awat macam tajuk post aku ni macam dalam buku cerita kanak-kanak jew?
huishhh...ni bukan cerita tipu..
malah ia benar tidak sama sekali di sangkal
bila dengar haiwan bersahabat baik dengan manusia..
mesti ramai yang terpikir mesti ade orang bela gajah kan??
Ish tak ke pelik bunyi manusia bela gajah...
Bagi mereka yang bekerja sebagai penjaga haiwan di zoo..pasti tidak merasa pelik atau pon janggal
Tapi kisah yang aku ingin kongsi...kisah benar yang diceritakan dari mulut ayah aku sendiri kepada aku dan mak.
Tak tahu la sekitar tahun berapa...
yang pasti sekitar zaman Abah menjalani latihan sebagai seorang tentera....
masa tu rasanye aku pon lahir...mak aku pon belom kahwin lagi ngan abah aku
#Part 1
Kisah dimana gajah pada ketika itu cukup memahami segala percakapan manusia,"kate abah,
Abah cuba mengalih pandangan yang sedang amuk memarahi Abah kerana membeli roti...
kata Mak "Nikan bulan pose,sape nak makan roti? Bukak pose tak hengen de nak makan roti!!"
Gajah pada masa tu cukup suka makan roti atau makanan lain yang diberi orang-orang di tempat kem itu, hulur je la ape makanan sekali pon pasti ngap jugak masuk dalam gajah tu "Terang Abah
Tempat Kem Abah berada di Perak (menurut firasat aku mungkin Kubu Gajah di Perak )
Kate abah orang Greek yang pernah datang ke sana dulu dan penduduk dekat situ suka bela gajah.
Jadi kebanyakan gajah dekat situ cukup jinak dengan orang yang berada di tapak Kem tu
Hubungan gajah dengan penduduk sekitar situ cukup baik...
Hingga sekawan gajah datang di tapak gelanggang bola tampar untuk melihat penduduk di situ bermain bola tampar..
namun tiba-tiba
(Salah seorang pemain bola tampar itu ) Ali amat bengang kerana kalah dalam perlawanan dengan pasukan lawan dan menggunakan alasan yang gajah sedang asyik menonton mereka bermain itu menggangu penumpuan mereka dalam permainan..
"Hish Gajah ni menyibuk je la orang nak main bola kau boleh bertengkek kat sini, kacau orang je la!!!" , kata Ali.
Sang Gajah mendengar kata-kata bengis Ali sedang memarahi mereka!!!
Siapa sangka Gajah yang jinak itu mula berang dan bertindak ganas datang dekat pada Ali..
Dalam ramai-ramai orang hanya Ali yang ingin di kejarnya..malah Ali yang sempat lari menyorok di dalam rumah...tidak menyangka bahawa Sang Gajah itu menyedari Ali berada dalam rumah....
Dengan tenaga kuat seekor Gajah lalu mengangkat rumah iti dengan belalainya dan digoncang-goncangnya rumah itu agar Ali keluar dengan segera dari rumah itu...
Ali yang ketakutan segera meminta maaf pada Sang Gajah itu..
"Tok maapkan la Cu,Cu janji tak buat lagi" , kata Ali
"dah aku kata Gajah tu boleh paham cakap kita...l
ain kali jangan main-main"kata sahabat Ali
Dengan permohonan maaf Ali maka kumpulan Gajah itu kembali reda..
dan segera pulang..
#Part 2
Pada suatu hari, sekumpulan Gajah beserta "familinya" berderet jalan di atas Jalan Padang Gajah..
Gajah-gajah itu yang lebih besar daripada lori minyak "kata ko" menghalang jalan yang dilalui penduduk....
kata Abah rakann-rakannya tak berani keluar dari kereta namun....
Rakan Abah berkata dari dalam kereta , "Tok, Cu nak lalu ni tolong la bagi laluan kat Cu ye"
Ai, pendengaran Gajah ni luas tau...
lalu,...sekawan Gajah itu membuka ruang panjang untuk memberi lalu kepada mereka.
Sampai tu je la Abah cerita, Abah yang menghabiskan ayat nye..
Banyak yang Abah nak ceritakan pada aku dan emak semuanya banyak bersangkut paut dengan kenangan dan memori Abah ketika menjalani latihan ketenteraan suatu ketika dahulu..
Tup tup dah nak azan...
c
erita tertangguh..
patutnye da post mase bln pose ritu
tp tergendala
-Ini bukan dongeng
-Faey
No comments:
Post a Comment
See life, Make it better