Asslamualaikum dan hai pada yang bukan Islam :) ALL NEW? Hah? <<<Semuanya baru! Hurm,biar aku tiada seorang lagi pun yang nak follow blog aku,tapi aku tetap gagahkan diri menaip sesuatu di blog ni! Perkara biasa bila kita berada di tahun baru,tapi kali ni... rasa yang lain sangat! Ye la,aku bukan lagi pelajar sekolah. Tak sampai sebulan lagipun aku habis cuti 6 disember hari tu,tapi rasa rindu yang mendalam buat kawan-kawan dekat sekolah,cikgu,dan suasana sekolah.Kenangan di sekolah adalah kenangan yang paling terindah dalam hidup kita,kan? Sebenarnya,hari ini dah masuk 22 hari setengah aku buat blog ni. Balik pada tajuk All New,bila dah masuk tahun baru ni,mestilah di dada kita penuh disematkan dengan azam yang baru. Azam aku tahun ini...aku nak kekalkan perhubungan baik aku dengan keluarga aku,dengan sahabat aku,dengan saudara Islam aku,dan yang paling penting dengan Allah S.W.T. Sebelum ni,aku ada tanye abah ,mak, "Boleh tak adik ambik lesen?" "Boleh tak adik kerja?". Namun jawapan yang hampa dari abah,mak "Tak boleh,adik bukan pernah bawak motor pun,kalau pun nanti jatuh,sekarang ni banyak kemalangan berlaku,tak payahlah adik lesen" hurm :( "Tak boleh,ingat nak kerja?Nanti malas nak belajar.Buat je kerja rumah." hurm :( Sebagai anak patuh je la arahan ibu bapa kita. All New,bila aku dah tak pakai baju sekolah,bila aku dah tak tergesa-gesa pergi sekolah. Mulakan hidup baru yang bukan lagi sebagai pelajar sekolah. Haish,cepatlah keluar keputusan SPM.Tak sabar! Aku dapat PLKN,tapi tak tahu bila pergi. Mulakan hidup baru dengan menyapu,mengemas,meng"online",dan akhirnya tidur. HAHA. Tiada perkara yang menyeronokkan. Bila adik-beradik aku semua dah ade kehidupan masing-masing. Kalau abah,mak keje pagi,malam dapat bersame mereka. Kalau abah,mak keje petang,pagi dapat bersame mereka. semuanya pasal sekolah dah tak de. Namun rasa sepi ni hilang bila aku sembahyang,zikir,atau lakukan perkara yang dapat menenangkan fikiran aku. Sayangnya mereka yang di GAZA,masih dihimpit kesedihan.Ingat,nikmat yang kita rasa sekarang ni,bila-bila masa je Allah boleh tarik balik,jadi bersykurlah! Tatatititutu~
No comments:
Post a Comment
See life, Make it better