Showing posts with label Story. Show all posts
Showing posts with label Story. Show all posts

First intake tak de rezeki

12.8 ritu kuar keputusan UPU utk smbung degree..
hurm aq tak berjaya..
tak de rezeki first intake..

so aku buat rayuan online..
harap harap dapat second intake..
doa kan aq dpt smbung degree!!

aku tak nak susahkan mak bapak aq nak masuk IPTS plak..
aq harap dapat buat dyeorang bangga skali je pon jd la.. :)


Si Gajah yang bersahabat baik dengan manusia (kisah benar)


awat macam tajuk post aku ni macam dalam buku cerita kanak-kanak jew?

huishhh...ni bukan cerita tipu..
malah ia benar tidak sama sekali di sangkal bila dengar haiwan bersahabat baik dengan manusia..


mesti ramai yang terpikir mesti ade orang bela gajah kan??
Ish tak ke pelik bunyi manusia bela gajah...

Bagi mereka yang bekerja sebagai penjaga haiwan di zoo..pasti tidak merasa pelik atau pon janggal Tapi kisah yang aku ingin kongsi...kisah benar yang diceritakan dari mulut ayah aku sendiri kepada aku dan mak.

 Tak tahu la sekitar tahun berapa...
yang pasti sekitar zaman Abah menjalani latihan sebagai seorang tentera....
masa tu rasanye aku pon lahir...mak aku pon belom kahwin lagi ngan abah aku

#Part 1
Kisah dimana gajah pada ketika itu cukup memahami segala percakapan manusia,"kate abah,
Abah cuba mengalih pandangan yang sedang amuk memarahi Abah kerana membeli roti...
kata Mak "Nikan bulan pose,sape nak makan roti? Bukak pose tak hengen de nak makan roti!!"

Gajah pada masa tu cukup suka makan roti atau makanan lain yang diberi orang-orang di tempat kem itu, hulur je la ape makanan sekali pon pasti ngap jugak masuk dalam gajah tu "Terang Abah Tempat Kem Abah berada di Perak (menurut firasat aku mungkin Kubu Gajah di Perak )

 Kate abah orang Greek yang pernah datang ke sana dulu dan penduduk dekat situ suka bela gajah. Jadi kebanyakan gajah dekat situ cukup jinak dengan orang yang berada di tapak Kem tu Hubungan gajah dengan penduduk sekitar situ cukup baik...
 Hingga sekawan gajah datang di tapak gelanggang bola tampar untuk melihat penduduk di situ bermain bola tampar..
namun tiba-tiba (Salah seorang pemain bola tampar itu ) Ali amat bengang kerana kalah dalam perlawanan dengan pasukan lawan dan menggunakan alasan yang gajah sedang asyik menonton mereka bermain itu menggangu penumpuan mereka dalam permainan..

"Hish Gajah ni menyibuk je la orang nak main bola kau boleh bertengkek kat sini, kacau orang je la!!!" , kata Ali. Sang Gajah mendengar kata-kata bengis Ali sedang memarahi mereka!!! Siapa sangka Gajah yang jinak itu mula berang dan bertindak ganas datang dekat pada Ali.. 

Dalam ramai-ramai orang hanya Ali yang ingin di kejarnya..malah Ali yang sempat lari menyorok di dalam rumah...tidak menyangka bahawa Sang Gajah itu menyedari Ali berada dalam rumah....

Dengan tenaga kuat seekor Gajah lalu mengangkat rumah iti dengan belalainya dan digoncang-goncangnya rumah itu agar Ali keluar dengan segera dari rumah itu...
 Ali yang ketakutan segera meminta maaf pada Sang Gajah itu.. "Tok maapkan la Cu,Cu janji tak buat lagi" , kata Ali "dah aku kata Gajah tu boleh paham cakap kita...l
ain kali jangan main-main"kata sahabat Ali Dengan permohonan maaf Ali maka kumpulan Gajah itu kembali reda.. dan segera pulang..

#Part 2
Pada suatu hari, sekumpulan Gajah beserta "familinya" berderet jalan di atas Jalan Padang Gajah.. Gajah-gajah itu yang lebih besar daripada lori minyak "kata ko" menghalang jalan yang dilalui penduduk.... kata Abah rakann-rakannya tak berani keluar dari kereta namun....

 Rakan Abah berkata dari dalam kereta , "Tok, Cu nak lalu ni tolong la bagi laluan kat Cu ye" Ai, pendengaran Gajah ni luas tau... lalu,...sekawan Gajah itu membuka ruang  panjang untuk memberi lalu kepada mereka.

Sampai tu je la Abah cerita, Abah yang menghabiskan ayat nye..
Banyak yang Abah nak ceritakan pada aku dan emak semuanya banyak bersangkut paut dengan kenangan dan memori Abah ketika menjalani latihan ketenteraan suatu ketika dahulu..

 Tup tup dah nak azan... c
erita tertangguh..
patutnye da post mase bln pose ritu tp tergendala

 -Ini bukan dongeng

-Faey

Tak tahu bezanya

ape yg tak tahu bezanye?
yep...dulu mase skolah menengah kan jahil lagi
hah time 2010..hahaha lame punye cite

mase tu aq baru form and baru laptop baru dan dan henset baru~~~~hehehe
terdedah la sikit ke alam maya ni..
mse F2 first time tengok and guna komputer hahaha..

macam orang  gua aku time tu...kihkihkih
So bile form 3 da dapat laptop pon kekok...nak guna cursor pon terkial kial mak jemah
lame lame akhirnya da pandai guna...
then belajar la buat akaun fesbuk..

Orang baru la katekan...so percaya la di siarkan di laman fesbuk tu
Bile sebuah page share gambar seorang bayi yang sakit dan minta orang ramai turut mengucapkan perkatan "Ameeeen" aku ingatkan perkataan same je maksudnye dengan perkataan Amin bagi umat Islam

memang same maksudnye tp org Kristian selalunye sebut Ameeeen sedangkan umat Islam menggunakan Ain Ya Rabbalamin yang lebih afdal...
Sebab Ameen diucapkan jika, seorang helalujah mendoakan sesuatu pada mereka.
Hish bahaya jugak bende tak tahu. Padahal org bukan lebih bnyk tahu tntg Islam...

Sekain....Wassalam..Ni la hasilan komat komet taipan cerita bengong ku....hahahah


Aku menyesal jadi seorang doktor pakar!

Kisah ini adalah cerita benar yang aku dapat dari Pak Cik Udin...namun telah aku olah,agar lebih panjang
kisah ni bukannya pasal aku,aku bukannya doktor....

Lee Joon Ki (bukan nama sebenar) adalah anak seorang Doktor Pakar. Dari kecil ayah nya telah mengajarnya agar apabila dia besar nanti,dia bakal seorang doktor.

Memang benar,Lee Joon Ki seorang anak yang bijak pandai cerdik. Dia mendapat keputusan straight A's dalam semua keputusan UPSR,PMR, dan SPM. Namun sebelum SPM,kita kan harus mengisi borang Matrikulasi dan UPU. Pada mulanya,Lee Joon Ki tidak memberitahu ayahnya soal itu,tapi rahsia ini telah terbongkar dan di ketahui oleh ayahnya. Ayahnya begitu memaksanya untuk memilih bidang perubatan agar kelak menjadi seorang doktor. Lee Joon Ki sebenarnya punya pilihan dan minatnya yang lain. Namun atas kehendak ayahnya,dia terpaksa memilih bidang perubatan. Selama di Universiti,seperti yang dijangkakan dia mendapat keputusan dia mendapat keputusan bagus dan kini seorang doktor pakar.

Di sebalik itu, Lee Joon Ki,merasa kerjayanya sebagai seorang doktor pakar amat mencabar hingga masanya untuk berehat semakin kurang,dia tidak ingin bekerja setelah habis waktu bekerja,namun apakan daya dia seorang doktor pakar,khidmatnya amat diperlukan...Lee Joon Ki,mendapat pelbagai cemuhan dan herdikan daripada ibu bapa pesakit apabila dia salah melakukan tugasnya. Lee Joon Ki sungguh tertekan,kerana masanya untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarganya renggang..prestasinya sebagai seorang doktor kian malap...

Pada satu hari,dia berjumpa bekas Professornya di Universiti,Professornya amat berbangga dengannya kerana dia kini telah bergelar seorang doktor pakar. namun sebaliknya berbeza dengan Lee Joon Ki dia berkata pada Professornya "Aku sungguh menyesal jadi seorang doktor"...........!

Semakin lama,setiap hari tekanan kian bertambah,akhirnya dia menghidap penyakit mental dan langsung bunuh diri...kerana tekanannya dan dia langsung tidak berminat menjadi seorang doktor...

Jadi ingatlah wahai pembaca,sebelum masuk Universiti atau memilih kos untuk mengambil Diploma,Sarjana Muda atau Doktor Falsafah...haruslah berdasarkan minat dan kebolehan! Jangan sampai nasi sudah jadi bubur...!




First Wordless Wednesday

tak terkata apa-apa? kalau dulu setiap hari rabu je mesti aku baju puteri Islam...sekarang tak lagi...
hari rabu ni jugak mengingatkan aku pada iklan yang setiap hari rabu pakai benda pink..
aku tak adalah banyak sangat benda pink,memang sikitlah..kay tak de kene mengena
ehem ehem mari kita dengar lagu baru kat blog aku eh..bukan lagu tapi instrumental  je..
aku kadang lebih suka dengar lagu yang telah di remix atau dengar instrumental je..melayan perasaan lah katakan
cepat je masa berlalu,tengok tengok dah hari rabu
so korang jangan lupa peristiwa hari rabu dalam Islam


  • Kehancuran Auj Bin Unuq - atas gunung yang dijunjung oleh 'Auj. Dengan kekuasaan Allah s.w.t., berlian tersebut menembusi gunung yang dijunjung oleh 'Auj sehinggalah sampai ke tengkuknya. 'Auj tidak sanggup menghilangkan berlian itu, akhirnya 'Auj binasa disebabkan batu berlian itu.

    Dikatakan bahawa ketinggian Nabi Musa a.s adalah empat puluh hasta dan panjang tongkatnya juga empat puluh hasta dan memukulkan tongkatnya kepada 'Auj tepat mengenai mata dan kakinya. Ketika itu jatuhlah 'Auj dengan kehendak Allah s.w.t. dan akhirnya tidak dapat lari daripada kematian sekalipun badannya tinggi serta memiliki kekuatan yang hebat.
  • Kehancuran Qarun - Qarun mati dengan berstatus murtad dalam keadaan tertimbun  lalu tenggelam beserta harta bendanya bersama para pengikutnya dalam tanah dalam waktu semalaman di sebuah kawasan yang terletak dalam daerah al-Fayyum, Mesir
  • Kehancuran Fir'aun - Fir’aun Di Zaman Nabi Musa naik takhta pada 1311 SM adalah firaun yang Allah di binasakan bersama 700.000 pasukannya di Laut Merah, mayatnya Allah selamatkan, pada waktu syuruq (matahari terbit), menurut Tafsir Muqatil (Qs. 10:90)
  • Kebinasaan Namruz Bin Kan'an - Allah menurunkan ribuan nyamuk atau serangga yang halus. Senjata buatan manusia yang paling hebatpun tidak mampu menepis serangan makhluk yang kecil ini. Dalam beberapa menit mereka telah menembus kulit tentara Raja Namrud dan membunuh mereka dengan dahsyat sekali. Namun ia berhasil melarikan diri tetapi nyamuk itu telah masuk keotaknya. Konon, selama empat puluh hari dan empat puluh malam, ia tersiksa karena otaknya ditusuk oleh nyamuk itu. Dalam waktu tersebut, Nabi Ibrahim sering mengunjungi dan memberi dakwah kepada beliau. Namun beliau tetap mengklaim dirinya Tuhan.

    Akhirnya beliau memanggil orang suruhannya untuk mengambil sebatang besi yang besar untuk memukul kepalanya agar sakitnya hilang. Setelah beberapa menit kepalanya dipukul, beliau memerintahkan orang suruhannya untuk memberikan pukulan yang paling kuat dan ini telah membawa kepada kematian Raja Namrud yang lalim itu. Kemudian nyamuk tersebut merangkak keluar dari telinga beliau. Maka berakhirlah kehidupan seorang raja takabur yang mati akibat serangan nyamuk yang kecil.
  • Kehancuran kaum Nabi Soleh a.s - Allah SWT telah membinasakan kaum Tsamud dengan halalintar atau petir yang kuat.
  • Kehancuran Syadad Bin 'Aad - Terbinasa dengan pekikan suara yang sangat kuat dari langit.
  • Kebinasaan kaum Nabi Hud a.s - Allah SWT telah membinasakan kaum Ad dengan taufan.
Tatata sob sob sob semalam malam :)

Ghost Story 4 : Wanita jubah hitam

cerita ni mak ceritakan sendiri pada aku,abah dan along. Memang mak tak tipu. Malam tu,tak tau pukul berape...malam semalam aku,mak dan abah merancang perjalanan nak ke seremban. Dalam perjalan abah tanye..
Abah : Adik,nak makan tak?
Aku : Nak,nak,nak makan
Mak : Isy,adik kalau tengah jalan-jalan tak elok cakap nak makan..
Aku dengan abah terpinga-pinga dengan ape yang mak katekan.
Mak kate malam tu memang mak tak nak makan sebab mak dah makan sebelum perjalanan ke sini. Seremban pon belum sampai,jadi abah berhenti di persimpangan jalan yang terdapat gerai makan kat Tanjung Ipoh kot..aku nak sangat makan sangat sebab jarang dapat makan kat luar apelagi makanan kat luar kat sedap-sedap,rugi kalau lepaskan peluang,hehehehe...balik pada tajuk...
Mase mak tunggu aku dengan abah,mak kate mengunyah kacang dan minum air mineral..tiba-tiba terdetik hati mak nak meraba belakang poket tempat duduk, mak dengan perasaan sangat bersyukur kerana mak telah jumpa gelang yang selama ini mak cari-cari. Tiba-tiba lepas mak dah jumpa gelang mak.................
Ada seorang wanita bongkok,umurnya mungkin dalam lingkungan 80-an,berjubah hitam dan bertudung labuh hitam,berjalan terbongkok-bongkok,mata mengiringi langkah nenek tua tu,tanpa disedari nenek tua itu leyap hilang tiba-tiba di kelap malam,mak kate kalau nak kate nenek tu masuk ikut pagar,keliling kiri kanan gerai makan atau rumah berdekatan tiada pagar...mana nenek tu pergi? waallahualam....yang sudah pergi biar pergi, kita yang masih hidup perlu meneruskan perjuangan..jangan biar misteri menyelubungi anda...
Gambar tak de kene mengene pon but say hi to Mari Horikita

Ghost Story 3 (Cat Version)


Cerita h***u versi kucing?
Aku masih ingat pada malam jumaat,ni tahun lepas punya cerita. Aku memang selalu tinggal sorang-sorang,sebab kedua-dua ibu bapa aku dan adik-beradik aku sibuk bekerja. Malam tu,lepas isyak. Aku tidak berada di dalam bilik aku. Aku masuk ke bilik sebelah saja-saja je. Aku bawa lappy ku dan headphone. Aku onlline dan dengar lagu,tapi tiba-tiba....aku dengar bunyi macam ade orang sedang korek tanah di tingkap bilik ni. Aku fikir mungkin aku salah dengar,tapi bila aku kembali online bunyi tu masih ada. Untuk memastikannya,aku ke bilik sebelah dengan berjalan senyap-senyap untuk mengintai di sebalik tingkap malangnya aku tak nampak,gelap,ye lah malam kan. Untuk menghilangkan ketakutan aku,aku telefon abah. Setelah sudah aku telefon abah,bunyi sudah tidak kedengaran. Dalam hati ku berkata,Ya Allah,alhamdulillah...Aku agak mungkin tu bunyi kucing aku tengah korek tanah,tapi yang peliknya kucing ade dalam bilik sekali dengan aku. Siapa yang korek tanah sebenarnya?! Lepas abah balik,abah ke belakang rumah untuk melihat tanda-tanda yang aku kata pada abah tadi. Rupa-rupanya iye hanyalah bunyi seekor kucing sedang korek tanah,kucing yang korek tanah tu sama warna pulak dengan kucing aku..Isy isy aku terlalu berfikiran negatif. Hahaha sekian.

Ghost Story 2 but.....

huhuhu,cerita h***u? Malam tadi tengah sedap online,tetapi aku kedengaran bunyi yang sungguh pelik dan aneh! Top top top top,2, 3 kali aku dengar bunyi tu tapi akhirnya bunyi tu terhenti dengan bunyi seolah-olah suara perempuan mengilai! Aku sungguh takut masa tu sebab aku tingal rumah sorang-sorang sementara kedua-dua ibu bapaku pergi ke pasar malam. Aku baru sahaja tadi sedang enak online sambil mendengar lagu korea kegemaranku. Aku sungguh terperanjat membuatkan aku memasang Ruqyah Syariah di headphone sambil bibirku tak henti-henti mebaca surah yang melindungiku. Dalam hati aku tertanya,Ya Allah,apa tu?. Aku tidak ingin terus dalam ketakutan, kerana setelah bunyi top top top,tu semua lampu terus terpadam,jadi buat keputusan dengan menelefon abah.
Aku : Abah,baliklah cepat,rumah gelap ni!
Abah : Adik,ambiklah lampu suluh dalam bilik abah.
Selesai berucap ditelefon,aku memang sungguh tidak berani keluar dari bilik untuk mengambil lampu suluh. Aku masih mendengar ruqyah syariah dan surah al-fatihah di headphone ku,hatiku sungguh tenang mendengar surah itu,syukur alhamdulillah abah dah balik *aku berkata dalam hati. Barulah aku berani,menjejakkan kaki keluar membuka pintu. Tapi sungguh terkejut aku fikir lampu rumah jiranku juga akan terpadam,namun lampu rumahnya tidak pun terpadam. Aku memang teragak elektrik shock kot. Abah mengambil kerusi untuk menekan semula suis lampu utama rumah. Abah menggunakan sejenis pen untuk mengesan kebocoran elektrik di setiap plak,bila tiba di plak suis tv,tiba-tiba top top. Bunyi tadi kedengaran kembali dan semua lampu tertutup lagi sekali,setelah di cek,rupanya suis di tv yang masalahnya. Hatiku rasa lega tapi aku tertanya habis suara perempuan mengilai tadi tu bunyi ape? "Erm suara jiran depan rumah aku kot tapi kalau tu bukan suara jiran depan rumah aku dan betul-betul memang suara perempuan mengilai? Macam mana?!" Aku terus buang pertanyaan itu dan terus masuk bilik dan tidur. Harap suara yang terakhir yang aku dengar tu,memang aku salah dengar. Erm..............

Ghost Story

ceritanya berlaku dekat kampung aku,masa hari isnin lepas aku balik ke kampung dekat Batu Kikir. Ada ramai sepupu sepapat aku balik kampung. Jadi malam tu,aku tidur dekat mak cik dan sepupu aku. Tapi induk suruh aku dan sepupu perempuan aku ni tidur dulu,mulanya kiteorang nak tidur dekat luar bilik,tapi kiteorang kena kita tidur dalam bilik. Bilik yang kiteorang nak tidur ni seram sikit,dulu tak de sape yang tidur dekat bilik ni,sebab dulu bilik ni semak sikit ade katil berhabuk,sekarang bilik tu dah kemas sikit. Kiteorang (maksudnya aku dan sepupu aku berdua) beranikan diri dan gagahkan hati nak baring masuk tidur dalam bilik tu. Sebelum tidur kiteorang dengar lagu dan borak - borak something funny,tapi kiteorang tekad nak tidur,kiteorang pon lelap lah mata sambil tutup diri dengan selimut tapi,tiba-tiba aku dengar bunyi orang naik nak masuk dalam bilik tu dengan suara kaki berjalan yang kuat,aku terus bangun  dan buka selimut aku,tapi tak de ape-ape pon,tak de sape pon yang nak masuk bilik tu,malah sepupu aku yang di luar bilik ni pon cakap,mane ade sape-sape, Nurul (sepupu) yang hampir melelapkan mata terjaga kerana perlakuan aku,dia malah berkate,"aku tak dengar ape-ape pon,ko dengar ape?". Aku langsung menjawab pertanyaan Nurul, "aku dengar macam ade nak masuk bilik ni" Nurul terkejut "hah?". Kami baring tidur kembali dan memasang ruqyah syariah yang ada di dalam telefon bimbit ku. Pintu bilik ni kami biarkan terbuka. Hati kami bergetar,saling bertanya, "ko dah tidur ke". Tiba-tiba,dalam kesunyian malam dikampung ni,kami agak sungguh terperanjat kerana tiba-tiba pintu bilik ini tertutup dengan sendirinya. Aku dan Nurul saling bertanya "ko ke yang tutup bilik tu?". Kami baring bersebelahan dan tidak ade sape pon yang bangun menutup pintu. Kami jadi terfikir siape yang tutup pintu tu?. Aku hanya mengagak mungkin angin.Nurul menjadi bertambah takut lalu menguatkan suara ruqyah syariah lame kelamaan kami tertidur,aku pon tutup ayat tu. Esok petang tu,kami nak ke kedai untuk membeli barang. Turun dari rumah aku dan Nurul ke tempat letak motor,Nurul langsung dipangil pak cik aku,aku ditinggalnya sendrian. Ketika aku ditinggalkan sendirian,aku mendengar suara orang bertukang di belakang rumah,sampai saja Nurul aku langsung bertanya pada dia "tadi aku ade dengar suara macam orang bertukang kat belakang rumah". Nurul menjawab "Mane ade orang bertukang kat belakang rumah". Aku langsung menelan air liur dan membiarkan perkara itu. Kawasan rumah dikampung aku ni dulu ade jiran tapi sekarang cuma tinggal rumah kampung kami je. Sebab kampung kami deret 3 tiga buah rumah,pastu dekat 500 meter lepas tu baru ade deret rumah lain pulak. Sebelah kanan rumah terbiar rumputnya,yelah dah tak berpenghuni,dah macam hutan dah aku tengok rumah tu. Sebelah kiri rumah kami pon hutan dan ada bukit,atas bukit tu ade kawasan perkuburan. Memang agak seram,tapi aku tetap percaya Allah sentiasa ada bersama kita, Pertanyaan itu terus menjadi misteri.
Tingkap rumah di kampung aku


Story About An Old Man

aku ceritakan sedikit hari ni tentang kisah seorang lelaki tua. Lelaki tua yang layak aku gelar datuk. Ye memang,lagi pun aku panggil dia,dengan panggilan Tuk Mat. Umurnya dalam lebih kurang 70 tahun. Di seorang kuat,tabah dan rajin. Sebenarnya Tuk Mat merupakan jiran ayah aku di kampung dan juga merupakan sepupu kepada ayah aku. Tuk Mat memang seorang yang tabah,rumahnye dihadapan rumah kampung aku,telah usang,tak berpenunggu dan telah pun dikekliling hutan kerana terbiar. Namun tanah rumah itu masih dijaga. Sudah lama Tuk Mat tak pulang ke kampung,Tuk Mat kini tiada rumah. Rumahnya yang dibuat sendiri telah pun dihapuskan kerana rumah itu sudah tidak berpenghuni sejak anaknya KK meninggal dunia. Rumah yang Tuk Mat buat sendiri ini bukan rumah yang dibuat di tanah miliknya tapi di tanah milik orang tepi paya. Setelah anaknya meninggal dunia, dia diminta untuk membantu menjaga sepupunya yang lumpuh di Seremban. Tuk Mat menjaga sepupunya itu dengan penuh ikhlas. Sedikit pun anak sepupunya tidak ,memberikan wang kepadanya,setidak-tidaknya berilah sedikit. Setelah lama menjaga sepupu dekat hampir 2 tahun,Tuk Mat kini pulang ke kampung. Dia kini tinggal dengan pak cik aku,pak cik aku yang tinggal sekaligus menjaga rumah peninggalan arwah atukku. 3 tahun yang lepas Tuk Mat dan anaknya KK juga tinggal di rumah peninggalan atukku bersama pak cik aku,atau lebih gemar aku panggil dengan panggilan Pak Uda. Abah pulang ke kampung melawat rumah yang pernah didudukinya bersama lagi  8 lapan adik beradiknya. Ketika itu aku turut mengikuti abah pulang ke kampung,sampai ke rumah itu,abah mengeluarkan barannye kepada KK.
Abah      : Mat,kalau anak kau KK ni,masih minum arak,aku rase lebih baik kau keluar dari rumah ni!!! Aku tak suke orang minum arak masuk rumah ni!! (Mat adalah panggilan Tuk Mat yang disebut ayah ku)
Tuk Mat : Ye lah,aku pun dah banyak kali nasihat dia,dia yang tak dengar cakap.
KK ketika itu nampak agak berang kerana dia mendengar segala percakapan abah dan tuk mat. Kalau nak bercakap dengan KK ni,kena cakap kuat-kuat,KK telah hilang pendengarannye,ketika dia lahir dia masih normal,mampu mendengar dengan baik,tidak tahu apa yang menyebabkan dia hilang punca pendengarannya. Kerana tahu diri dimarahi,kadang KK tidur di tepi pondok bas di Batu Kikir. (Kampung aku di Kampung Pulau Indah,Batu Kikir). Abah dan semua keluarga abah sungguh terkejut apabila mendengar berita bahawa KK telah meninggal dunia ketika tidur. Hanya al-fatihah dapat disedekahkan. Sejak daripada itu,percakapan Tuk Mat jadi lebih kasar,dai mmembahasakan dirinya AKU biarpun pada kami (aku dan sepupu aku yang lain) yang jauh berpuluh-puluh beza dari umurnya. Sebenaranya Tuk Mat ada anak yang lain selain KK,namun anak-anaknya yang lain langsung tidak pernah melawatnya lagi. Biarpuna ku masih muda namun aku memahami perasaan Tuk Mat yang ditinggalkan anaknya malah isterinya juga telah lama meninggal dunia,pasti hidupnya cukup sunyi. Sejak kebelakangan ini Tuk mat cukup suka bermada pujangga,membaca pantun,puisi dan sajak SENDIRIAN. Tuk Mat menjadi sangat sensitif sekarang,bila dia mahu makan dia tidak akan ambil banyak sambil berkata AKU BUKAN TAMAK NAK AMBIK BANYAK. Begitu juga kalau minum air. Tuk Mat seorang yang agak alim,rajin solat dan rajin mengemas rumah. Pak Uda ku seorang yang agak malas mengemas rumah. Nasib baik ada Tuk Mat dialah yang banyak mengemas rumah ini. Kalau bercakap dengan Tuk Mat memang tak mudah nak berhenti,memang akan berpanjangan apabila dia mula menceritakan perit hidupnya ketika dia masih muda remaja. Memang tak mengapa kalau sekali-kali dia bercerita,namun siapa tahan kalau sampai berkali-kali diceritanya perkara yang sama. Aku berharap Tuk Mat tetap tabah menjalani hari-harinya yang mendatang. Memanglah Tuk Mat sudah tua tapi dia masih kuat. INGATNYA JANGAN SESEKALI KITA MEMPERLAKUKAN AYAH DAN IBU KITA DENGAN BURUK!!!