Segmen Khas : Islam Itu Indah

Assalamualaikum saudara seIslam dan hai manusia :)
Kamu-kamu sekalian nampak kan tajuk kat atas tu segmen khas yang aku join ni.
Terima kasih Encik Fiz

Segmen tu memang eh kene mengene betul sempena Maulidur Rasul ni namun INGAT ingat Rasullah ni bukan mase Maulidur Rasul je setiap hari kena ingat, Kita ingat Rasullah,zikir kepadanya,dia akan balas balik dengan insyallah kita dapat syafaat Rasullah di akhirat nanti. Ai Islam itu Indah bukan sebab Rasullah sahaje semate-semate!! Islam itu Indah macam gambar kat bawah ni~
Islam itu indah bukan bayangan gambar masjid tu je semate-mate. Bagi aku Islam itu indah,tak dapat aku bayangkan dengan kata-kata. Ha! Pasal rukun Islam,rukun Iman,semua tu,bukan ramai yang tak tahu tapi ramai yang tak ingat. Malah rukun Islam dan rukun Iman,ade dalam buku sejarah tingkatan 5. Maknanye orang bukan Islam pun serba sedikit dapat tahu. Balik pada soalan. Kalau rukun Islam ni kena ikut urutan.
1. Rukun Islam
    -mengucap dua khalimah syahadah (khalimah tersebut bermaksud Aku bersaksi tiada tuhan    selain Allah S.W.T dan Muhammad S.A.W itu pesuruh Allah S.W.T
    -menunaikan solat fardu lima waktu (Subuh,Zuhur,Asar,Maghrib dan Isyak)
    -berpuasa sebulan di bulan Ramadhan (wanita yang sedang haid dan yang meninggalkan puasa atas sebab tertentu haruslah ganti puasa atau bayar fidyah)
    -menunaikan zakat (Zakat fitrah,zakat harta)
    -menunaikan fardu haji di Baitullah,Mekah (bagi yang mampu)

2. Rukun Iman
     - Beriman kepada Allah S.W.T
     - Beriman kepada Malaikat-malaikat
     - Beriman kepada kitab-kitab
     - Beriman kepada rasul-rasul
     - Beriman kepada hari kiamat
     - Beriman kepada qada dan qadar

3. Al-Quran diturunkan
       Al-quran diturunkan kali pertama pada malam lailatul qadar ke Baitul Ma'mur dan kali kedua pada malam lailatul qadar kepada Muhammad S.A.W
       Seperti yang difirmankan Allah S.W.T yang bermaksud : "Dan ketahuilah, bahawa apa-apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang, maka sesungguhnya satu perlima daripadanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah, Rasul-Nya, kerabat (Rasulullah), anak-anak yatim, miskin serta ibn sabil (orang musafir yang kehabisan bekalan), jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami (Allah) kepada hamba Kami (Muhammad) pada 'Hari al-Furqan', iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." Surah al-Anfal 8:41)"
     Setelah genap 11 tahun al-quran diturunkan kepada Muhammad S.A.W , Allah S.W.T memerintahkan baginda keluar berperang iaitu Perang Badar.
   Terdapat persoalan pada malam bila al-Quran diturunkan. Tentang persoalan ini, tiada satu jawapan yang dapat menjelaskan masa yang tepat al-Quran diturunkan. Ada sesetengah riwayat mengatakan pada malam 17 Ramadan, 19 Ramadan dan 27 Ramadan. Wallahu a'lam.
Tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat yang menyatakan bahawa  Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan  (13 Ogos 610 M) adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah  terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.

4. Ayat dalam Al-Quran
      - Al-quran ada 6236 ayat

5. Surah dalam Al-Quran
      - Al-quran ada 114 surah

6. Surah yang paling teragung dalam Al-quran
      - Surah yang paling teragung dalam al-quran ialah surah al-fatihah sebab apabila membaca surah al-fatihah seolah-olah membaca satu buku al-quran.

Uh uh walaupun aku lambat post setelah Maulidur Rasul pada 24 Jan 2013,namun cinta ku pada Rasullah tak pernah padam. Aku cuba sedikit amalkan sunnah Rasullah

Jadi marilah kita sama-sama baca lafaz selawat ,ya lah tidakkah kalian banyak kelebihan selawat ke atas nabi,"Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama sallayta `ala ibrahim, wabarik `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim, fi l-`alamin, innaka hamidun majid" 
[Al-Muwatta'/ 459, sahih], [Ibnu Hibban/ 1958, sahih]

                                  
 atau

 اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد
Ya Allah! Berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau telah member shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanya Dikau sahajalah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia!

Rasullah,pembawa rahmat.

Tag rakan blogger yang Islam : Syafiqah Shaari Nazirah Johar

      -

Emotional

Assalamualaikum.

Emotional. Ye,memang aku seorang yang emosi. Cepat marah dan kadang sensitif. Aku marah sebab kawan? Tak de plak,cume terkilan je ade la. Kalau nangis sebab kawan memang ade. Mase aku Kem Bestari Rohani,aku menangis,aku melalak,aku meraung,haha,Ye. memang teruk sangat nangis mase tu sebab aku teringat akan kesalahan yang aku pernah buat pada kawan-II aku. Tapi mase tu die die bincangkan topik pasal ibu bapa sekali,memang ah sensitif. Sape tak nangis. Kalau yang tak nampak nangis tu,mungkin die simpan air mate. Ha!!!! Aku dah jadi seseorang macam tu semenjak dua tiga empat tahun kebelakangan ini,mungkin sejak aku "MENINGKAT DEWASA". Mase aku 12 tahun,aku menangis sebab ape tah,dah lupe. Abang aku kate kat aku,eee,malulah menangis ni,cengen. Hodoh la rupe ko kalau ko nangis. Jadi aku jarang nangis di hadapan orang *angguk-angguk kelape. Bile kena marah dengan mak,abah atau dengan adik-beradik aku,aku mesti rase yang diorang tak sayang aku lagi. Aku mesti rase aku hodoh. Aku mesti rase yang paling menyusahkan sebab aku anak bongsu. Aku selalu cuba bersabar,walau kadang-kadang aku dimarahi bukan atas sebab aku. Aku bersabar. Aku bersabar. Orang yang bersabar disukai Allah TAPI tapi bile aku dah tak sabar,kemarahan aku akan meledak. Jadi aku menenking pade sesiape yang berdekatan dengan aku. Maaf. Ampun. Sorry. Biyanae. Tu yang terjadi kalau aku simpan kemarahan kau berbotol-botol. Tengkingan aku akan jadi lebih kuat dari suara kucing yang sedang mengawan. Sebab aku punya suara yang kuat. Kadang bile aku bercakap,suare aku macam ade 2 orang tengah bercakap. SERIUS,aku betul-betul serius,dengan kes ni. *ceh macam kes kat mahkamah je. Aku tak tau kenape aku menenking bile aku betul-betul marah. Jadi aku cube genggam tangan aku kuat-kuat untuk tahan marah dan akhirnya terhenti di katil. Ye,di katil aku menahan perasan marah. Kalau aku berade dalam keadaan yang kurang ceria atau moody,memang aku akan tidur. Tidur bagaikan ubat aku melepaskan kemarahan aku. Ah,dan sekarang aku rase,erm bukan rase lagi tapi memang patut,kalau aku marah,aku ambil air sembahyang dan melepaskan semuanya di hadapan Allah di atas tikar sejadah tapi kalau dah tak boleh tuh zikir je lah ubat penenang. Ini baru je marah sebab dimarahi tapi macam mane dengan perasaan marah rakyat Palestin bile nyawa   keluarga mereka dizalimi oleh rejim Zionis! Ya Allah,kuatkanlah kesabaran dan keimanan kami Amin!!
بڠكتله واهاي مانوسي،سسوڠڬوهڽ الله ادا برسامامو.