Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Makin ramai kan?

betul tak? makin ramai kan ?! banyak ke ramai? hehehe ramai yang dah berhijab macam yang baru baru ni berhijab Neelofa,Ziana Zain, Mila Jirin dan selainnya..

so aku "updated la" post aku yang pasal senarai artis perempuan yang berhijab kat M'sia ni

Mase balik kampung raya ari tuh.. aku bagi tau cousin aku yang Emma Maembong tu dah berhijab sejak mula puasa sebelum uh...
Die kate : A'ah tahu aku tuh...ala""" die kan tolong kakak die jual tudung..paling tidak sekejap je die pakai tudung tuh..!!

Taklah die dah betul betul pasang niat tuk berhijab... tu niat die sendir tanpa paksaan
makin comel je aku tengok...
Makin cair la hati Si Zizan uh..mak mertua die tengok mesti rase.."elok sangat dah kite kawenkan diorang cepat"

hahaha kan?!

Tak de la macam ade gadis uh (kat instagram) sebelum berhijab perhhhh bukan main perang lagi die dai rambut eh..
So bile tengok die pakai tudung perhhh aku pon bole terpikat...comel kot..muke macam ala ala Korea dengan Jepun gitu beb..
Sekali...bak hang die upload gambar die tak bertudung balikkkk!!!
Then sikit demi sikit die DIE DAI BALIK RAMBUT EH PERANG!!!
Sebelum sebelum ni time sebelum die berhijab, free hair org kate,...die still pakai sopan...tshirt n seluar panjang..
But kali ni.... pakai skirt atas lutut plak tuh.. dalam hati aku kate perhhh perempuan tak boleh tinggalkan semua tuh... umur die pon lebih kurang umur aku je...maybe still nak enjoy kot

Semoga Allah tetapkan hati Kak Emma Maembong untuk terus beristiqamah memakai hijab!
Semoga Allah bukakan pintu hati gadis itu untuk kembali ke jalan yang diredhainya!
friend! Let us same doakan kesejahteraan negara kite Malaysia dan melindungi saudara seislam kite di Palestin dan seluruh dunia!!! Amin Ya Rabbalamin..

I'm Proud To Be Malaysian!

Aku kagum jadi rakyat Malaysia. Kagum dengan perwira negara. Sepanjang krisis pencerobohan yang berlaku, Lahad Datu,Semporna,Kunak,Kota Kinabalu dan Tawau menjadi tempat yang paling dijaga. Apabila pengganas mula bertindak kejam membunuh dua orang wira kita pada 1 Mac 2013. Abah,Mak dan aku menjadi penonton setia di TV1,TV3 dan Astro Awani. Tiga siaran telivision itu yang sentiasa memberitahu perkembangan krisis itu dari semasa ke semasa. Sehinggakan abah yang bekerja pun sanggup asyik telefon rumah hanya bertanyakan soal perkembangan krisis. Mungkin rasa seorang pewira menjadi tersemat dalam diri abah. Apatah lagi pada tahun 1992, abah pernah di hantar ke Bosnia,semasa Perang Bosnia. Gambar-gambar abah di Bosnia masih tersimpan lagi biarpun perang tu dah 20 tahun berlalu. Bila berita tentang perkembangan krisis ini keluar di TV,lagu pahlawan sering didengari di telinga ku,sungguh sayup bunyinya.  Mungkin sebab itu aku tukar lagu blog ni kepada lagu Pahlwan oleh Dato Siti Nurhaliza.

Pahlawanku
Pergilah berjuang untuk bangsa
Jangan ragu
Namamu tetap dipuja

Biar mati
Sebagai pahlawan yang sejati
Jangan undur
Jasamu kelak bertabur

Selamat kau pergi
Selamat kembali
Dengan hati suci
Dan tak takut mati

Pahlawanku
Menuju ruang ke medan perang
Jangan takut
 Sebagai askar berjuang

Malah aku kagum,apabila kebanyakkan siaran radio menyiarkan segmen berpantun bertemakan pahlawan. Sehingga ada rakyat Malaysia yang berbangsa Cina,sanggup menjadi sukarelawan mengutip duit sebagai tanda derma kepada balu-balu Pewira-perwira negara yang terkorban. (Ini yang aku dengar dan lihat di siaran berita di Asto Awani : Bernama) . Selain itu ada dua individu (dari Melaka) menyumbang RM 10,000 kepada keluarga pewira negara di Lahad Datu. Jadi tidak wajarlah pencerobohan yang berlaku ini adalah konspirasi UMNO. Memang agak kurang ajar sungguh Tian Chua. Perdana Menteri kita hanya mendiamkan diri sahaja tentang masalah Tian Chua ni. Bak kata orang,mulut orang memang tidak ditutup.  Hah! Suspek utama yang dikatakan dalang, Raja Muda Agbimuddin,menjadi suspek yang dicari-cari.

Harap semangat patriotik dan semangat berpasukan dapat menjadikan pasukan POLIS ,ATM dan ANGGOTA  KESELAMATAN, dapat menyelamatkan Sabah,AMIN YA RABBALAMIN. Ye la kaum Sulu ni,dah lama menetap di Sabah,tapi tak sangka pula mereka belot pada negara kita. TAPI BUKAN SEMUA KAUM SULU DI SABAH INI BEGITU. Untuk makluman lebih lanjut PM kita sedang menunggu berita dari PBB. OPS DAULAT yang dilancarkan berjalan dengan baik,apabila makin bertambah bilangan penceroboh yang terbunuh dan yang tertangkap.

Hot Breaking News: About Pencerobohan at Lahad Datu

Seperti yang semua sudah sedia maklum pencerobohan di Lahad Datu sudah mahu hampir 1 bulan,namun baru-baru penceroboh telah mula bertindak ganas hingga pada 1 Mac (kalau tak silap) mengakibat dua terbunuh!
Terkini mangsa yang terkorban bertambah sebanyak enam orang. Enam orang yang terkorban semasa perang hendap di Semporna,Sabah.Jenazah pewira negara yang terkorban telah selamat dikebumikan. Seperti yang disiarkan di television. bagi rakyat Malaysia yang ada menonton siaran langsung di siaran TV3 petang tadi,berkaitan tentang dua jenazah pewira kita yang dibawa pulang untuk dikebumikan di semenanjung. 4 lagi jenazah telah selamat dikebumi di Sabah biarpun ada diantaranya berasal dari semenanjung namun atas kebenaran pihak keluarga.  Perasaan bercampur-baur,sedih,pilu,sebak,marah atas pemergian mereka yang sanggup berjuang demi negara. Biarpun antara mereka yang telah terkorban bukan dari kalangan keluarga aku tapi hati ini sayu kerana pertaruhkan nyawa. Marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah bagi yang Islam dan berdoa bagi yang bukan islam. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman,amin. Dan marilah juga kita sama-sama membuat solat hajat agar semua ini cepat berakhir.


untuk kepastian dan berita terkini tentang pencerobohan di Lahad Datu, silalah baca di laman web surat khabar,surat khabar, dan laman-laman blog yang lain.
Kosmo
Berita Harian
Utusan Malaysia
New Straits Time

News?

Korang ada dengar tak pasal apa yang telah terjadi di Lahad Datu? Wee,serammm!! Ha? Apa,korang tak tahu? Takkan tak baca surat khabar,tengok berita,dan baca di blog-2 atau laman web? Payah! Ni meyh aku cerita! *berlagak ala wartawan sekejap. Selama beberapa hari kebelakangan ini,NEGARA kita diancam! Memang! Memang aku masih muda untuk bercakap pasal politik! Tapi setidak-tidaknya ku tahu. Woo,tau tak masa zaman Rasullah S.A.W umur aku ini sudah cukup dewasa untuk membuat keputusan. Pada zaman tu memanglah,andainya aku berada di zaman Rasullah *berangan sekejap,umur baru 17 tahun berapa bulan tah,18 pun belum masuk~!Wek,ingat tak kisah Bukit Kepung?! Mereka gunakan POLIS.
Ada beberapa konflik dalam negera kita pasal  pencerobohan ini:
1.Projek IC Sabah : Mahathir Mohamad
2. KDN serah kepada Wisma Putra Lanjut Tempoh Pengusiran
3. Mengapa gunakan POLIS bukan TENTERA?
Apapun marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada dua WIRA negera kita yang terkorban iaitu
Allahyarham Koperal 113088 Sabarudin Bin Daud dan  Allahyarham Inspektor 17992 Zulkifli Bin Mamat.
Berita Terkini tentang pencerobohan!!
12 orang terbunuh +  3 orang mati + 10 orang ditangkap
2 Orang polis terbunuh + 5 orang anggota keselamatan terkorban




Persoalan Kenapa polis tak tentera?

1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna

1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan

Dengar cerita darurat telah di istiharkan dan curfew di kuatkuasakan di sana. Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil)

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja.

Sebelum nak menyalahkan Menteri bertanggugjawap kaji dulu asas tragedi Lahad Datu ni. Setiap kerja yang dilakukan mesti mengambil kira semua faktor yang bukannya dengan sewenang wenang untuk bertindak. Pada Gua menteri D.S Hishammuddin melaksanakan tugas yang telah diamanahkan oleh YAB Perdana Menteri dengan penuh tanggungjawab.

Sumber : Papa Gomo







Hijabers Malaysian Woman Celebrities

Assalamualaikum dan hai pada yang bukan Islam
hari ni aku sejukkan mata pembaca semua dengan gambar seleberiti wanita yang bertudung. Sejuk perut mak mereka lihat. Namun antara mereka ada yang sudah bertudung di awal kemunculan mereka seperti penyanyi Salima Habibi AF4 Heliza Helmi AF5 ,Yuna Zarai,Najwa Latif,Ainan Tasnem,Tasya Manshahar dan pelakon Rafida Ibrahim. Mereka berbeza dengan beberapa artis yang baru mula berhijrah mengenakan hijab. Di sebalik hijab yang baru dipakai,mereka ada cerita,taufik dan hidayah mereka sendiri mengapa mereka memilih jalan kebenaran.Nak tahu mereka,sila cari di google.

Aida Radzwil


Abby Fana

Ana Raffali

Ayu Raudah

Anne Ngasri

Datin Norjuma

Ekin Rahman


Ainan Tasnem

Enot

Farah Asyikin

Farah Anuar

Farah Adeeba

Ruminah Sidek
Najwa Latif

Esliza Loy


Nor Khiriah

Melissa Saila

Nurul Syuhada Nurul Ain


Rafiidda Ibrahim

Nuremy Ramli

Ogy Ahmad Daud

Ramlah Ram

Sharifah Aleeya

Salima AF4

Sharifah Sofea

Sheila Rusly

Siti Fazurina

Tasha Mansharar


Wardina Safiyyah

Yuna Zarai

Yatt Hamzah

Dian P Ramlee

Raja Farah

Catriona Ross
Heliza Helmi

Aishah
Akma AF3

Anne Hot FM

Nora

Teh Syuhada

Elyana
Noraniza Idris


Bienda

Azizah Ariffin

Uqasha Senrose
Wawa Zainal

Neelofa

Ziana Zain

Mila Jirin

Fieza Elite

Sheera Iskandar

Ummi Nazeera

Umie Aida

Azza Elite

Dato Siti Nurhaliza Taruddin

Diana Amir

Siti Saida Taruddin
Leuiny Natasha

Puteri Sarah Liyana

Natasha Hudson
Kuza
Irma Hasmie

Eja

Bella Dally

Alyah

Misha Omar

Lisdawati

Lufya

Memey Suhaiza

Abby Abadi

Rabecca Islam

Noryn Aziz

Add caption
Shila Amzah

Siti Nordiana
Ana Dahlia

Shura
Emma Maembong
Felixia Yeap / Raisha Rania



Manis,ayu,menawan,jelita,cantik dan comel kan? Jangan kita tangguhkan taubat,kerana kita tidak tahu bila kita kan meninggalkan dunia ini. :)

cukup kagum bila ramai anak muda memulakan langkah untuk berhijab
sejuk perut emak diorang lihat
semua gambar ni CREDIT KEPADA PEMILIK GAMBAR itu sendiri