Lagu ini memang ade kaitan pertemuan aku dengan sahabat aku..
kawan aku ini...
Sejak aku kenal dia,...dia dekatkan aku dengan ilahi..
Aku malu bila kadang aku jauh dari Allah...
Kehadiran dia beri aku keinsafan
betullah orang kate...
kalaau nak kawan yang baik..
carilah kawan yang boleh bawak kite ke arah jalan yang diredhai Allah
aku rindu kat die..
dah lame kot tak jumpe..
last jumpe mase darjah enam
walau kenal die mase darjah lima..then darjah enam kena pulak tukar kelas..
tapi die baik...persahabatan kiteorg tak terhenti sampai situ je..
dapat jugak contact lepas add die kat fb
Ya Allah terima kasih kerana hadiahkan aku seorang teman ni..
betul jugaklah org kate setiap pertemuan ade perpisahan...
kalau tak dapat jumpa kat dunia ni kita jumpa kat syurga nanti eh?!
Insyallah
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Ulang (*)
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
- Sebuah Pertemuan by UNIC
Tanda tanda mata sudah rabun !
6 days ago