepada Malaikat-malaikat
     - Beriman kepada kitab-kitab
     - Beriman kepada rasul-rasul
     - Beriman kepada hari kiamat
     - Beriman kepada qada dan qadar

3. Al-Quran diturunkan
       Al-quran diturunkan kali pertama pada malam lailatul qadar ke Baitul Ma'mur dan kali kedua pada malam lailatul qadar kepada Muhammad S.A.W
       Seperti yang difirmankan Allah S.W.T yang bermaksud : "Dan ketahuilah, bahawa apa-apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang, maka sesungguhnya satu perlima daripadanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah, Rasul-Nya, kerabat (Rasulullah), anak-anak yatim, miskin serta ibn sabil (orang musafir yang kehabisan bekalan), jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami (Allah) kepada hamba Kami (Muhammad) pada 'Hari al-Furqan', iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." Surah al-Anfal 8:41)"
     Setelah genap 11 tahun al-quran diturunkan kepada Muhammad S.A.W , Allah S.W.T memerintahkan baginda keluar berperang iaitu Perang Badar.
   Terdapat persoalan pada malam bila al-Quran diturunkan. Tentang persoalan ini, tiada satu jawapan yang dapat menjelaskan masa yang tepat al-Quran diturunkan. Ada sesetengah riwayat mengatakan pada malam 17 Ramadan, 19 Ramadan dan 27 Ramadan. Wallahu a'lam.
Tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat yang menyatakan bahawa  Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan  (13 Ogos 610 M) adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah  terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.

4. Ayat dalam Al-Quran
      - Al-quran ada 6236 ayat

5. Surah dalam Al-Quran
      - Al-quran ada 114 surah

6. Surah yang paling teragung dalam Al-quran
      - Surah yang paling teragung dalam al-quran ialah surah al-fatihah sebab apabila membaca surah al-fatihah seolah-olah membaca satu buku al-quran.

Uh uh walaupun aku lambat post setelah Maulidur Rasul pada 24 Jan 2013,namun cinta ku pada Rasullah tak pernah padam. Aku cuba sedikit amalkan sunnah Rasullah

Jadi marilah kita sama-sama baca lafaz selawat ,ya lah tidakkah kalian banyak kelebihan selawat ke atas nabi,"Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama sallayta `ala ibrahim, wabarik `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim, fi l-`alamin, innaka hamidun majid" 
[Al-Muwatta'/ 459, sahih], [Ibnu Hibban/ 1958, sahih]

                                  
 atau

 اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد
Ya Allah! Berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau telah member shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanya Dikau sahajalah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia!

Rasullah,pembawa rahmat.

Tag rakan blogger yang Islam : Syafiqah Shaari Nazirah Johar

      -

Emotional

Assalamualaikum.

Emotional. Ye,memang aku seorang yang emosi. Cepat marah dan kadang sensitif. Aku marah sebab kawan? Tak de plak,cume terkilan je ade la. Kalau nangis sebab kawan memang ade. Mase aku Kem Bestari Rohani,aku menangis,aku melalak,aku meraung,haha,Ye. memang teruk sangat nangis mase tu sebab aku teringat akan kesalahan yang aku pernah buat pada kawan-II aku. Tapi mase tu die die bincangkan topik pasal ibu bapa sekali,memang ah sensitif. Sape tak nangis. Kalau yang tak nampak nangis tu,mungkin die simpan air mate. Ha!!!! Aku dah jadi seseorang macam tu semenjak dua tiga empat tahun kebelakangan ini,mungkin sejak aku "MENINGKAT DEWASA". Mase aku 12 tahun,aku menangis sebab ape tah,dah lupe. Abang aku kate kat aku,eee,malulah menangis ni,cengen. Hodoh la rupe ko kalau ko nangis. Jadi aku jarang nangis di hadapan orang *angguk-angguk kelape. Bile kena marah dengan mak,abah atau dengan adik-beradik aku,aku mesti rase yang diorang tak sayang aku lagi. Aku mesti rase aku hodoh. Aku mesti rase yang paling menyusahkan sebab aku anak bongsu. Aku selalu cuba bersabar,walau kadang-kadang aku dimarahi bukan atas sebab aku. Aku bersabar. Aku bersabar. Orang yang bersabar disukai Allah TAPI tapi bile aku dah tak sabar,kemarahan aku akan meledak. Jadi aku menenking pade sesiape yang berdekatan dengan aku. Maaf. Ampun. Sorry. Biyanae. Tu yang terjadi kalau aku simpan kemarahan kau berbotol-botol. Tengkingan aku akan jadi lebih kuat dari suara kucing yang sedang mengawan. Sebab aku punya suara yang kuat. Kadang bile aku bercakap,suare aku macam ade 2 orang tengah bercakap. SERIUS,aku betul-betul serius,dengan kes ni. *ceh macam kes kat mahkamah je. Aku tak tau kenape aku menenking bile aku betul-betul marah. Jadi aku cube genggam tangan aku kuat-kuat untuk tahan marah dan akhirnya terhenti di katil. Ye,di katil aku menahan perasan marah. Kalau aku berade dalam keadaan yang kurang ceria atau moody,memang aku akan tidur. Tidur bagaikan ubat aku melepaskan kemarahan aku. Ah,dan sekarang aku rase,erm bukan rase lagi tapi memang patut,kalau aku marah,aku ambil air sembahyang dan melepaskan semuanya di hadapan Allah di atas tikar sejadah tapi kalau dah tak boleh tuh zikir je lah ubat penenang. Ini baru je marah sebab dimarahi tapi macam mane dengan perasaan marah rakyat Palestin bile nyawa   keluarga mereka dizalimi oleh rejim Zionis! Ya Allah,kuatkanlah kesabaran dan keimanan kami Amin!!
بڠكتله واهاي مانوسي،سسوڠڬوهڽ الله ادا برسامامو.