Infinity Challenge

Lawan^^^!!! Memang tak terkira betul cabaran hidup kita sebagai khalifah di muka bumi ni kan? Makin tua,baru aku sedar...bukan senang nak hidup dan bukan senang mati, hidup pun bersyukur,mati pun bersyukur..Memang menguji keimanan betul
memang banyak betul cabaran duk kat bumi kat KMS. Sebagai penduduk KMS,patuhi peraturan tu hal kecil je..senang je nak ikut..
Sebelum puasa lg macam2 berlaku, mula jerebu melampau, panas yg terlampau terik , ade yg kene rasuk , tiap malam memang akan keluar bau kelapa sawit yg busuk,sbb belakang KMS ni hutan kelapa sawit...
Sepanjang menyambut Ramadhan di bumi KMS ni memang best, yelah pertama kali buka puasa dengan roomate..berada di perantauan,jauh dari keluarga,ni bulan ramadhan yg aku selalu tak bangun sahur,kalau sahur pon minum milo...kalau dulu tak boleh tak bangun sahur,memang tak pernah la lepas sahur,kalau sahur rase tak bermaya je...TAPI sekarang..sahur ke tak sahur ke..same je.. sebab time kuliah duduk dalam dewan yang ber 'air-cond', rase macam kat luar negara, agaknye tu lah punca aku dapat tahan lapar dan puasa gak eh..
Aik..ingat puasa,bukan takat tahan lapar dan dahaga je tau..kite juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri. 
Balik pada masalah yg aku hadapi di sinii, alhamdulillah aku dapat tempuhinya dengan jayanya..sabar itu yg penting
 Allah Maha Adil dan Maha Penyayang, ujian2 yang diberiNya adalah mengikut kemampuan masing-masing insyaAllah.  “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”– Surah AlBaqarah : Ayat 28
* Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. “ – Hadith riwayat Imam Tirmizi
lepas raya ni ade Ujian Pertengahan Semester lak..subjek yang aku risau matematik dan bahasa Inggeris.. yelah matematik di tahap ni,dah matematik moden + matematik tambahan..perh tough tau tak..n bahasa Inggeris plak, MUET,realy scare!!! Ya Allah,mampukah aku??!!! D.U.I.T 
K la nanti masa jemput jemput la datang singgah blog aku, baca cerita yg seberapa nak best ni!! Hwaiting!!

No comments:

Post a Comment

See life, Make it better