Seperti yang semua sudah sedia maklum pencerobohan di Lahad Datu sudah mahu hampir 1 bulan,namun baru-baru penceroboh telah mula bertindak ganas hingga pada 1 Mac (kalau tak silap) mengakibat dua terbunuh!
Terkini mangsa yang terkorban bertambah sebanyak enam orang. Enam orang yang terkorban semasa perang hendap di Semporna,Sabah.Jenazah pewira negara yang terkorban telah selamat dikebumikan. Seperti yang disiarkan di television. bagi rakyat Malaysia yang ada menonton siaran langsung di siaran TV3 petang tadi,berkaitan tentang dua jenazah pewira kita yang dibawa pulang untuk dikebumikan di semenanjung. 4 lagi jenazah telah selamat dikebumi di Sabah biarpun ada diantaranya berasal dari semenanjung namun atas kebenaran pihak keluarga. Perasaan bercampur-baur,sedih,pilu,sebak,marah atas pemergian mereka yang sanggup berjuang demi negara. Biarpun antara mereka yang telah terkorban bukan dari kalangan keluarga aku tapi hati ini sayu kerana pertaruhkan nyawa. Marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah bagi yang Islam dan berdoa bagi yang bukan islam. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman,amin. Dan marilah juga kita sama-sama membuat solat hajat agar semua ini cepat berakhir.
untuk kepastian dan berita terkini tentang pencerobohan di Lahad Datu, silalah baca di laman web surat khabar,surat khabar, dan laman-laman blog yang lain. Kosmo Berita Harian Utusan Malaysia New Straits Time
Korang ada dengar tak pasal apa yang telah terjadi di Lahad Datu? Wee,serammm!! Ha? Apa,korang tak tahu? Takkan tak baca surat khabar,tengok berita,dan baca di blog-2 atau laman web? Payah! Ni meyh aku cerita! *berlagak ala wartawan sekejap. Selama beberapa hari kebelakangan ini,NEGARA kita diancam! Memang! Memang aku masih muda untuk bercakap pasal politik! Tapi setidak-tidaknya ku tahu. Woo,tau tak masa zaman Rasullah S.A.W umur aku ini sudah cukup dewasa untuk membuat keputusan. Pada zaman tu memanglah,andainya aku berada di zaman Rasullah *berangan sekejap,umur baru 17 tahun berapa bulan tah,18 pun belum masuk~!Wek,ingat tak kisah Bukit Kepung?! Mereka gunakan POLIS.
Ada beberapa konflik dalam negera kita pasal pencerobohan ini:
1.Projek IC Sabah : Mahathir Mohamad
2. KDN
serah kepada Wisma Putra Lanjut Tempoh Pengusiran 3. Mengapa gunakan POLIS bukan TENTERA? Apapun marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada dua WIRA negera kita yang terkorban iaitu Allahyarham
Koperal 113088 Sabarudin Bin Daud dan Allahyarham
Inspektor 17992 Zulkifli Bin Mamat. Berita Terkini tentang pencerobohan!! 12 orang terbunuh + 3 orang mati + 10 orang ditangkap 2 Orang polis terbunuh + 5 orang anggota keselamatan terkorban
Persoalan Kenapa polis tak tentera?
1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang
dengan Sultan SULU.
2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung
sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.
3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva
Convention dan beberapa protocol antarabangsa.
Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna
1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh
bukan combatant perang.
2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk
polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di
antara keduanya)
3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup
sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di
lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita
tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.
4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina.
Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana
nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah
CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam
Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.
Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera
ambil alih sudah jadi kes lain.
Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA
EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan
Dengar cerita darurat telah di istiharkan dan curfew di
kuatkuasakan di sana. Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau
kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil)
Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu-
tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)
Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia
darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat
hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh
Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja.
Sebelum nak menyalahkan Menteri bertanggugjawap kaji dulu
asas tragedi Lahad Datu ni. Setiap kerja yang dilakukan mesti mengambil kira
semua faktor yang bukannya dengan sewenang wenang untuk bertindak. Pada Gua
menteri D.S Hishammuddin melaksanakan tugas yang telah diamanahkan oleh YAB Perdana
Menteri dengan penuh tanggungjawab.