Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Long Journey

entry pasal wedding bersambung,kira ni part 2 la ye. Sebab hari tu kenduri kahwin buat dekat rumah baru dia,saya berada di belah pihak perempuan,dan sekarang nak gi antar dia ke majlis perkahwinan belah pihak lelaki dekat Felda Selendang,Rompin,Pahang,Malaysia *selendang bukan salendang,haha.

Wow,memang jauh perjalanan ke sane,dengan 8 buah kereta terdiri daripada kereta milik ayah aku,pak cik aku,saudara mara aku tambah 2 buah kereta pemiliknya terdiri daripada kawan kak ngah. Jadi 10 buah keretalah yang menghantar pengantin ke sane.Kiteorang sampai dalam pukul 1 setengah lebih cam tu lah,disebabkan jurumekap atau mak andam kak ngah disewa hanya untuk majlis perkahwinan di Serenmban,maka sepupu aku siti menjadi mangsa. Berguna jugak die belajar mekap boleh tolong mekapkan sepupu sepapat die. Memang cantik wo die mekap, Mekap dapat A kot hari tu punye result. Biasalah anak dara yang lain tolong menolong angkat barang hantaran. Lepas selesai je majli perkahwinan tu,abah cadang nak pergi hantar baby balik Tembangau rumah nenek dia,disebabkan die balik ke rumah aku masa cuti panjang je.

Tapi rancangan tergendala sebab pak su aku ajak pergi pantai! what pantai. Okay dah siap nak pergi pantai ni...tapi baju nak mandi tak bawak pong. Tiba-tiba dengan tak semena-semena ada 3 sepupu cilik aku ni dilaporkan hilang. Hilang ke mana? Jadi masa ni ramai jadi detektif sekejap..rupa-rupanya mereka bertiga hanya MANDI di rumah persinggahan bukannya ke mane. Padahal salah seorang daripada sepupu cilik aku ni dah bagitau mak die,tapi mak die lupe. Tulah sibuk sangat samapai anak pon lupe. Meneruskan rancangan ke Pantai,dah la pengantin lelaki tak ikut,cam ne nak tau jalan? jalan punye jalan,aku tau la,cam ne,jalan di Bahau Negeri Sembilan boleh samapai ke Rompin Pahang dan tak boleh percaya lagi boleh sampai ke Mersing Johor? Jauh tu~Belum masuk Mersing,Johor pon tapi dah masuk kawasan negeri Johor,bapak jauh,boleh la aku nampak kawasan belantara yang menghijau,padi yang menguning,dah akhirnya nampak tanjung gemok,siapa yang nak pergi Pulau Tioman pergi situ dululah,Okay dah sampai..ke PANTAI LANUN..agaknye lanun banyak tak kat sana? Lanunlah sangat pantailah sangat ,pantai ni sesuai untuk mereka yang berhobikan memancing dan kawasan ni sesuai untuk memancing,agak sedikit hampa sebab tak dapat mandi,air dia kotor nak mampus.

Tapi PUAS SANGAT HATI TENGOK KEINDAHAN ALAM CIPTAAN ALLAH ni,dapatlah jalan atas pasir,rasa angin pantai dan snap gambar sikit. Dah tu pekena pisang goreng panas,ada yang pekena ABC,NAK DIKATAKAN KEROPOK LEKOR DIE MEMANG SEDAP TERASE IKAN,OTAK-OTAK DIE TERASE IKAN DAN TIADA PEWARNA OREN TU,SATA PON MANIS BOLEH TAHAN. Sebab abang aku cakap die bbuat sendiri tak ambil atau beli dari kilang,wah buatan tangan sedap,memang stok otak-otak die ambik kat sini kot. Perh sepanjanng aku bolehlah tidur sekejap,kesian pulak tengok ayah aku dan yang lain memandu jauh,200 kilometer lebih woi,lenguh tangan tu la nak pergi pantai sangat dah jalan tak tahu. APAPON ALHAMDULILLAH KAMI SEMUA SELAMAT SAMPAI KE RUMAH MASING-MASING. Memang betullah kata orang,jauh perjalanan luas permandang. Bagi yang mata rabun banyak-banyakkan kalau berjalan tengok pokok-pokok atau tumbuhan yang warna hijau,mak cik aku kata baik untuk mata. Aku rasa bahagia sangat sebab dah lame tak pergi jalan-jalan sejauh ni paling last pon awal tahun lepas. Masa tunggu result tak de pon jejalan jauh,k best.
Family tak complete dalam gambar ni

Tangkap gambar dari belakang kereta

Cantik tak? Cantik kan?

Rasa sedap je mata memandang

Korang nampak tak aku?

Tuk Mat suruh akutangkap gambr die,smbile berkate,
"Ha tagkap gmbr aku  nnti msti aku  nmpk bergaye dlm gmbr tu nnti"
Nak mandi cam ne,air kotor warne coklat dalam lak tu.

Mcm set Ombak Rindu tak? Pkok kelapa tu mmg tak sah kalu tak da


Wedding

hahaha bukan wedding aku la. Wedding sepupu aku da..yang berlansung 23-24 March lepas. Perkahwinan tu hari ahad, abah ajak mak dtg awal tolong cik linda,but hari sabtu pagi baru datang. Wedding antara Kak Ngah Yantie dan laki dia,hahaha,abah jadi penyambut tetamu dgn paklang dan cik linda,kalau nak diingatkan perkahwinan kak long anak sulong arwah pak cik aku ni,di walikan oleh Pak Long aku malah perkahwinan dibuat di rumah pak long tapi kali ini anak lelaki pertama arwah pak cik aku ni yang jadi wali pada kakaknya,dia baru berumur 16 tahun. sebabnya pak long aku masih dalam rawatan selepas ibu jari kaki dia dipotong tahun lepas sebab kencing manis. Cam tak caye je sepupu aku yang umur 16 jadi wali,ingatkan tak boleh tapi boleh sebab die dah akil baligh pun. Dulu abah ngan mak kahwin bersanding sama dengan arwah pak cik aku ni dan isteri dia. Kira 4 orang naik sanding. Suami dia ada belikan rumah di Seremban dan dah langsai bayar pon tapi dia masih rela menyewa rumah usang di Batu Kikir ini *tak dah la usang mana pon,tapi usanglah jgak sebab rumah kayu....kerana memori bahagia dia bersama suami dia masih kekal di rumah tu. Arwah pak cik aku yang meninggal kerana menghidap angin asma,meninggalkan mak cik aku yang sedang mengandungkan anak kembar mereka. T,T......*PERKARA YANG LEPAS TAK USAH DIKENANG LAGI, Mak cik aku ni bukannya bekerja dia hidup dengan bantuan baitulmal,pencen askar dan bantuan lain. Duit simpanan dan pinjaman dipakai *ala,orang kahwin sekarang kan pakai katering je...Petang lepas selesai pernikahan Kak ngah atau kadang-kadang aku panggil dia yantie,orangnye kecik molek,walaupon umur dah 20 lebih tapi badan dia kurus lah,balik je dari Masjid Sikamat,kak ngah nak photo shoot jap,tiba-tiba GELANG KAHWIN DIA HILANG. Punyalah puas mencari dalam kereta dan sekitar masjid dan rumah tak jumpe-jumpe gak,acane leh hilang,dah bagitau imam,erm tak jumpe gak,masa kak ngah nikah,ada jugak pengantin lain nak nikah,*masa kak nikah,aku dengan sepupu aku kira jadi PHOTOGRAPHER la snap sane snap sini dan masa gelang kahwin tu hilang,aku dengan sepupu aku jadi DETEKTIF sekejap mencari..hahahaha, Adalah jugak kiteorang buat kerja tolong-menolong masa merewang,hahaha,yang paling aku ingat masa majlis kahwin tu, ialah Tuk Mat. Set karaoke tu kan mesti asyik pasang lagu masa majlis kahwin tu,membuatkan Tuk Mat asyik nak berjoget je,sampai lagu last sekali DJ tu pasang lagu Gangnam Style,ade seorang lelaki ajar Tuk Mat menari gangnam style,hahahaha kelakar sangat masa tu. Tuk Mat goyang-goyangkan pinggul dia *bila aku dengan sepupu aku pandang Tuk Mat pon berkate, EH KAU TAHU TAK MASA AKU KAT SINGAPURA DULU AKU ADA BELAJAR BERGOJET TAU,ketawa terbahak-bahak aku dengan telatah Tuk Mat. KALAU DAH NIAT NAK DIRIKAN MASJID TU JANGAN LAME-LAME,HAHAHA,nanti pergi lagi hantar kak ngah sanding kat Pahang *tak tau area mane.
Eh,yang baju kelabu,orang nak tangkap gambar pengantin die lak yang pandang,perasan,hahaha, lelaki yang pangkai songkak ade keronsang dengan dengan perempuan baju pengan tin warne putih ade bunga warne ungu,tu lah PENGANTINNYA.

Semoga berbahagia hingga ke anak cucu dan semoga dapat anak yang soleh dan solehah,nak bagi hadiah,fain habis belajar pon belum lagi.