Showing posts with label SPM. Show all posts
Showing posts with label SPM. Show all posts

SPM Part 1

ahhak siap ade part-part lagi. 21 March 2013 adalah untuk pengumuman tarikh keluar result SPM 2012. Malam sebelum tu aku tidur pukul satu,tapi hati masih takut hingga sukar untuk melelapkan mata,mungkin sejam lepas tu baru aku lena tidur. Aku bangun awal pagi solat,sebab macam biasa,hari tu aku nak pergi kelas komputer yang selalu aku hadiri setiap hari selasa dan khamis. Sudah solat,tapi kelas aku pukul 9 pagi,aku tunggu bas pukul 8. sekarang baru pukul 7,so aku tengoklah tv sekejap,aih tak sangke ade ulangan cerite korea pepagi ni. layanlah jap,leka sungguh aku layan cerite Full House Take 2.
Nasib baik tak terlepas bas,aku masuk kelas je,akak yang ajar aku kelas komputer terkezut!!
Akak tu : Eh,adik tak ambik result ke hari ni?
Aku : Eh,ambik,lepas pukul 12.
Akak tu menjangkakan ramai yang tak datang kelas komputer hari ni. Hah,memang betul pon. Jadi cume aku sorang je belajar..huhuhu,best sikit,sebab time tu aku exam. Fokus sungguh buat tu tak sedar nak kelas dah nak habes,aku tu kejutkan aku, *macam tengah tidur pulak main kejut-kejut
Akak tu : Eh bukan dah pukul 11 setengah ke? kan adik nak kejar bas?
Aku : Eh ye ke? *sambil bergegas keluar.
Sambil berjalan cepat takut kena tinggal bas,sob jumpa seorang Mak Cik ni,muka die macam familiar. dia tunjuk sesuatu di atas langit. Aku pon tengoklah,tak depape pon atas langit. Aku tenung la die balik,pelik je aku tengok. Then die pandang aku balik dengan mata yang marah macam nak buruh orang. Then lepas tu ade plak sorang Aunty cina ni nak borak dengan aku. Die cakap pasal mase depan. Aku pon* hah ye la betul pon tu aunty. agak bosan mendengar hujah seorang wanita tua ni . Tak lame lepas tu bas datang *dalam hati,alhamdulillah. Bas terus berhenti depan sekolah. Sampai je,terus gi bengkel melawat Cikgu Miza. Sob,ramai antara rakan aku berdebar sungguh. Tunggu punya tunggu,kiteorang pon masuklah dewan dulu,ambik buku bank. Lama lepas tu,ada satu pengumuman yang boleh mendebarkan jiwa,mengoyakkan hati,merobekkan jantung,dan boleh menitiskan air mata. Pengumuman kepada mereka yang dapat 6A dan ke atas. Mulut aku berhenti bercakap,Hati aku terus berharap. Satu persatu nama disebut,akhirnya sampailah nama budak melayu dapat 9A 1B. Dari tadi asyik nama budak cina dengan india je,disebut. Akhirnya nama rakan ku disebut,Nazirah,Atika,Farah,Nurul Nur Fatihah,Nurul Syafiqah. Tahniah korang. Dah abes cerita aku........tamat.....................eh belum tamat,tunggu punya tunggu sambil berbaris dapatlah aku satu fail,yang mengandungi sijil-sijil aku dan keputusan SPM. Opps, 2A-, 4B+,2C, D. *DON'T ASK ME WHAT D,WHAT C,OKAY. LEGA SANGAT,SEMUANYA DAH SELESAI. Aku pon tangkaplah sedikit gambar bersama teman rapatku sebagai kenangan.


SPM Part 2

Dah abes dari tu,lepas result kuar aku memang cadang nak gi Bahau,tapi ramai antara rakan aku tak nak ikut sekali,penat. Jadi aku pergi dengan Ain,Ada dan Faeizah. Opps,terlupa sebelum pergi aku dengan ain pergi koperasi,aku salam cikgu Zanariah dan lepas tu,pergi bilik kaunseling. Ain minta nasihat dan pendapat cikgu. Aku cadangkan lepas balik,bukak laman web IMASCU laman web yang membantu kita untuk mengetahui personaliti dalam memilih program yang kita akan pilih atau senang kata untuk menguji minat kita. Ahhh,panasnya. Ain kata dia dahaga,then kitorang pin singgah minum ABC,huh sedap hilang rasa dahaga. Balik je,aku tunjukkan kat mak keputusan aku. Mak tak marah pon,apa pon mak nak masa depan aku lebih cerah berbanding kakak dan abang aku. Aku tanya mak pasal mak cik pelik yang aku jumpa tu. Rupanya..........mak cik tu tinggal dekat-dekat sini je, Mak kata mak cik tu dulu pandai,pernah masuk U,tapi die ikut lagi mana lepas tu entah,die kene bawak kat Melaka,die kena cabul secara paksa. INGATNYA KAWAN-KAWAN KU,TERMASUK AKU,JANGAN MUDAH PERCAYA PADA ORANG TERUTAMANYA LELAKI!! Opps,by the way,aku nak ucapkan tahniah kepada kawan-kawan aku, NAZIRAH,ATIKA,SYAFIQAH,FATIHA,FAEIZAH DAN SEMUA KAWAN-KAWAN AKU DAN BLOGGER LAIN SERTA SEMUA YANG AMBIK SPM TAHUN LEPAS! CONGRATE TO YOU ALL. Hari ni aku bahagia sikit *hehehe,sebab Baby Ain ku datang. Rindu die. Erm,macam pernah aku tulis kat blog,aku terima seadanya keputusan SPM aku. yang B+ tak pe lah. Aku reda ini semua ketentuan bukan nasib aku *cewah


Oh no! It's near!!

macam mana ni dah nak dekat keluar result SPM la.........aaaaaaaahhhhhhh! Rasa nak menjerit je cepat betul masa berlalu,dalam sekelip mata. Rasa macam aku baru habis UPSR je. Sepanjang cuti panjang bukan jauh mana pun aku pergi,paling jauh pun rumah kakak aku dekat Seremban. dan yang selalu aku buat masa sudah habis SPM ni,makan,tidur,online,so sad,kesian....nak buat macam mana. Yang penting minda aku bersedia untuk menerima segala pertanyaan dan menerima keputusan SPM aku seadanya. Insyallah dengan doa,usaha,ikhtiar dan tawakal, aku  harap dapat keputusanyang cemerlang, at least 5A,hehehe :D. TOLONG DOA KAN AKU DAN RAKAN SEPERJUANGAN AGAR BEROLEH KEPUTUSAN YANG MEMBANGGAKAN! Perasaan bercampur-baur bila dapat tahu khamis keluar result SPM,harapan tinggal pada aku,cuma AKU,tau tak? Abah habis belajar masa umur dia 15 tahun,that's mean,abah habis belajar lepas ambil SRP. Sudah daripada tu,abah terus buat pilihan jadi askar. Masa tu nak jadi askar senang sikit daripada sekarang. Mak pulak habis belajar sampai umur mak 13 tahun,mak kata mak tak lepas nak sambung belajar sebab asyik gagal je. Tak semestinya kalau mak,bapak tak pandai,anak pun tak pandai.  NO!Tak semestinya ayah kerja jadi petani,anak pun kena jadi petani! lg la NO! Tinggal aku je,mak aku kata kalau betul-betul ah tak dapat belajar masuk UNI/MATRIKULASI/FORM 6 barulah boleh buat pilihan nak masuk kolej. Result keluar belum lagi,diorang dah panggil untuk ceramah. At first,bila aku pergi excited betul,nak tahu apa yang dia nak ceramahkan,tapi akhirnya dia pulak ajak kita masuk KOLEJ dia,SWASTA lak tu,kalau KERAJAAN,tak pelah. 2,3,4 kali dia telefon ajak dengar ceramah dan surat datang menjelma suruh temuduga,nak masuk kena sediakan DUIT! Banyak cantik kau. Hah...herm bertambah berdebar-debar bila aku baca status FB,Twitter dan blog,pasal dah nak keluar result SPM,eh hari keluar result STPM kan? Semoga berjaya untuk senior PRA-U kat skolah aku. *sekolah je. By the way,ingat guys,fizikal dan mental kena bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran yang mendatang..............
betul tu betul *sambil angguk kepala,hahahha