Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Long Journey

entry pasal wedding bersambung,kira ni part 2 la ye. Sebab hari tu kenduri kahwin buat dekat rumah baru dia,saya berada di belah pihak perempuan,dan sekarang nak gi antar dia ke majlis perkahwinan belah pihak lelaki dekat Felda Selendang,Rompin,Pahang,Malaysia *selendang bukan salendang,haha.

Wow,memang jauh perjalanan ke sane,dengan 8 buah kereta terdiri daripada kereta milik ayah aku,pak cik aku,saudara mara aku tambah 2 buah kereta pemiliknya terdiri daripada kawan kak ngah. Jadi 10 buah keretalah yang menghantar pengantin ke sane.Kiteorang sampai dalam pukul 1 setengah lebih cam tu lah,disebabkan jurumekap atau mak andam kak ngah disewa hanya untuk majlis perkahwinan di Serenmban,maka sepupu aku siti menjadi mangsa. Berguna jugak die belajar mekap boleh tolong mekapkan sepupu sepapat die. Memang cantik wo die mekap, Mekap dapat A kot hari tu punye result. Biasalah anak dara yang lain tolong menolong angkat barang hantaran. Lepas selesai je majli perkahwinan tu,abah cadang nak pergi hantar baby balik Tembangau rumah nenek dia,disebabkan die balik ke rumah aku masa cuti panjang je.

Tapi rancangan tergendala sebab pak su aku ajak pergi pantai! what pantai. Okay dah siap nak pergi pantai ni...tapi baju nak mandi tak bawak pong. Tiba-tiba dengan tak semena-semena ada 3 sepupu cilik aku ni dilaporkan hilang. Hilang ke mana? Jadi masa ni ramai jadi detektif sekejap..rupa-rupanya mereka bertiga hanya MANDI di rumah persinggahan bukannya ke mane. Padahal salah seorang daripada sepupu cilik aku ni dah bagitau mak die,tapi mak die lupe. Tulah sibuk sangat samapai anak pon lupe. Meneruskan rancangan ke Pantai,dah la pengantin lelaki tak ikut,cam ne nak tau jalan? jalan punye jalan,aku tau la,cam ne,jalan di Bahau Negeri Sembilan boleh samapai ke Rompin Pahang dan tak boleh percaya lagi boleh sampai ke Mersing Johor? Jauh tu~Belum masuk Mersing,Johor pon tapi dah masuk kawasan negeri Johor,bapak jauh,boleh la aku nampak kawasan belantara yang menghijau,padi yang menguning,dah akhirnya nampak tanjung gemok,siapa yang nak pergi Pulau Tioman pergi situ dululah,Okay dah sampai..ke PANTAI LANUN..agaknye lanun banyak tak kat sana? Lanunlah sangat pantailah sangat ,pantai ni sesuai untuk mereka yang berhobikan memancing dan kawasan ni sesuai untuk memancing,agak sedikit hampa sebab tak dapat mandi,air dia kotor nak mampus.

Tapi PUAS SANGAT HATI TENGOK KEINDAHAN ALAM CIPTAAN ALLAH ni,dapatlah jalan atas pasir,rasa angin pantai dan snap gambar sikit. Dah tu pekena pisang goreng panas,ada yang pekena ABC,NAK DIKATAKAN KEROPOK LEKOR DIE MEMANG SEDAP TERASE IKAN,OTAK-OTAK DIE TERASE IKAN DAN TIADA PEWARNA OREN TU,SATA PON MANIS BOLEH TAHAN. Sebab abang aku cakap die bbuat sendiri tak ambil atau beli dari kilang,wah buatan tangan sedap,memang stok otak-otak die ambik kat sini kot. Perh sepanjanng aku bolehlah tidur sekejap,kesian pulak tengok ayah aku dan yang lain memandu jauh,200 kilometer lebih woi,lenguh tangan tu la nak pergi pantai sangat dah jalan tak tahu. APAPON ALHAMDULILLAH KAMI SEMUA SELAMAT SAMPAI KE RUMAH MASING-MASING. Memang betullah kata orang,jauh perjalanan luas permandang. Bagi yang mata rabun banyak-banyakkan kalau berjalan tengok pokok-pokok atau tumbuhan yang warna hijau,mak cik aku kata baik untuk mata. Aku rasa bahagia sangat sebab dah lame tak pergi jalan-jalan sejauh ni paling last pon awal tahun lepas. Masa tunggu result tak de pon jejalan jauh,k best.
Family tak complete dalam gambar ni

Tangkap gambar dari belakang kereta

Cantik tak? Cantik kan?

Rasa sedap je mata memandang

Korang nampak tak aku?

Tuk Mat suruh akutangkap gambr die,smbile berkate,
"Ha tagkap gmbr aku  nnti msti aku  nmpk bergaye dlm gmbr tu nnti"
Nak mandi cam ne,air kotor warne coklat dalam lak tu.

Mcm set Ombak Rindu tak? Pkok kelapa tu mmg tak sah kalu tak da


Story About An Old Man

aku ceritakan sedikit hari ni tentang kisah seorang lelaki tua. Lelaki tua yang layak aku gelar datuk. Ye memang,lagi pun aku panggil dia,dengan panggilan Tuk Mat. Umurnya dalam lebih kurang 70 tahun. Di seorang kuat,tabah dan rajin. Sebenarnya Tuk Mat merupakan jiran ayah aku di kampung dan juga merupakan sepupu kepada ayah aku. Tuk Mat memang seorang yang tabah,rumahnye dihadapan rumah kampung aku,telah usang,tak berpenunggu dan telah pun dikekliling hutan kerana terbiar. Namun tanah rumah itu masih dijaga. Sudah lama Tuk Mat tak pulang ke kampung,Tuk Mat kini tiada rumah. Rumahnya yang dibuat sendiri telah pun dihapuskan kerana rumah itu sudah tidak berpenghuni sejak anaknya KK meninggal dunia. Rumah yang Tuk Mat buat sendiri ini bukan rumah yang dibuat di tanah miliknya tapi di tanah milik orang tepi paya. Setelah anaknya meninggal dunia, dia diminta untuk membantu menjaga sepupunya yang lumpuh di Seremban. Tuk Mat menjaga sepupunya itu dengan penuh ikhlas. Sedikit pun anak sepupunya tidak ,memberikan wang kepadanya,setidak-tidaknya berilah sedikit. Setelah lama menjaga sepupu dekat hampir 2 tahun,Tuk Mat kini pulang ke kampung. Dia kini tinggal dengan pak cik aku,pak cik aku yang tinggal sekaligus menjaga rumah peninggalan arwah atukku. 3 tahun yang lepas Tuk Mat dan anaknya KK juga tinggal di rumah peninggalan atukku bersama pak cik aku,atau lebih gemar aku panggil dengan panggilan Pak Uda. Abah pulang ke kampung melawat rumah yang pernah didudukinya bersama lagi  8 lapan adik beradiknya. Ketika itu aku turut mengikuti abah pulang ke kampung,sampai ke rumah itu,abah mengeluarkan barannye kepada KK.
Abah      : Mat,kalau anak kau KK ni,masih minum arak,aku rase lebih baik kau keluar dari rumah ni!!! Aku tak suke orang minum arak masuk rumah ni!! (Mat adalah panggilan Tuk Mat yang disebut ayah ku)
Tuk Mat : Ye lah,aku pun dah banyak kali nasihat dia,dia yang tak dengar cakap.
KK ketika itu nampak agak berang kerana dia mendengar segala percakapan abah dan tuk mat. Kalau nak bercakap dengan KK ni,kena cakap kuat-kuat,KK telah hilang pendengarannye,ketika dia lahir dia masih normal,mampu mendengar dengan baik,tidak tahu apa yang menyebabkan dia hilang punca pendengarannya. Kerana tahu diri dimarahi,kadang KK tidur di tepi pondok bas di Batu Kikir. (Kampung aku di Kampung Pulau Indah,Batu Kikir). Abah dan semua keluarga abah sungguh terkejut apabila mendengar berita bahawa KK telah meninggal dunia ketika tidur. Hanya al-fatihah dapat disedekahkan. Sejak daripada itu,percakapan Tuk Mat jadi lebih kasar,dai mmembahasakan dirinya AKU biarpun pada kami (aku dan sepupu aku yang lain) yang jauh berpuluh-puluh beza dari umurnya. Sebenaranya Tuk Mat ada anak yang lain selain KK,namun anak-anaknya yang lain langsung tidak pernah melawatnya lagi. Biarpuna ku masih muda namun aku memahami perasaan Tuk Mat yang ditinggalkan anaknya malah isterinya juga telah lama meninggal dunia,pasti hidupnya cukup sunyi. Sejak kebelakangan ini Tuk mat cukup suka bermada pujangga,membaca pantun,puisi dan sajak SENDIRIAN. Tuk Mat menjadi sangat sensitif sekarang,bila dia mahu makan dia tidak akan ambil banyak sambil berkata AKU BUKAN TAMAK NAK AMBIK BANYAK. Begitu juga kalau minum air. Tuk Mat seorang yang agak alim,rajin solat dan rajin mengemas rumah. Pak Uda ku seorang yang agak malas mengemas rumah. Nasib baik ada Tuk Mat dialah yang banyak mengemas rumah ini. Kalau bercakap dengan Tuk Mat memang tak mudah nak berhenti,memang akan berpanjangan apabila dia mula menceritakan perit hidupnya ketika dia masih muda remaja. Memang tak mengapa kalau sekali-kali dia bercerita,namun siapa tahan kalau sampai berkali-kali diceritanya perkara yang sama. Aku berharap Tuk Mat tetap tabah menjalani hari-harinya yang mendatang. Memanglah Tuk Mat sudah tua tapi dia masih kuat. INGATNYA JANGAN SESEKALI KITA MEMPERLAKUKAN AYAH DAN IBU KITA DENGAN BURUK!!!

My Family


Seperti yang telah diuar-uarkan di media massa dan media elektronik, tentang kehilangan pula dua pewira kita terkorban, satu ketika sedang bertempur pada pukul 10.30 pagi hingga pukul 1.50 petang dan seorang lagi kemalangan ketika membawa trak askar.Balik pada tajuk,aku nak cerita pasal keluarga aku.

Mak dengan abah dah berkahwin hampir dekat 30 tahun, hasil perkongsian hidup mak dengan abah, mereka telah dikurniakan dua anak lelaki dan dua anak perempuan. Anak pertama mereka, yang aku panggil along,atau nama sebenarnya Fairul Nisham, atau banyak dikenali dengan panggilan Syam,zaman kecil along dulu, along dipanggil Piyoi, aku ada tengok gambar along masa dia kecil dulu kala,memang comel, dan kecomelan diwarisi anaknya,sungguh serupa dengan along. Hah,lupa nak beritahu. Along dah kahwin dengan kak Ayu,atau nama sebenarnya Rohayu, dekat hampir hampir 5 tahun sudah perkahwinan mereka dan dikurniakan dengan tiga orang anak.

Ni anak ketiga, Muhammad Azeem Ziqry

Ni anak sulong,Nurulain Syakirah

Ynag kiri anak kedua, Muhammad Adam Farees
Omey-omey kan? *hehehe :D. Then,aku nak cerita pasal anak kedua keluarga aku,Angah atau nama sebenarnya Fairus Ziana, masa sekolah dulu2, akak aku digelar Ziana Zain, sebab dia minat Ziana Zain,suke menyanyi dan name bapak aku Muhamad Zain. * ahhaha. Kak angah yang berkahwin dengan Abang Roslee pada sekitar bulan 6 tahun 2010, telah dikurniakan 2 orang anak yang comel lote.

Ni an old picture of Boboy atau nama sebanar die Muhamad Aqif Haikal

Ni pun an old picture of Qaseh atau nama sebenar die Nur Qaseh Qaisara
Untuk anak ketiga ni,kira anak emas keluarga aku, yang aku panggil Ayed atau nama sebenar die Muhammad Farid, masa di sekolah dulu,die dikenali dengan sikap yang pemalas dan nakal sangat *sekarang pun masih pemalas. Die seperti abang sulongku, gemar bekerja di Restoran Makanan segera seperti Pizza Hut,KFC dan marry brown...die ni belajar malas tapi nak kerje yang kelas tinggi *hahaha, abang aku yang ketiga ni berbeza dengan alongku, die gelap sikit berbanding alongku yang agak cerah kulitnya. Ayed ni malas berusaha berbanding Along aku,yang jenis lambat pick up,die sentiasa berusaha untuk beri yang terbaik buat keluaga dia. Along tak pernah lupa hutang die. Semenjak Along dan Kak Ngah dah berpindah rumah ke Seremban dan masing dan berkahwin serta bekerja,jadi kadang aku kurang meluangkan masa bersama mereka, namun tiap dua minggu, akan ke Seremban melawat, atau kadang mereka yang pulang ke rumah. Perbezaan umur ayah aku dengan aku banyak jauhnya, Abah yang lahir pada tahun 1955 dan aku pula 1995,kira beza 40 TAHUN!!! Aku dengan mak aku, beza 36 TAHUN, aku dengan Along aku beza 11 TAHUN, aku dengan kak ngah beza 10 TAHUN dan akhir sekali dengan Ayed aku, beza 5 TAHUN. Banyak bezanya, namun aku harap kasih sayang antara aku dengan Abah,dengan Mak,dengan Along,dengan Kak Ngah dan dengan Ayed, tak pernah luntur.

HANYA AKU YANG JADI HARAPAN BUAT KELUARGA AKU,HARAPAN MASUK UNIVERSITI, INSYALLAH AKU DAPAT BUKTIKAN PADA MEREKA. SEMOGA AKU,TEMAN-TEMAN BAIKKU SERTA BATCH' 95 DAPAT KEPUTUSAN YANG MEMBANGGAKAN.GAGAL SEKALI TAK BERMAKNA GAGAL SELAMA-LAMANYA.



Ma Boboy

Sebenarnya hari ni hari yang istimewa sangat buat orang yang aku sayang iaitu BOBOY. Boboy,hari ni ulang tahun kelahiran dia. Tapi boboy dah macam rosakkan suasana,patutnya hari jadi yang bahagia untuk boboy...tapi boboy ni nakal sangat dan hiperaktif sungguh. Hari khamis malam tu aku pergi Seremban...pada mulanya hajat Abah bawa aku dengan mak pergi Seremban untuk betulkan kereta...tapi...berakhir dengan bawak balik dua orang anak buah aku, Boboy dan Qaseh. Abah keluar awal pagi untuk betulkan kereta di Proton,setelah 2 jam abah pulang balik,sebab ramai sangat orang,nanti kena datang balik,Abah datang ke Proton tapi orang masih ramai dan stok barang yang diperlukan untuk betulkan kereta dah tak de. Sebenarnya boleh je,abah betulkan kereta kat Proton di Bahau,tapi abah tak nak,abah dah selalu betulkan kereta kat sane semenjak abah beli kereta Savvy pada tahun 2005. Disebabkan Along dan Kak ngah aku,tinggal kat seremban,jadi jempol-seremban dah jadi tak jauh manepun,ade je cuti sikit ke sane la aku,abah,mak bertandang. Berbalik pada kisah boboy,keluarga aku bawa balik Boboy dan Qaseh kerana Qaseh kena demam campak,demamnye dah elok,tapi campaknye tak elok lg,si qaseh kalau tidur kena dengar bacaan al-quran atau lagu-lagu nasyid,baru boleh tidur,kalau tak die akan asyik nangis je. Hari pun dah penat mak jage die,asyik merenget je,si abang die,Boboy ni duk mengacau adik die. Boboy ni menjadi cucu lelaki pertame keluarga aku. Perkahwinan akak aku pada 12 Jun 2010,langsung telah selamat dikurniakan seorang bayi lelaki comel iaitu Muhamad Aqif Haikal Bin Roslee *siap name penuh lagi,haha.
Boboy yang lahir pada 9 Mac 2011,mase aku datang melawat akak aku kat hospital,mase die baru lepas bersalin,kira datang nak tengok boboy la ni...punye kelakar la boboy,mase amk aku nak mandikan die,mak lambat balutkan boboy,habis tu ape lagi,oleh kerana kesejukan,Boboy terus memancut air kencing die *panjang lak tu die pancut,abes basah katil. Sekarang genap la umur die 2 tahun. Biase la budak-budak kan? memang nakal ya amat. Lepas Baby,boboy kira anak buah kedua aku,anak pertame akak aku,cucu kedua mak,ayah aku,dan cicit ketiga nenek aku. *haha. Boboy hanya suka tengok kartun Upin dan Ipin dan cerita Ultraman,kalau yang lain die tak layan. Oleh kerana die dah 3 tahun,boboy ni cepat belajar,ape orang sebut die nak ikut. Jadi kita ini kena beri teladan yang baik-baik budak-budak. *ahaha,macam la dah besar sangat.

Boboy dengan Abah

Boboy dengan Baby

Boboy masa baru lahir

Boboy 2 tahun

Boboy 7 bulan

Boboy 1 tahun

Boboy sekarang dah 2 tahun :D
Acu sayang boboy <3 Walau macam mana pun Acu marah boboy,Acu sayang boboy,boboy kan anak buah acu,darah daging acu.
Your Acu,

Baby,Sarang Hae Yo

Assalamualaikum...anyong XD
21 Januari 2008,my baby dilahirkan. Maksud baby,anak buah pertama aku. Kenape panggil baby? yah,aku yang mulakan panggilan tu,sebab baby comel,baby face la katekan. Mase umur die nak dekat 1 tahun,aku panggil die baby,sampai sekarang melekat nama tu. Manja gitu. Baby. Mase aku cuba untuk membantu kakak ipar aku,jage die...aku takut sangat. Aku takut nak jage baby yang baru lahir. Padahal mmasa tu baby dah 3 bulan lebih. Aku jage die lepas balik sekolah. Baby lahir mase aku baru 13 tahun. Jarak aku dengan die baru 13 tahun. Kerje aku cuma buat susu die dan dodoikan die. Aku bertambah benci die menangis tak henti,rupe-rupenye die BERAK. Huh..pertama aku basuh berak die. Euw geli! Aku takut nak basuh sebab die masih kecik,tak tahu lagi nak berdiri. Jadi aku telefon abah. Di bawah ini percakapan kami.
Aku : Abah!!! Macam mane ni..?! Baby berak!
Abah : Hah? Berak? Basuhlah
Aku : Maksud abah,basuh berak baby? Eee,adik tak nak la! Adik bukan pernah basuh berak die! Tak geti la dik.
Abah : Ish,basuh je la. Pegang baby,jirus la berak dieguna air,senang je.
Aku : Kkk,adik try *erm aku tak de pilihan lain,kene jgak basuh berak die,ye la takkan aku nak mentak abah balik,abah kan tngah keje.
Yeah,aku berjaye basuh berak die! *excited aku,sebab aku suka jage baby yang comel
Tapi sebaliknya,mase jage pembelajaran aku agak terganggu,bile balik sekolah kene jage die,bile malam nak buat keje sekolah,penat. Tapi aku cuba uruskan mase aku dengan baik.
Mase berlalu sekelip mate,lepas 3 tahun aku jage die,rase macam tak percaye je,tengok die sekejap je membesar *agaknye macam ni perasaan seorang ibu bile menjage anaknye.
Erm,tapi mase aku form 3,tahun yang paling stres. Aku dipilh sebagai pelajar elit. Jadi pelajar elit,aku kene datang awal ke sekolah,seawal 7 pagi. Selalunya aku datang pukul 7:20 cam tu. Haih,bile malam,pukul 8,aku kene pergi asrama,tuisyen dengan budak asrama. Wee,tuisyen free. Sepatutnya aku tak payah pergi,tapi disebabkan warden asrama kat situ ibu angkat kami disekolah. Setiap pelajar ade ibu angkat untuk bantu pembelajaran anak murid mereka. Penat sangat tahun ni,balik dari sekolah kene jage baby sebab along ngan kak ayu (ayah dan ibu baby) dan abah ngan mak kerje. Mase aku singkat sangat mase waktu petang,aku curi masa,semasa baby tidur. Lepas habis je PMR. Along ngan kak ayu,buat keputusan nak tinggal Seremban. Sebab kak ayu ngan along nak bertukar kerje kat sane. Kak Ayu,tanye aku.
Kak Ayu : Adik tak penat ke jage baby?
Aku : Mesti la penat tau tak? * tibe2 ayat tu terkeluar dari mulut aku lepas pertanyaan dari kak ayu. Aku tak sangke pun yang aku akan cakap macam tu. Mase tu mood aku moody sangat,dan sebelum tu aku agak marah sedikit dengan sikap kak ayu.
Macam tak percaya,kak ayu tekad nak pindah Seremban. Kak Ayu juga ambik keputusan nak hantar baby kat Tembangau rumah mak die. Mase tu perasaan aku biase je.
Tapi lepas beberape hari je,Kak Ayu,Along dan baby pindah. Aku mula rindu.Aku mula sedih. Aku rindukan masakan kak ayu yang sedap,aku rindu sifat yang agak rajin membantu aku mengemas rumah dan yang aku paling rindu baby. Acu rindu baby! Itu ayat yang keluar bile aku datang Tembangau jumpe baby. Bile jumpe baby,aku akan pastikan baby,cium pipi kanan aku ,cium pipi kiri aku ,cium dahi aku dan pelu aku. Semalaam 21 Januari 2013,hari lahir baby. Aku ucap happy birthday sekilas lalu. Aku harap kehadiran aku sudah bererti buat baby. Biarpun baru semalam aku jumpa die,kenangan aku dengan baby sentiasa terpahat dihati. Aku nak jage die,nak ambik die tinggal dengan aku. Tapi mak kate,biar la baby tinggal sane,baby kan dah masuk pra-sekolah. Niat aku terhenti,namun perasaan keibuan aku mase jage die,memberi aku sebuah pengalaman di awal usia remaja ku. Acu sayang baby. Sarang Hae Yo maksudnya Aku Sayang Kamu dalam bahasa Korea.
Nurul Ain Syakirah